Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

LAMAN TWITTER DIAMUK!!!


PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai memberitahu kata-kata yang ditulis di laman Twitter tiada kena mengena dengan mana-mana pihak termasuk bekas isteri Heykal Hanafiah, Jaja Nadzir.
Kata Faezah, apa yang ditulisnya di Twitter adalah secara umum tanpa berniat untuk mengaitkan nama siapa-siapa.
"Saya tidak mengamuk di Twitter, saya hanya menulis apa yang saya fikirkan secara umum tanpa mengaitkan atau menulis nama seseorang.
"Lebih-lebih lagi bekas isteri suami saya, kerana saya tidak pernah kenal dengannya apalagi berhubung," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Faezah diminta mengulas tentang gosip sebuah akhbar mingguan tentang pelakon Anak Mami ini mengamuk dan meluahkan perasaan di laman sembang Twitter.
Dalam laporan tersebut juga berkata Faezah telah menulis beberapa kenyataan yang kurang enak didengar.
Selain itu, Faezah turut berkata penggunaan kata seruan dalam tulisannya di Twitter telah disalah anggap sebagai mengamuk.
"Saya rasa mereka yang membaca Twit saya dengan nada yang salah kerana saya menggunakan banyak tanda seruan yang menyebabkan ramai yang menganggap saya marah atau mengamuk.
"Sebenarnya saya hanya menulis ayat-ayat biasa sahaja dan tidak pun mempunyai niat untuk mengamuk atau marah," katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Emas Sirih Pinang ini sedang sibuk dengan persiapan majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang.
Manakala, pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri itu.

KALAU TAK MAMPU, TENGOK LA TV!!!

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Tidak sampai satu hari selepas Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya dilempar cat — dipercayai kerana marah dengan tindakan badan itu menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, laman webnya pula digodam.

Laman web itu dipercayai digodam tengah malam tadi dan mesej yang diletakkan jelas menunjukkan tindakan itu dilakukan kerana marah dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir yang akan diadakan esok.

Perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam membabitkan pertemuan Terengganu dan Negeri Sembilan.

Lambang FAM diletakkan imej khinzir dengan simbol “$” manakala perkataan persatuan diconteng dengan tanda pangkah (gambar).

Ia turut diiringi mesej yang berbunyi “So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us.”

“Penyokong bebas buat apex2 je,” kata mesej itu yang turut melabel FAM seolah-olah bertindak seperti “kapitalis” dengan menaikkan harga tiket.

Laman yang digodam itu turut membawa satu berita akhbar tempatan mengenai kenaikan harga tiket dengan kenyataan FAM bahawa pihaknya tidak akan berganjak daripada keputusan mengenakan RM50 meskipun diprotes dan dikecam banyak pihak.

Laporan semalam memetik polis berkata pihaknya menolak andaian kejadian melempar cat merah di Wisma FAM berpunca daripada isu kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah bagaimanapun berkata polis akan menyiasat sama ada wujud unsur khianat atau hutang memandangkan ia boleh berlaku atas banyak sebab.

“Andaian bahawa ia adalah sebab harga tiket itu spekulasi orang, tetapi sebab sebenarnya kita akan siasat,” katanya merujuk kepada kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu sehingga mengotori lantai pintu depan wisma serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.

Sebahagian cat turut mengenai kereta seorang pengawal keselamatan yang bertugas yang diletakkan berdekatan pagar wisma, namun sebuah bas milik FAM tidak diapa-apakan.

FAM memutuskan untuk menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia daripada RM30 kepada RM50 melibatkan Terengganu dan Negeri Sembilan.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan peminat bola sepak yang merasakan kenaikan itu satu beban.


Ps: Apa la susah sangat diorang ni nak beria marah - marah pada FAM ni ye? Kot kalau dah tak mampu nak beli tiket tu, tengok je la kat Televisyen.

Siap boleh tengok ulang tayang lagi. Kalau tak suka pada ulasan yang diberikan, buang suara atau 'mute'kan tv tu. Habis cerita!!!

MUAMMAR GHADAFFI TERBUNUH SELEPAS DITAWAN!!!

IMEJ yang dirakam melalui telefon kamera menunjukkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi cedera parah sebelum disahkan terbunuh dalam serangan pejuang revolusi di bandar kelahirannya, Sirte, Tripoli, hari ini. - Foto AFP
TRIPOLI: Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi ditangkap pejuang revolusi negara itu di bandar kelahirannya di Sirte, hari ini, demikian menurut laporan televisyen Libya yang memetik Majlis Ketenteraan Misrata.

Gaddafi dilaporkan ditahan selepas berlaku pertempuran tetapi ada khabar angin bahawa bekas Presiden Libya itu terbunuh akibat cedera parah. Bagaimanapun, laporan penangkapan itu masih belum dapat disahkan badan bebas lain.

Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang kini memerintah Libya mendakwa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang ketika tentera NTC melakukan serbuan.

Susulan berita itu, rakyat negara itu meraikan dengan membunyikan hon dan melepaskan tembakan bertali arus ke udara, menandakan kejatuhan pemerintahan 42 tahun pemimpin paling lama negara itu. - Sumber dari Agensi.

Dalam masa yang sama, pihak AFP pula melaporkan yang Muamar Gaddafi dilaporkan terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bahawa Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di Bandar Sirte.
“Kami mengumumkan kepada dunia Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi,” kata jurucakap NTC, Abdel Hafez Ghoga. 
Lepas satu, satu Kerajaan Islam di Timur Tengah tumbang. Dan Muammar juga merupakan diantara pejuang - pejuang yang pernah menentang Israel satu ketika dulu.

Persoalannya, adakah mampu Kerajaan baru yang akan ditubuhkan nanti menjadi lebih baik daripada Kerajaan yang sebelumnya?

Kalau tengok apa yang berlaku di Mesir setelah tumbangnya Hosni Mubarak, keadaan Negara tersebut masih lagi tidak aman.

Ia ibarat bom jangka yang boleh meletup pada bila - bila masa. Negaranya tidak ada undang - undang. Kalau berlaku sebarang masalah atau jenayah, tiada siapa yang bertanggungjawab.

Harga barang keperluan pula meningkat naik berlipat kali ganda. Dalam ertikata lain, keadaan rakyat bukan bertambah baik. Tetapi bertambah buruk.

Jadi tak heran la kalau ada orang kata tak semestinya benda baru tu lebih baik dari yang lama. Yang lama pun tak semestinya dah rosak dan tak boleh dibaiki. Korang fikir la sendiri!!!

DATUK SITI JADI CALON???

Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak kisah walaupun tidak dicalonkan untuk mana-mana kategori Anugerah Industri Muzik Ke-18 yang diumumkan minggu lalu, sekali gus pelbagai spekulasi mengenai penonjolan beliau dalam industri muzik negara ini.
Ada yang mengatakan zaman penyanyi itu sudah berlalu apabila nama-nama baru mula mendominasi anugerah muzik paling berprestij negara itu.
Lagu Astana Jiwa beliau tidak berjaya membolosi senarai akhir Anugerah Industri Muzik 18 walaupun lagu tema drama bersiri Suria Di Cordoba itu dicalonkan pada peringkat awal.
“Jujurnya saya tidak mempunyai masalah apabila tidak dicalonkan tahun ini kerana saya sendiri tiada produk untuk dicalonkan walaupun difahamkan Astana Jiwa layak ke peringkat awal.
“Janggal atau tidak itu, bagi saya biasa sahaja. Mungkin peminat lebih merasakan perasaan itu kerana saya dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik setiap tahun sejak tahun 1997,” kata Siti Nurhaliza dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Kata Siti Nurhaliza, selagi aktif dalam dunia nyanyian dan merakamkan album, selagi itu beliau akan terus mencalonkan karyanya di Anugerah Industri Muzik.
Jelas beliau, kemenangan dalam anugerah kebanggaan karyawan seni tempatan itu bukanlah untuk dirinya sahaja tetapi juga untuk mereka yang terlibat di belakang tabir dalam pembikinan album dan lagu-lagunya.
“Memang seronok apabila setiap penat lelah kita dibayar dan diiktiraf oleh juri tetapi kegembiraan itu berganda apabila melihat mereka di belakang tabir menerima pengiktirafan.
“Saya tetap mahu melihat karya-karya saya di masa akan datang dicalonkan dan seterusnya memenangi kategori lain yang belum pernah dimenangi sebelum ini seperti Muzik Video, Rakaman Album dan Kulit Album Terbaik,” jelas beliau.
Sepanjang menyertai Anugerah Industri Muzik sejak 1997, Siti Nurhaliza dan setiap albumnya dipertandingkan dengan menerima 71 pencalonan.
Daripada jumlah itu, sudah 34 buah trofi menjadi milik Siti Nurhaliza dan karyawan yang terlibat dalam menghasilkan album serta lagu-lagu nyanyiannya.
Beliau juga sebenarnya pernah tewas di gelanggang AIM apabila gagal membawa pulang sebarang trofi pada 1998 walaupun dicalonkan untuk tiga kategori.
Siti Nurhaliza memenangi kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik sebanyak 11 kali.
Menerusi kategori itu, Siti Nurhaliza pernah menjulang trofi itu sebanyak lapan tahun berturut-turut dari 1999 hingga 2006.
Dominasi beliau berjaya dipecahkan oleh Jaclyn Victor pada 2007 namun, Siti Nurhaliza kembali merampas gelaran itu pada 2008 sehingga 2010.
Siti Nurhaliza juga menjadi satu-satunya artis tempatan yang memenangi gelaran tertinggi dalam Anugerah Industri Muzik iaitu Album Terbaik sebanyak lima kali.
Ps: Halamak ai!!! Mati - mati Semut ingatkan Datuk Siti Nurhaliza kita ni nak jadi calon untuk Pilihan Raya akan datang. Rupanya, calon Anugerah Industri Musik.

Tapi memang patut sangat la dia tak terasa terkilan. Sebabnya, kalau dia dicalonkan pun, asyik dia je yang banyak menang anugerah.

Macam tu baru betul jadi calon. Dah banyak pengalaman, bagi laluan kepada orang lain pulak agar mereka dapat peluang membuktikan kemampuan diri masing - masing.

Cuba korang bayangkan ek. KALAU Datuk Siti ni jadi calon untuk Pilihan Raya macam mana? Adakah dia mampu menang besar? Hmm...

SIARAN TERGENDALA SEKETIKA!!!


Terlebih dahulu, Semut ingin memohon ribuan kemaafan kepada pembaca blog Semut ini kerana tidak dapat membuat artikel penuh sejak 3 - 4 hari yang lepas.

Sesungguhnya, Semut ada tugasan yang perlu diselesaikan dan ianya akan diperjelaskan kemudian. Banyak bahan - bahan menarik yang Semut nak kongsi dengan korang.

Kebanyakkannya isu - isu dari Mesir dan keadaan semasa disana pada ketika ini. Dan Semut pun masih menunggu maklum balas dari pihak yang berada disana.

Dengar kata, banyak isu hangat yang timbul di Negara yang bergolak dalam kancah Revolusi tu baru - baru ni. Ianya ada kaitan dengan puak Pakatan Pembangkang tu sendiri.

Tapi semuanya bergantung kepada sumber maklumat yang Semut dapat nanti. Kita sama - sama tunggu je la perkembangan mengenainya tak lama lagi.

Jadi,  buat sementara waktu, kita layan dulu isu - isu hangat tempatan sebelum Semut masuk ke arena Antarabangsa kemudian.

SITI BAWAK GENG SERBU RUMAH MB PAHANG!!!


Halamak ai!!! Ni apa kes ni? Apa pasal pulak Datuk Siti Nurhaliza kita ni nak bawak geng serbu rumah Menteri Besar Pahang ni?


Bukan sikit - sikit pulak tu. Hampir 150 geng - geng motorsokal berkuasa tinggi dikatakan singgah di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang malam tadi.


Dengar kata, konvoi tu datang dari Terengganu dalam siri Konvoi Bermotor sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ke 54 tahun ni.


Maka konvoi ini turut disertai oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa dan beberapa artis lain.

Pahang dijadikan destinasi berehat bagi konvoi ini sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Selatan Tanah Air bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan Negara.

EDISI BERGAMBAR: TUN MAHATHIR GEGAR UMP!!!


Hari ni hari paling pertuah bagi Semut bila dapat merayap di Universiti Malaysia Pahang dekat Gambang, Kuantan.


Bertuah bukan sebab apa. Tapi Semut berpeluang menatap dengan lebih rapat ikon Bapa Permodenan Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed.


Mantan Perdana Menteri tu memenuhi undangan pihak UMP yang telah menjemput beliau untuk menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk Cabaran Pemimpin Masa Depan.


Punya la ramai yang datang. Sampai sesak dewan. Walaupun masih ada ruang dikiri dan kanan dewan, tetapi bilangan kerusi pulak tak mencukupi.


Yang paling Semut tertarik sekali ialah mengenai sambutan pelajar - pelajar UMP sendiri. Cukup meriah. Sampai ada yang menangis bila dapat bersalam dengan beliau.

Apa isi kandungan syarahan yang disampaikan oleh TDM di UMP ni? Kemudian Semut bagi tau ye. Biar Semut berehat dulu jap sambil edit video syarahan TDM petang tadi. Tunggu...

YAHOOO!!! BULAN DAH BERANAK, ESOK RAYA!!!


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini. 

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011," katanya.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. -- BERNAMA 

UCAPAN MERDEKARAYA MB PAHANG!!!

Artikel dan video kat bawah ni Semut 'cilok' dari blog UMNO Negeri Pahang. Harap - harap diorang tak marah sebab ambik tanpa kebenaran. Hehehe...


KUANTAN - YAB Menteri Besar Pahang mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh rakyat Negeri Pahang khususnya.

Beliau turut mengambil kesempatan memohon maaf bagi pihak Kerajaan Negeri sekiranya ada membuat salah dan silap sepanjang berkhidmat untuk masyarakat.

Segala salah dan silap itu diharap dapat diperbetulkan di masa akan datang demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan juga turut mengingatkan kepada rakyat agar sama - sama menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi Negara pada ketika ini.

Juga turut diingatkan agar rakyat tidak berbelanja secara membazir sempena sambutan hari raya yang bakal menjelang.

Selain itu, YAB Menteri Besar juga turut menyeru agar seluruh rakyat Negeri Pahang mengingati ulang tahun Kemerdekaan Negara yang bakal disambut secara bersama menjelang Aidil Fitri nanti.

Apa - apa pun, Semut nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri bagi seluruh umat Islam yang ada di Malaysia ni.

Sama - sama la kita dapat menghayati Kemenangan pada hari yang mulia ini dan berdoa agar dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Segala salah dan silap, sekiranya ada tang terguris dihati atau mana - mana pihak yang terasa sepanjang membaca blog Semut ni, mohon ampun dan maaf.

Sesungguhnya Kebenaran itu memang pedih dan pahit untuk kita terima. Tetapi ianya perlu kita tegakkan walau dengan apa cara sekali pun.

Tak lupa jugak Semut ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara kali yang ke 54 dengan cogankata "Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

Jangan kita lupa pengorbanan pejuang - pejuang kita yang terdahulu sehingga kita dapat nikmat aman dan makmur sampai hari ni. Jangan jadi macam Mat Sabun tu sudah!!!

Followers