OI MAT!!! JANGAN BUAT - BUAT TIDO PULAK!!!


Kita tengok, apa reaksi Si Mat Syabun tu bila dia baca laporan dibawah. Harap - harap dia tak ketar lutut sudah la. Jangan dia setakat GAH diatas pentas, bercakap sorang - sorang.

Maklum la. Si Mat Syabun ni bila bercakap, boleh runtuh bukit dibuatnya. Tapi bila dicabar suruh laksanakan satu - satu perkara, dia takut.

Tengok la macam mana dia kata nak saman Polis hari tu. Sampai sekarang, tak de pun dia ambik tindakan tu. Nak saman Utusan pun macam tu jugak.

Orang semua dah habis beraya, dia masih jugak tak mengambil tindakan memfailkan saman terhadap laporan akhbar tersebut. Itu yang diorang kata 'Singa' PAS???

Singa menda kejadahnya kalau jenis penakut macam tu. Dah macam kucing kat Jalan Pekeliling yang takutkan tikus dah nampak gayanya. Badan je besar, tapi hati kalah tikus.

Ini dah kena cabar dek Ketua Pemuda UMNO, jangan dia nak bagi alasan yang bukan - bukan. Jangan dia pura - pura tido pulak!!!
KUALA LUMPUR, 5 Sept — Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
“Saya akan berada di sana,” kata Khairy menerusi mesej Twitter semalam sambil menambah, jemputaan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima.
Salinan jemputan yang diperoleh The Malaysian Insider menyebut debat itu akan berlangsung di Balai Islam, Kota Baru akhir bulan ini.
Meskipun surat itu mengatakan bahawa pentadbiran Kelantan masih membuat persiapan untuk membawa Mohamad berdebat dengan Khairy, Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau mahu berhadapan dengannya.
“Tidak perlu mencari lokasi berkecuali. Sarang singa anda. Jumpa di sana, Mat Sabu,” kata Khairy lagi menerusi Twitter.

No comments:

Post a Comment

Followers