Showing posts with label Fuziah Salleh. Show all posts
Showing posts with label Fuziah Salleh. Show all posts

'AWANG IMPORT' FUZIAH 'THORON KUTUK PAS!!!


Hehehe... Inilah padahnya kalau nak tunjuk bijak. Tapi akhirnya terkantoi jugak diri sendiri. Soalan mudah pun dia tak dapat jawab.

Kalau sebelum ini, Si Ryan Albrey ni beria - ia benar mengatakan yang pembinaan Kilang Lynas di Gebeng itu adalah satu langkah yang merbahaya.

Walaubagaimana pun, kenyataan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli yang juga pakar Nuklear menjelaskan sebaliknya.

Semut tertarik hati dengan hujah - hujah yang diberikan didalam laman Facebook GPMS Pahang dimana soalan yang mudah dapat memerangkap Si Ryan Albrey ini.


Soal salah seorang dari pengunjung laman tersebut ialah. Adakah kenyataan Dr. Che Rosli ini satu kenyataan yang salah atau tidak? Ryan menjawab SALAH.

Dengan kenyataan 'Salah' itu sahaja, membuktikan bahawa pemimpin - pemimpin PAS ni tak boleh dipercayai. Malah kenyataan seorang Pakar Nuklear pun tak boleh diguna pakai.

Dah jelas yang pemimpin - pemimpin PKR terutamanya di Pahang ni memang sudah tak percayakan PAS. 

Mungkin sebab itulah PKR mahu 'Merampas' kawasan Parlimen Indera Mahkota daripada PAS dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Dan dari kenyataan itu juga, memberikan penjelasan yang PAS memang tak boleh pakai. Bukan orang UMNO atau BN yang cakap, tapi Ryan ni yang cakap. Hehehe...

DUNIA FUZIAH 'THORON' BERPUSING LAGI!!!



Nampak gayanya, Ahli Parlimen Kuantan ni tak habis - habis lagi dengan dunia dia yang sentiasa berpusing - pusing tu. Lepas satu, satu fakta yang diputar belitkannya.

Selepas dia didedahkan menyelewengkan fakta oleh Ahli Parlimen PAS Hulu Langat mengenai dakwaan kilang Lynas sebagai sebuah 'Reaktor' Nuklear, dia ubah cerita lain pulak.

Mula dia mempertikaikan mengenai sisa bahan tersebut iaitu Thorium. Lepas dijelaskan bahawa bahan itu mampu diguna semula, dia ubah kepada benda lain.

Kali ini, dia membuat dakwaan bahawa kilang tersebut akan menghasilkan 'Thoron' dalam bentuk 'debu' yang akan berterbangan berbatu - batu jauhnya.

Untuk pengetahuan umum, 'debu' Thoron tu hanya mempunyai jangka hayat tak lebih daripada 5 saat. Sampai mana je debu tu boleh terbang dalam masa 5 saat???

Sesudah itu, Si Fuziah 'Thoron' ni pulak turut membuat dakwaan bahawa bahan mentah kilang tersebut iaitu Tanah Jarang sudah pun sampai ke Gebeng, Kuantan awal bulan ni.

Kata dia, bahan tersebut akan dibawa masuk dalam bulan ini jugak, walaupun tanpa sebarang lesen yang diluluskan oleh AELB.

Dakwaan dia tu berdasarkan satu laporan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar awal bulan ini.

Ekoran dari dakwaan tersebut, maka timbul la cerita dari kalangan puak - puak penyokong Gerakan Anti Lynas dia dengan cerita yang pelik - pelik.

Antara yang disampaikan kepada orang ramai ialah mengenai kewujudan mutasi ikan dua kepala!!! Pergh!!! Gila babi diorang menipu!!!

Ada juga seorang 'Pengarah' mengatakan bahawa banyak ikan - ikan yang mati dalam kolam tu. Sayangnya, kata dia, ikan tu semuanya besar - besar belaka.

Namun, perkara tersebut disangkal oleh pihak Syarikat Lynas yang menyatakan bahawa tidak ada sebarang bahan mentah yang telah dibawa masuk ke Malaysia setakat ini.

Apa yang dilakukan oleh mereka sebelum ini hanyalah 'dry-run' bagi menentukan masa pengangkutan dari Australia ke Pelabuhan Kuantan.

Semua bahan yang didakwa dibawa masuk dalam kontena tu sebenarnya tak de. Kontena tu pun sebenarnya kosong.

Jadi, macam mana ikan - ikan tu boleh mati sedangkan bahan mentah untuk diproses dikilang tersebut masih tak de? Kan dah tak pasal - pasal je kantoi.

Tapi, Semut yakin. Si Fuziah 'Thoron' ni tentu takkan mengalah dalam agenda memutar belitkan isu berkaitan pembinaan Kilang Lynas ni. Dia akan tetap menyelewengkan fakta.


Semua tu dia kan tetap buat bagi memastikan agenda Politik diteruskan. Semuanya demi kepentingan diri dia sendiri je. Bukan untuk rakyat pun!!!

'AWANG IMPORT' FUZIAH 'THORON' KANTOI LA PULAK!!!


Putar belit rakyat Australia, Ryan Albrey yang ekoran rayuannya jugalah diatur wawancara dengan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob agar beliau mendapat kisah benar mengenai projek pemprosesan logam nadir bumi Lynas Corporation Ltd, Australia, terserlah lagi. 

Kali ini dengan menceduk secara 'out of context' wawancara diberikan Adnan secara berhemah pada 8 September lalu, dengan memfokuskan kepada bahagian cuma dua-setengah (2 1/2) minit daripada keseluruhan tempoh wawancara selama 31 minit itu.

Apa yang cuma Ryan perbesarkan ialah berkenaan pandangan Adnan mengenai kemungkinan wujud kaitan antara beberapa pemimpin Cina yang menentang projek RM2000 juta itu, dengan rangkaian antarabangsa mereka.

Lalu, Ryan boleh bertutur bahasa Melayu tetapi tidak kemas - dalam entri terbarunya sepanjang 11 minit yang dimuat-naik ke YouTube, mempertikaikan pandangan ini dengan memulakan laporan itu dengan pertanyaan, Adakah radiasi ada kaitan dengan bangsa? 

Gambaran yang diberikan ialah, Adnan bersikap perkauman lalu memanipulasikan pandangan Adnan itu dengan membayangkan, Adnan menganggap masyarakat Cina di negeri ini sebagai pengkhianat kerana masyarakat Cina di sini hendak tolong menolong Negara China. 

Putar belit Ryan lagi ialah, Negara China sendiri tidak dapat menerima kemasukan pelaburan projek Lynas lalu syarikat itu melihat Negara China sebagai musuh, yang kerana itulah juga kononnya, menyumbang kepada pandangan Adnan berkenaan. 

(Hakikatnya ialah, Lynas mendapat kelulusan untuk membina kilangnya di China, malah di Australia sekalipun, tetapi memilih Malaysia khususnya Kuantan, atas pelbagai pertimbangan termasuk bersifat ekonomi dan sosial). 

Sedangkan projek Lynas ini dakwa Ryan lagi, ialah berkaitan kebimbangan masyarakat Kuantan, bukan setakat Cina tetapi Melayu yang menentang kononnya bimbang mengenai bahaya radiasi daripada projek terbabit. 

Ini diulas oleh Ryan dengan cara begitu angkuh dan biadab sekali sedangkan semasa pandangan ini diberikan oleh Adnan dalam wawancara berkenaan, Ryan tidak pula cuba menyanggah. 

Sebaliknya, beliau kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya, yang kalau menurut fahaman kita, tentu tanda mengiyakan, serta bersetuju dengan jawapan atau pandangan berkenaan. 

Pandangan Adnan ini diberikan sebagai menjawab soalan pertama oleh Ryan yang dengan sendirinya seperti akur betapa projek Lynas ini dipolitikkan, tetapi dinafikan selama ini oleh parti pembangkang di negara ini. 

Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Banyak terima kasih untuk buat temuduga ini dengan kami. 

Boleh ke saya tanya Sekarang ini isu Lynas semakin isu politik. Kenapa begitu. Ini patut isu busines saja tapi semakin isu politik. Kenapa menjadi begitu? demikian soalan Ryan. 

Sepanjang tempoh wawancara selama setengah jam itu, tidak pula Ryan menanyakan kepada Adnan mengenai penentangan masyarakat selain Cina khususnya Melayu, terhadap projek yang sama. 

Namun, ini diulas secara manipulasi oleh Ryan dalam bentuk persoalan betapa penentangan yang turut dilakukan oleh masyarakat Melayu ini menurut ayatnya sendiri, Takkanlah mereka juga hendak tolong menolong Negara China juga? 

Sedangkan, seperti Adnan sendiri dan kita sedari, penentangan segelintir masyarakat Melayu di daerah Kuantan ini memang wujud pada permulaan berikutan kefahaman yang rendah dan diputar-belitkan fakta mengenainya oleh puak pencemuh projek ini. 

Bagaimanapun, setelah sesi penerangan dianjurkan termasuklah pemaparan pengakuan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Mat seorang saintis nuklear, mengenai selamatnya projek ini, penentangan itu semakin mengecil termasuklah dalam kalangan ahli parti pembangkang PAS sendiri! 

Malah, ketika seorang pemimpin sebuah parti pembangkang dari Australia sendiri yang dibawa oleh puak anti-Lynas untuk bertemu masyarakat Melayu di Balok berdekatan kilang Lynas di Gebeng beberapa hari lalu, menerima tempelakan pedih apabila pertanyaannya kepada seorang penduduk mengenai projek itu mendapat reaksi, Kami tak ada apa-apa masalah dengan projek Lynas ini. 

Hakikat ini kita percaya, turut disedari oleh Ryan kerana itulah maka putar belitnya sedemikian rupa agar masyarakat Melayu pula kembali menyokong perjuangan penentangan mereka terhadap projek Lynas ini. 

Satu perkara yang amat dikesali yang tidak dibangkitkan semasa wawancara dengan Adnan ialah mengenai kononnya gejala rasuah yang meluas di negara ini, yang bakal memberikan masalah khususnya apabila berlaku apa-apa kejadian tidak diingini kepada kilang Lynas kelak. 

Yang cuba ditonjolkan ialah mengenai lebih berbahayanya keadaan apabila berlaku sesuatu kejadian ke atas kilang, pegawai penguatkuasa yang berkaitan dengan keselamatan kilang pula akan mengambil rasuah bagi menutup kejadian berkenaan! 

Sungguh biadab ulasan sebegini dan kita percaya, Ryan telahpun dihasut dengan pelbagai maklumat salah mengenai negara ini oleh tidak lain, dalam kalangan rakan sekongkolnya sendiri iaitu parti pembangkang. 

Ulasan sebegini seharusnya membangkitkan kemarahan seluruh jentera penguat kuasa di negeri dan negara ini, dan sesungguhnya kita tidak memerlukan tetamu yang tidak diundang seperti Ryan, untuk berkhutbah mengenainya. 

Dalam entrinya itu juga, Ryan bercakap mengenai beliau akan kembali ke Australia untuk seterusnya menerbitkan satu dokumentari bersiri mengenai industri logam nadir bumi di negara ini, dan meminta masyarakat kita menontonnya. 

Dengan pengalaman putar belitnya terhadap wawancara yang diberikan oleh Adnan kepada manusia bernama Ryan ini, bolehkah kita percaya bahawa dokumentari bersiri itu kelak tidak merupakan satu lagi usaha putar belit besarnya? 

YOPE KEY-DARE, 
Kuantan. 

DAKYAH PEMBOHONGAN DITERUSKAN LAGI!!!


Tahniah Semut ucapkan kepada puak - puak Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang ni yang terus menyuburkan budaya bohong dikalangan rakyat.

Nak pulak dalam isu pembinaan Kilang Lynas di Gebeng yang masih lagi dijalankan oleh mereka selama hari ini.

Walau pun dah banyak kali pendedahan dibuat dan dengan jelas dibuktikan bahawa apa yang didakwa oleh mereka itu hanya bohong semata - mata, tapi mereka tetap teruskan juga.

Setinggi - tinggi tahniah juga sepatutnya diberikan kepada Si Fuziah 'Reaktor' ni kerana berjaya mendidik rakyat Pahang mengenai budaya seumpama ini.


Dia yang juga merupakan Ahli Parlimen lulusan Universiti Al - Juburi ni telah dengan jayanya memecah belahkan rakyat Negeri Pahang dengan dakyah bohong dia.

Bukan Semut yang cakap dia berbohong ye. Jangan salah sangka pulak. Yang cakap dia bohong dan sengaja memutar belitkan fakta ialah Ahli Parlimen PAS sendiri.

Sampai hari ni, Si Fuziah tu masih lagi tidak mampu bersemuka dengan Ahli Parlimen PAS ini atau mengambil sebarang tindakan mengenainya.

Macam dia mengiyakan pulak apa yang telah dinyatakan oleh Ahli Parlimen PAS tu mengenai dakwaan dia iaitu ianya hanya pembohongan semata - mata.

Tahniah penduduk 'Kuantan' yang hadir dalam perhimpunan pagi tadi kerana masih basah dikencing dek Si Fuziah ni.

NURUL IZZAH BALUN AZAN ISMAIL DALAM DIAM!!!


Sedar tak sedar, pandai jugak Si Nurul izzah ni mengkritik Azan Ismail dalam diam ye? Ada konflik ke dia dengan Si Azan tu sebelum ini?

Dengan kenyataan yang dikeluarkan dari mulut dia sendiri, nampak gayanya Si Nurul Izzah ni memang ada hati nak perli Azan Ismail sebenarnya. Cuba baca kenyataan dibawah:
"Fuziah mempertahankan hak penduduk Gebeng dan harus dipuji kerana usahanya sebagai seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab," kata Nurul Izzah Anwar.
Mungkin Ahli Parlimen Lembah Pantai ni tak sedar yang kawasan Gebeng tu bukan didalam kawasan Parlimen Kuantan.

Maka ianya bukan menjadi tanggungjawab Si Fuziah 'Reaktor' dalam membangkitkan isu mengenai pembinaan kilang Lynas ni.

Yang sepatutnya bersuara membantah pembinaan kilang tu adalah Si Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota kerana Gebeng berada didalam kawasan Parlimen dia.

Jadi, memang sah la Si Nurul Izzah ni menuduh Si Azan Ismail sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Indera Mahkota sebagai tidak bertanggungjawab.

Sampaikan isu didalam kawasan dia sendiri pun terpaksa diambil alih oleh orang lain, apa ke jadahnya???

Atau mungkin jugak Si Fuziah ni Gila kuasa sampaikan tempat orang pun dia nak langgar? Jangan cakap la dia nak berjuang untuk rakyat. Itu semua bohong belaka.

Dalam kelantangan Si Nurul Izzah ni bercakap semalam, dia jugak tak pasal - pasal je mendedahkan satu lagi persoalan. Apa kaitan orang Pulau Pinang dalam isu ni?
“Tambahan pula, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Majlis Peguam, Sahabat Alam Malaysia, Aliran dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang turut menyuarakan kebimbangan berhubung projek ini,” terang beliau.
Semut pernah dapat satu maklumat yang mengatakan bahawa projek pembinaan kilang Lynas ni pernah dipancing oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tetapi atas sebab lokasi dan perbelanjaan, maka kilang tidak dapat dibuat di Negeri tersebut kerana kos efektifnya agak merugikan.

Mungkin sebab itulah Persatuan Pengguna Pulau Pinang pun turut membantah pembinaan kilang tersebut di Gebeng Kuantan.

Macam mana kalau kilang tu dibuat di Selangor, atau di Pulau Pinang? Adakah Fuziah akan turut membantah? dah tentu tidak sebab ianya akan menguntungkan dia jugak.

Macam la kita tak tau ye tak. Semuanya ada kepentingan peribadi belaka sebenarnya. Bukan kita tak tau. Diorang bukan nak berjuang untuk rakyat sangat pun. Sebab itu la diorang sanggup menipu secara terang - terangan!!!

[Video Inside] MP PAS Che Rosli balon PAS dan ANTI-LYNAS di TV3. - Update

Baru sebentar tadi di tv3 Ahli Parlimen Pas, Yb che rosli muncul di tv3 melalui rancangan buletin utama. Korang nak tahu pasai pa yb neh muncul di buletin utama? Dia sokong pembinaan kilang LYNAS. Dan dia juga bagitau bahawa kilang neh selamat. Dia bagitau semua tue berasaskan atas pandangan dan pemerhatian dia sebagai seorang ahli sainstis. Point dia yang aku ingat ;

1. Lynas di salah ertikan

Followers