Showing posts with label Mazlan Aliman. Show all posts
Showing posts with label Mazlan Aliman. Show all posts

MAZLAN ALIMAN TERTELAN AIR LIUR BASI!!!


Halaihai!!! Kesian pulak tengok Si Mazlan Aliman ni ye. Kerap dangat dah dia tertelan air liur dia sendiri melihat kemewahan yang dimiliki oleh Peneroka.

Lepas Felda, Felcra pulak umumkan yang diorang dapat bantuan dan dividen yang lumayan daripada pihak pengurusan.

Yang dia pulak, dok makan la hasil daripada kes saman Peneroka yang tak selesai - selesai lagi tu. Itu pun dia nak bangga dengan pencapaian dia. Dasar manusia tak sedar diri.

Orang suruh usahakan tanah milik keluarga dia tak nak. Nak jugak dia menangguk di air yang keruh. Ini la dia sifat orang yang pemalas. Suka makan atas hasil orang lain.

Adakah orang semacam ini yang nak dijadikan sebagai seorang pemimpin kepada Generasi Kedua Peneroka? Lupa kan je la. Setakat makan hasil orang boleh la. Suruh dia usaha sendiri tengok. Baru dia tau langit tinggi ke rendah!!!
SLIM RIVER 25 Okt. - Felcra Berhad (Felcra) memperuntukkan RM70 juta bagi membayar dividen kepada hampir 19,000 pesertanya di sekitar Perak tahun ini.
Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abd. Rahman berkata, jumlah berkenaan bertambah RM12 juta berbanding hanya RM58 juta pada tahun lalu.
"Peningkatan dividen itu disebabkan harga komoditi sawit dan getah di pasaran global meningkat dan peningkatan harga di pasaran global secara tidak langsung memberi pendapatan yang baik kepada Felcra dan pesertanya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Daya Gerakan Desa sempena penutupan sambutan Bulan Kemerdekaan Felcra Peringkat Negeri Perak di perkampungan Program Penempatan Semula Kampung (PPSK) Felcra Serigala di sini, semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, Datuk Khusairi Abd. Talib dan Pengurus Felcra Wilayah Perak, Mat Roni Zakaria.
Beliau berkata, Felcra membuat empat kali bayaran dividen iaitu tiga kali sudah dibayar termasuk ketika menyambut Aidilfitri baru-baru ini, manakala bayaran kali keempat akan dibuat pada penggal pembukaan sekolah awal tahun depan.
"Peneroka bakal menerima dividen antara RM3,500 hingga melebihi RM6,000 bergantung kepada jumlah keluasan tanah serta pengeluaran hasil ladang mereka," katanya.

BURUK MUKA MAZLAN ALIMAN BACA LAPORAN NI!!!


Haduhai!!! Apa nak jadi la dengan Anak Derhaka macam Mazlan Aliman ni ye? Apa pun dia tak boleh buat dah sekarang ni.

Semua dakwaan yang dibuat terhadap Felda semakin hari semakin menyusut nampak gayanya. Tapi apa yang dia dapat? Tak dapat apa pun.

Gerakan Felda pun semakin hari semakin sedar dengan dakwaan yang dibuat. Diorang pun tahu apa yang dibuat oleh Si Mazlan Aliman ni semakin tak menguntungkan diorang.

Nak pulak sekarang ni Felda dalam merangka pelan kontigensi untuk menyelesaikan masalah perumahan buat warga Generasi Kedua dikawasan Peneroka.

Tak jalan dengan Felda, dia buat hal pulak dengan Felcra baru - baru ni. Tapi itu pun tak jalan jugak. Tak ramai orang yang bagi sambutan. Dah buruk muka dia.

Tambah pulak bila dia baca laporan dibawah ni. Lagi la buruk muka dia. Patut la dia semakin hari semakin kurang keluar berita sejak kebelakangan ni. Tapi kalau keluar pun bukan ada cerita lain. Asyik cerita tipu dia tu je la!!!
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Felda terus mencatatkan pertumbuhan kewangan yang kukuh apabila jumlah saham tersenarai dan tidak tersenarai serta dana Amanah Raya Berhad milik agensi itu kini mencecah RM8 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pencapaian yang amat memberangsangkan itu dilaporkan dalam mesyuarat pengurusan tertinggi Felda hari ini dan ia membuktikan Felda merupakan sebuah organisasi yang amat berjaya. - Utusan

Followers