SIAPA TANGGUNG KELUARGA BAHARUDIN AHMAD???


Itu persoalan yang timbul ekoran dakwaan serta tuduhan yang dibuat oleh Malaysian Insider mengenai isu kematian wartawan Bernama baru - baru ini.

Mereka mempergunakan kenyataan dari keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor untuk memburuk - burukkan imej Putera UMNO sebagai penganjur misi ke Somalia.

Berikut adalah petikan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia Insider mengenai isu tersebut:
SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.
Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.
“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepadaThe Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.
“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.
Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan.
“Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata, Bernama juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, selain Kelab Putera 1 Malaysia.
Betul ke Allahyarham Noramfaizul tidak memakai baju kalis peluru seperti yang didakwa oleh bapa saudaranya itu? Ikuti kenyataan dari Dr. Alwi:
"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini. 
Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu.
Agak - agak korang, dakwaan siapa yang boleh diterima dalam isu baju kalis peluru ni? Adakah dakwaan yang dibuat oleh Malaysian Insider atau Dr. Alwi?

Berbalik kepada persoalan utama diatas, pihak Putera UMNO memang sedia memikul tanggungjawab kerana menganjurkan misi tersebut.

Maka sebab itulah mereka yang menyertai misi ini diberikan insuran nyawa sekiranya ada apa - apa yang berlaku terhadap peserta.

Malah, Pengurus Besar Bernama sendiri pun dah memberikan jaminan bahawa segala tanggungan akan diberikan kepada keluarga Allahyarham. JKM pun sedia membantu.

Jadi, sekarang Semut nak tanya pulak. Siapa yang tanggung keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan Bersih tempoh hari?

Adakah sara hidup keluarga itu dibayar dengan dana yang diperolehi dari luar Negara oleh Ambiga? Adakah yuran persekolahan anak - anaknya ditanggung oleh dia?

Siapa yang menyediakan nasi diatas meja keluarga Allahyarham? Adakah Anugay tu yang bagi duit poket dan juga duit dapur kepada keluarga Baharudin?

Hah!!! Pandai sangat buat dakwaan dan tuduhan, sekarang jawab la!!! Siapa yang bagi bantuan - bantuan tu? Boleh Malaysian Insider jelaskan mengenai perkara ini kepada Semut?

Atau diorang hanya sekadar tau mempersoal dan mempertikaikan sahaja? Jangan setakat pandai cakap, tapi buatnya tak reti!!!

No comments:

Post a Comment

Followers