Showing posts with label Tuan Ibrahim Tuan Man. Show all posts
Showing posts with label Tuan Ibrahim Tuan Man. Show all posts

PAS HIPOKRIT KATA PAK BERAHIM!!!


Nak tak nak, Pak Berahim terpaksa juga mengakui yang Parti Angguk Saja termasuk diri dia sendiri mengamalkan dasar Hipokrit dalam Pakatan.

Ini disebabkan mereka takut nak memberi sebarang komen atau membuat kenyataan balas tentang perlaksanaan Hukum Hudud yang dikritik oleh Si Karpal Whilcar sebelum ini.

Karpal yang jelas menentang perlaksanaan hukum tersebut sebelum ini menyatakan bahawa perlaksanaan Hukum Hudud bakal mewujudkan lebih banyak masalah kepada Negara.

Namun, kenyataan tersebut seperti tidak diendahkan lansung oleh PAS mahu pun para pemimpinnya. Jelas mereka takut dengan DAPigs.

Sebaliknya, PAS hanya menumpukan perhatian kepada MCA sahaja dan tidak menyentuh lansung ulasan yang dibuat oleh Karpal Whilchar sebelum ini.

Kata Pak Berahim, apa yang dinyatakan oleh Chua Soi Lek melampaui batas susila masyarakat yang menghormati sesama agama.

"Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara.
"Namun PAS kesal sikap campur tangan melampau beliau (Chua) akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam masa yang sama, Pak Berahim juga GAGAL menjelaskan mengenai pendirian DAPigs yang juga turut mencetuskan Polemik dan sikap benci membenci ini.

Adakah apa yang dinyatakan oleh Si Karpal Whilcar ni tidak melanggar batas susila yang dimaksudkan oleh Pak Berahim sehingga dia hanya diam membisu sahaja?

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .
Karpal, seorang peguam yang berpenfgalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.
Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.
Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.
Kan dah nampak sangat yang PAS ni Hipokrit dan mengamalkan dasar berat sebelah. Jadi dimana Keadilan yang sibuk dilaung - laungkan oleh mereka sebelum ini?

Belum pun diorang laksanakan hukum tersebut dah tak Adil dalam membuat sebarang pendirian, bayangkan kalau ianya benar - benar dilaksanakan kelak. 

Mampukah diorang bertindak Adil nanti? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!

PAK BERAHIM KATA KARPAL JAHIL???


Hah!!! Ini apa pasal lak dia nak buat muka sampai macam tu sekali? Dah tak boleh terima kenyataan ke? Sebelum ni dia kata MCA jahil. 

Lepas baca artikel dibawah ni, apa pulak pandangan dia terhadap pendirian yang dibuat oleh puak - puak DAPigs tu?
GEORGETOWN - DAP tidak menyokong sebarang usaha untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan hudud dilaksanakan biarpun Pakatan Rakyat (PR) memenangi dua pertiga majoriti pada Pihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pengerusinya, Karpal Singh berkata, pendirian itu adalah bersandarkan kepada perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi dan ia mesti selaras di semua negeri.
“DAP tetap dengan pendirian tidak bersetuju pelaksanaan hukum hudud walaupun pakatan pembangkang berjaya mendapat majoriti dua pertiga.
“Tindakan Pas membangkitkan isu ini bercanggah dengan resolusi mereka sebelum ini yang sepatutnya menjadi pendirian pemimpin mereka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau tidak berpuas hati apabila isu hudud dibangkitkan sekali lagi oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih mengharapkan hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya PR memenangi PRU-13.
Menurutnya, Pas perlu mencapai resolusi yang diluluskan iaitu membentuk sebuah negara berkebajikan dan bukannya kembali kepada cadangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Karpal berkata, hasrat Nik Aziz itu bakal menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang kerana bukan semua bersetuju dengan hudud.
Sekarang, berani ke tidak dia nak kata Si Karpal Whilchar ni jahil jugak kerana menolak Hukum Hudud tersebut?

Ke memang itu niat dia? Sindir anak pukul menantu? Dia pun nak kata yang puak - puak DAPigs ni jahil dengan hukum Islam jugak ke yang sebenarnya?

Dah memang jelas sangat dah yang DAPigs ni pun terang - terang menolak perlaksanaan Hukum Hudud. Takkan itu pun dia tak nampak?

Kalau ye pun nak menegakkan Hukum Islam, jangan la ambik sikap 'jumud' Pak Berahim oi! Jangan ambik sikap 'double standard' macam DAPigs tu.

Kalau nak balun, balun dua - dua sekali. Takkan setakat berani dengan MCA je kot? Dengan DAPigs, kenapa dia tak balun jugak? Apa, takut ke??? Jangan setakat nampak nyamuk seberang laut, gajah depan mati pun, dia buat tak tau je!!!

PAK BERAHIM TUNGGU APA LAGI???

SHAH ALAM - Pas berpendirian bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu mempunyai hak untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah masing-masing seperti mana diperakui Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), kedua-dua negeri itu berhak melaksanakan undang-undang berkenaan, namun persoalan utama adalah kebena-ran daripada Kerajaan Pusat bagi melaksanakan undang-undang berkenaan.
“Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran, merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses sesuai dan munasabah,” katanya.
Menurutnya, rakyat Kelantan telah memilih kerajaan Pas atas dasar Islam didukung parti itu justeru, mereka seharusnya diberi hak mengamalkan ajaran mereka.
“Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan semangat demokrasi dipersetujui bersama.
“Kini, terpulang kepada kerajaan Kelantan untuk membawa enakmen berkenaan ke peringkat seterusnya,” katanya.
Mengenai perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah, Pas berpendirian ia berpusat di atas pentafsiran bahawa semua itu bertentangan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
“Persoalan pentafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan antara pandangan pengamal undang-undang kedua-dua pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.
“Pas melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan mahkamah perundangan,” katanya.
Ps: Pak Berahim ni, pandai sangat bercakap. Kalau ikut apa yang dia nyatakan diatas, perlaksanaan Hukum Hudud ni boleh dilaksanakan mengikut Negeri.

Apa yang perlu diperjelaskan ialah, kenapa pulak mereka memerlukan kebenaran daripada Kerajaan Pusat sedangkan enakmen jenayah syariah ni bergantung kepada Sultan?

Bukankah Sultan yang berhak untuk menentukan sama ada hukum tersebut boleh digunakan mengikut Negeri masing - masing kerana ianya berkaitan dengan hukum Islam?

Persoalan seterusnya, kenapa PAS selama ini tidak pernah membawa usul tersebut didalam Majlis Mesyuarat Raja - Raja Melayu untuk dibincangkan?

Yang Pak Berahim ni pun sebelum ini menentang hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika Sari di Negeri Pahang. Adakah dia juga menentang hukum Hudud pada ketika itu?

Jangan la hanya sekadar bercakap je pandai. Tapi bila nak dilaksanakan, diorang takut pulak. Kalau Kerajaan Pusat kata boleh buat, adakah mereka mampu untuk melaksanakannya?

Dan Semut yakin. Sekiranya hukum ini dilaksanakan di Negeri bawah pemerintahan mereka, orang yang pertama dikenakan tindakan adalah pemimpin mereka sendiri.

Sebab pemimpin mereka pun banyak jugak yang menyeleweng serta menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar seperti berkhalwat dan sebagainya.

Jangan diorang buat - buat tak nampak pulak semua benda ni. Setakat nak menyalahkan orang itu ini, semua orang boleh buat. Itu bukan Keadilan namanya!!!

PAK BERAHIM PENING, UTAMAKAN POLITIK DARI PERPADUAN!!!


KUALA LUMPUR, 29 Sept – PAS mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif  yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini.
Selain itu PAS turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti dan Umno mewakili parti pemerintah.
“Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
PAS mengesyorkan pandangan ini ketika negara menyaksikan kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud.
Isu ini muncul kembali minggu lalu. Kerajaan Negeri Kelantan menggerakkan hasrat mahu melaksanakan hudud pada 1993.
Kata Tuan Ibrahim, Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak.
Dipetik Harakahdaily, Tuan Ibrahim menegaskan, isu hudud bukan satu isu politik, tapi ia merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihan raya.
“Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya,” kata beliau.
Ps: Ini yang buat orang pening dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Bila tiba bab perlaksanaan hukum, nak pulak diorang bermuzakarah.

Tapi bila tiba bab Perpaduan Ummah dan menubuhkan Kerajaan Perpaduan, diorang yang beria - ia benar menolak perkara tersebut.

Adakah diorang tidak melihat bahawa dengan wujudnya Perpaduan Ummah tu maka perlaksanaan Hukum juga akan menjadi mudah?

Jika adanya Perpaduan Ummah dimana seluruh Umat Islam di Malaysia ni bersatu, adakah mampu puak - puak bukan Islam lain dapat membantah?

Pelik. Benda yang sepatutnya diutamakan menjadi perkara tak penting pulak bagi PAS. Tapi diorang nak orang ikut cadangan mereka. 

Bila orang lain bagi cadangan, diorang tolak. Nampak sangat puak - puak khawarij PAS ni jenis manusia yang angkuh dan bodoh sombong.Mereka lebih pentingkan Politik dari menegakkan syiar Islam sebenarnya!!!

PAK BERAHIM CABAR MAT SYABUN BERDEBAT!!!


Ya!!! Nampak gayanya, penerangan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat ni kembali membakar diri secara tidak disedarinya.

Apa yang diluahkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man ni secara tidak sengaja turut mencalar imej Mat Syabun yang KONONnya dibeduk sebagai Singa Pas itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Tuan Ibrahim yang jugak dikenali sebagai Pak Berahim ni mencabar Tan Sri Muhyiddin untuk berdebat dengan Mat Syabun.

Kata dia, penganjuran debat itu adalah berbentuk ilmiah dan bersifat terbuka kepada rakyat secara keseluruhannya.

Atas sebab itu, Pak Berahim kata, mana - mana pihak tidak perlu takut untuk memenuhi pelawaan debat berkenaan.
“Debat yang dicadangkan berbentuk ilmiah, dan bukan untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing. 


“Tiada apa yang perlu ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat,” katanya, semalam.
Jadi, secara tidak lansung, Pak Berahim ni turut menyatakan bahawa Si Mat Syabun tu pun tak berani nak sahut cabaran yang dikeluarkan oleh Khairy sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri pernah menyatakan bahawa beliau sanggup untuk berhadapan dengan 'Singa PAS' itu walaupun ianya diadakan di 'sarang' mereka sendiri.

Tapi kenapa pulak Mat Syabun tu takut nak sahut cabaran tersebut dan sebaliknya dia hanya memberikan alasan yang bukan - bukan?

Perkara itu jelas dinyatakan oleh Pak Berahim sendiri. Debat ni berunsurkan ilmiah dan bersifat terbuka kepada rakyat. Kenapa perlu Mat Syabun takut nak menyahutnya?

Dia sebut tu jelas dan dinyatakan secara terbuka. Dia bukan maksudkan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pun UMNo secara spesifik. Tetapi merujuk kepada mana - mana pihak.

Atau adakah tindakan Pak Berahim melalui kenyataan dia semalam adalah sekadar mahu menyindir Mat Syabun itu semata - mata? Dia nak kata Mat Syabun tu penakut jugak ke?

Itulah. Orang dah kata. Cakap siang, pandang - pandang. Cakap malam, dengar - dengar. Maknanya, orang suruh berhati - hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Lain kali fikir dulu apa yang nak dikatakan. Jangan cakap ikut sedap mulut je. Kan dah tak pasal - pasal kena batang hidung sendiri. Baru Padan Muka Diorang!!!

PAK BERAHIM SAH BUTA SEJARAH!!!


Wah!!! Lain macam betul cara Ketua Penerangan PAS Pusat ni nak menuntut Kemerdekaan ye? Sampai nak diangkat senjata dulu baru boleh merdeka ye?

Kata PAk Berahim, UMNO hanya ambik kesempatan mengambil nama diperingkat akhir dalam menuntut Kemerdekaan.
“Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini. 
Woi Pak Berahim!!! Islam ada ajar ke tuntut satu - satu perkara dengan cara kekerasan dan kekejaman? Islam mana dia belajar ni?

Kalau baca dalam sirah Rasulullah dan para sahabat dulu pun, cara mereka nak memerdekakan satu - satu kawasan tu bukan melalui kekerasan.

Semuanya dilakukan dengan cara rundingan terlebih dahulu. Bila semua rundingan ditolak, maka barulah peperangan diistiharkan.

Itu pun bukan Islam yang istiharkan perang. Tetapi pihak musuh Islam yang istiharkan perang.  Dalam rundingan tu, puak Islam akan bagi 3 syarat untuk dipilih oleh musuh:

1. Sama ada pihak musuh menerima Islam dan menikmati apa yang diperolehi oleh orang Islam secara sama rata. atau,

2. Bayar jizyah yakni cukai kepada Kerajaan Islam. Mereka yang bukan Islam dibenarkan meneruskan agama masing - masing. atau,

3. Baru berperang.

Jadi, sejarah Islam mana yang tuntut kemerdekaan melalui peperangan ni sebenarnya? Semuanya melalui perundingan.

Adakah salah jika kemerdekaan Negara Malaysia ni dicapai melalui perundingan? Sewaktu penentangan Malayan Union, siapa yang angkat senjata?

Komunis yang angkat senjata. Sebab apa? Sebab diorang tak puas hati dengan keputusan British yang bagi kuasa pentadbiran kepada orang Melayu iaitu UMNO.

Kalau betul la UMNO atau pihak Kerajaan tak mengiktiraf mereka yang terkorban, apa kejadahnya mereka adakan hari Pahlawan?

Itu pahlawan yang gugur sebelum Merdeka. Pak Berahim nak cakap apa pulak untuk mereka yang gugur selepas Merdeka yang dibunuh dan dicederakan oleh Komunis?

Maka memang sah la Pak Berahim ni sebenarnya nak menganjurkan keganasan dalam Islam dalam menuntut Kemerdekaan Negara sedangkan ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

Suruh Pak Berahim ni belajar balik Sejarah la woi!!! Jangan sesuka hati dia je nak bercakap. Bagi Penerangan pun entah apa - apa. Pejuang Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!

ISU SAMAN JAIS: PAK BERAHIM JANGAN LA JADI BADUT!!!


Alahai Ketua Penerangan PAS ni. Macam nak jadi badut pulak dah dia ni bila membicarakan pasal isu saman yang dibuat oleh JAIS terhadap dua orang rakan dia ni.

Adakah Pak Berahim nak mempertikaikan tindakan yang diambil oleh JAIS terhadap Dr. Rani Othman dan jugak Si Khalid Gereja tu sebenarnya?

KUALA LUMPUR, 7 Sept – PAS pusat mengingatkan agensi-agensi agama tidak menjadi penghalang kepada pengembangan agama, sekali gus urusan pemberian tauliah menjadi “bahan ketawa” ekoran ketegasan keterlaluan Jais ke atas dua pemimpin parti itu di Selangor.
Mengikut laporan semalam, Jais atau Jabatan Agama Islam Selangor mengenakan tuduhan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana menyampaikan tazkirah tanpa tauliah manakala tauliah Adun Meru Dr Rani Osman pula ditarik balik ketika Ramadan baru lalu.
Dr Rani dan Khalid masing-masing merupakan Pesuruhjaya PAS dan Timbalan Pesuruhaya PAS Selangor.
Dalam kenyataannya petang ini, Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, jika pihak berkuasa agama membimbangi mereka terbabit menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, “bagaimana pula dengan kuliahnya di universiti dan tempat lain?”
Huh!!! Ada hati nak mempertikaikan kuasa orang konon. Dia tak sedar ke yang tindakan dia mempertikaikan JAIS tu sebenarnya secara tak sedar turut mempertikaikan kuasa Sultan?

Bukan ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dah kata sebelum ini bahawa sesiapa yang mempertikaikan tindakan JAIS sama seperti mereka mempertikaikan kuasa Sultan.

MAIS kata, JAIS berada didalam kuasa Sultan. Maka dengan itu, tindakan yang diambil oleh JAIS telah mendapat perkenan dari DYMM Tuanku Sultan terlebih dahulu.

Jadi, dengan tindakan Pak Berahim ini, boleh dikatakan bahawa dia juga turut mempertikaikan kuasa Sultan Selangor secara tidak lansung.

Yang menjadi persoalannya, berapa ramai pensyarah Universiti yang bagi ceramah dan kuliah diluar dari kawasan Kampus?

Ada ke mereka buat macam tu? Tambahan pulak, ceramah yang dibuat oleh Khalid Gereja tu semuanya berbaur Politik belaka. Bukan kuliah agama pun!!!

Jangan cakap orang je la Pak Berahim. Sedangkan dia dalam ceramah yang dia sendiri buat pun, berapa banyak sangat cerita pasal hal ehwal agama. Semuanya Politik belaka.

Nak mentarbiahkan orang dengan ajaran Islam menda kebangkainya kalau asyik dok maki orang tak tentu arah. Perjuangan Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Ps: Sedar la sikit Pak Berahim. Awak pun dah tak laku dah dikalangan orang PAS. Sebab itu diorang tak pilih awak jadi Timbalan Presiden!!!

PAK BERAHIM SURUH MAT SYABUN SAMAN UTUSAN???


Alahai Pak Berahim ni. Kesian pulak Semut tengok dia. Dia ni macam baru sangat masuk PAS pulak. Sejak jadi Ketua Penerangan ni, sepatah haram pun dia tak tahu buat.

Ada ke dia nak suruh Si Mat Syabu tu ambik tindakan dan memfailkan saman terhadap Utusan? Apa, dia ingat Mat Syabun tu berani sangat ke?

Kata Pak Berahim, tindakan itu perlu dilakukan kerana ianya dengan jelas telah menjejaskan kredibiliti PAS kerana dianggap menyokong Komunisme.
Dalam pada itu, PAS Pusat akan meminta Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu menyaman segera akhbar Utusan Malaysia kerana menyelewengkan fakta sebenar ucapan dalam satu ceramah beliau demi kepentingan politik. Tuan Ibrahim berkata, tindakan akhbar milik Umno itu tidak boleh dibiarkan berterusan memutarbelitkan isu kerana mahu menggambarkan PAS menyokong komunis.
Ceh!!! Kalau betul la Si Mat Syabun ni berani, dari mula hari tu dah dia saman Utusan. Dia pun dah banyak kali ulang - ulang perkara tersebut. Tapi hapah pun dia tak buat.

Kalau betul la Si Mat Syabun tu berani, kenapa dia tak ambik tindakan dan memfailkan saman terhadap Polis tempoh hari?

Setakat cakap je nak saman, nak saman. Tapi bila diasak dan didesak, tak saman - saman jugak. Macam tu digelarkan sebagai Singa? Kalau kucing tahan jugak la.

Diorang dah kantoi menyelewengkan fakta, lagi nak kata orang lain pulak yang buat penyelewengan? Betul la diorang ni jenis yang tak sedar diri.

Lepas tu, siap mengaku pulak Mat Syabun ni kononnya dia semakin Popular. Memang la semakin dia popular. Popular sebagai PENGKHIANAT.

Ada jugak rupanya orang yang bangga jadi PENGKHIANAT kat Malaysia ni ye. Memang patut sangat la 'Lelaki Popular' ni kena halau dengan waris Bukit Kepong semalam.

Kena halau tu pun sebab terlalu popular la kot. Itu yang dia suka sangat tu gamaknya. Meh suruh dia datang Pahang. 

Kot kena sambut dengan penyapu tahan lagi. Semut takut, ada orang tunggu dengan Parang je lepas ni. Baru dia tau langit tinggi rendah. Popular sangat konon. Ceit!!! Pigidah!!!

HABIS AKAL, PAK BERAHIM NAK AJAK BERDEBAT!!!




"Ana 'Surrender', Meh berdebat!!!"
Halahai!!! Pak Berahim, Pak Berahim. Dah habis akal ke nak bagi hujah sampai terpaksa ajak orang berdebat ni? Apa, dah tak de idea lain ke dia nak bagi?

Kot ye pun nak menegakkan benang Mat Syabun yang dah basah tu, takkan la sampai terdesak sangat nak ajak orang berdebat kot?

Bukan apa. Semut takut nanti Pak Berahim dapat malu macam dalam Wacana yang diadakan baru - baru ni bersama - sama dengan Tan Sri Harusani.

Pandai sangat dia cakap yang orang lain layan Ulama macam terompah Kayu, tak pasal - pasal je dia digelarkan sebagai Syaitan. Kan dah songeh muka?

Disebabkan dia sendiri dalam banyak - banyak ceramah yang dibuat terlalu suka mengutuk orang lain dengan memberikan nama gelaran itu ini, dah kena sebijik dengan Mufti Perak tu.

Itu berdebat pasal peranan ulama tu. Cerita pasal bab agama pun dah kantoi. Sekarang dia  masih ada hati nak ajak berdebat pasal Sejarah pulak?

Kalau betul la PAS ada naratif lain mengenai Sejarah Negara, apa tak dibuatnya buku dan dijadikan bahan rujukan untuk orang baca?

Kenapa puak - puak Pakatan Pembangkang tu masih jugak nak mendesak Kerajaan agar memperbetulkan sejarah sedangkan diorang sendiri pun tak mampu nak menjelaskan fakta yang sebenar?

Bukan pasal sejarah Negara tetapi Sejarah PAS sendiri pun sengaja disembunyikan kisah sebenar. Cuba baca dalam laman web rasmi mereka. 

Jelas sangat ianya sengaja dimanipulasikan dan ada beberapa yang sengaja tidak dinyatakan oleh PAS sendiri. 

Sebagai contoh, kenapa PAS tidak menjelaskan tindakan Haji Ahmad Fuad yang keluar dari UMNO kerana kalah bertanding jawatan Presiden dan kemudiannya menubuhkan PAS?

Kenapa tidak dijelaskan konflik diantara Dato' Asri dan Haji Ahmad Nasir mengenai kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kelantan selepas PRU 1969?

Sejarah diorang sendiri pun sengaja nak diputar belitkan, lagi ada hati nak mempertikaikan pasal sejarah Negara. Nampak sangat Pak Berahim ni sengaja nak jadi Ketam. Ceit!!! Pigidah!!!

KUALA LUMPUR, 4 Sept — PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad Sabu.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.
“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.
“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban menentang penjajah berasa dukacita apabila dilabelkan sebagai komunis.

PAK BERAHIM AKUI, PAS DAN KOMUNIS ADA PERSAMAAN!!!


Ya!!! Itulah yang cuba diketengahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat ni sebenarnya. Dia nak mengakui bahawa PAS memang ada persamaan dengan PKM.

Dalam usaha menegakkan benang basah yang dicetuskan oleh Si Mat Syabun baru - baru ini, Pak Berahim mempertikaikan mengenai sejarah Kemerdekaan Negara.

Dia dilihat sengaja mahu memutar belitkan fakta dengan menyatakan bahawa perjuangan komunis pada ketika itu adalah untuk menentang penjajahan British.

Kata Pak Berahim, apa yang dilakukan oleh PKM itu sama seperti apa yang dilakukan oleh pejuang - pejuang Anti Penjajahan dizaman dahulu.

Dia nak samakan apa yang dibuat oleh Komunis dengan perjuangan Tok Bahaman, Tok Janggut, Tok Gajah dan Mat Kilau.
“Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mungkin, Pak Berahim ni dah tersalah baca buku sejarah kot. Dia tak sedar apa yang dia cakap tu jelas berlainan dengan fakta sebenar.

Pejuang - pejuang seperti Tok Janggut, Tok Bahaman dan sebagainya tu adalah untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara secara keseluruhan.

Manakala perjuangan PKM adalah kerana mereka tidak diiktiraf oleh pihak British dan tidak diberikan kuasa untuk mentadbir Negara.

Kewujudan mereka seolah - olah dinafikan oleh pihak British sewaktu tuntutan Kemerdekaan dibuat pada ketika itu. Mereka terasa perjuangan mereka dipinggirkan.

Maka sebab itulah puak - puak Komunis ni bangkit dan membantah perjanjian yang telah dibuat untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

Agendanya mudah. Mereka nak wujudkan 'social tension' diantara kaum didalam Negara agar perjanjian yang dimeterai itu GAGAL dilaksanakan.

Samalah dengan apa yang dibuat oleh DAPigs ketika tercetusnya tragedi 13 Mei. Tujuannya adalah untuk membatalkan perjanjian yang telah dibuat.

Jika benar PKM berjuang untuk rakyat, kenapa gerakan Gerilla mereka diteruskan sehingga lewat tahun 70an? Ianya berlarutan sehingga pertengahan tahun 1980an.

Bermakna, perjuangan PKM dan juga puak - puak Komunis adalah untuk kepentingan mereka sahaja demi mendapatkan kuasa pemerintahan di Tanah Melayu.

Dan faktor itu dilihat mempunyai persamaan dengan puak - puak Pakatan Pembangkang hari ini dimana mereka berjuang menuntut itu dan ini bukan kerana rakyat.

Tetapi sebaliknya untuk kepentingan Politik mereka sahaja. Jangan la Pak Berahim ingat rakyat Malaysia ni buta dan bodoh sampai tak nampak lansung agenda diorang tu.

Kalau ye pun nak menegakkan benang yang basah, cari la cara lain. Jangan sampai diperbodohkan diri sendiri dengan fakta yang songsang!!!

Followers