![]() |
| "Isk! Apasal la projek tu tak dapat kat aku? Kalau tidak, boleh gak aku berenti jadi Wakil Rakyat." |
KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan jawapan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung keraguan mereka terhadap Projek Network Centric Operation (NCO) yang diserahkan secara tender terus kepada Sapura Secured Technologies Sdn Bhd.
Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, masing-masing Naib Presiden PKR hari ini mempertikaikan jawapan menteri berkenaan yang disifatkan mereka tidak mempunyai perancangan yang menyeluruh dan hala tuju tepat.
“Kami, pemimpin PKR kesal dengan jawapan menteri kerana seolah-olah tidak ambil berat tentang pelaksanaan projek ini sedangkan ia melibatkan kos yang sangat besar,” kata Nurul Izzah (gambar).
“Daripada jawapan yang diberikan Menteri Pertahanan sewaktu sidang Parlimen tempoh hari, projek ini mengandungi empat fasa... fasa Pertama bermula tahun ini hingga Tahun 2015 seiring dengan Pelan Pembangunan Lima Tahun Rancangan Malaysia,” katanya.
Fasa Kedua antara 2016 hingga 2020 manakala Fasa Ketiga (2021-2025) dan Fasa Keempat (2026-2030).
Dalam jawapan bertulis Kementerian Pertahanan mengesahkan NCO dianugerahkan kepada Sapura atas faktor seperti kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pertahanan, keselamatan dan teknologi maklumat.
“Ia mengambil masa 20 tahun untuk melengkapkan keseluruhan fasa dan anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM140 juta untuk dua tahun, jadi secara keseluruhan, projek ini akan menelan belanja kira-kira RM 2 bilion untuk 20 tahun,” tegas beliau sambil menekankan jumlah itu akan dibazirkan sekiranya projek itu tidak dilaksanakan secara rapi dan tersusun.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, daripada keseluruhan fasa, Sapura diberi percubaan untuk melaksanakan Fasa 1A dan sekiranya tidak memuaskan, kerajaan akan memberikan pelaksanaan projek itu kepada syarikat lain.
“Ini menunjukkan kerajaan belum yakin dan bergantung kepada keupayaan Sapura ketika melaksanakan Fasa 1A tersebut, saya tidak menolak akan berlaku lonjakan kos sekiranya belaku perubahan-perubahan syarikat dalam pelaksana program itu,” ujarnya yang pernah mendakwa syarikat itu tidak memiliki kebolehan teknikal untuk melaksanakan projek ini.
Ps: Ceh!!! Macam bagus je dia ni. Kalau kena pada Kerajaan, semuanya tak betul. Semuanya serba tak kena dan tak tepat belaka.
Macam la hala tuju puak Pakatan dia tu tepat sangat. Kalau tepat kenapa sampai hari ni tak de hala tuju yang tertentu?
Nak buat 'shadow' kabinet pun tak mampu. Lagi dia nak cakap orang lain macam - macam? Tak sedar diri betul la.
Orang suruh dia turun padang, jaga rakyat, dia buat tak tau je. Sibuk nak jaga tepi kain orang. Jangan sampai kain sendiri terlondeh sudah la!!!

No comments:
Post a Comment