Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

ANUGAY SINDIR NIK AZIZ, PROJEK KEMISKINAN MENGAIBKAN!!!


Bunyinya macam tak logik. Tapi mungkin itulah yang mahu dinyatakan oleh Si Ketua Penipu tu dalam laporan yang disiarkan dalam laman portal Meloyakini hari ini.

Kononnya, kata Si Ketua Penipu tu, bantuan kemiskinan yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara berlaku kepincangan dan mengaibkan.

Tapi dalam masa yang sama, Laporan tersebut juga turut mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan dalam menguruskan isu perumahan.

KOTA BHARU - Selalunya pemimpin Pas seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah banyak mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi kali ini apa pula kata mereka selepas dikritik. 
Laporan Ketua Audit Negara 2011 menegur kelemahan kerajaan Pas Kelantan dalam projek membina Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) biarpun diberi peruntukkan sebanyak RM19 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). 
Melalui peruntukan itu kerajaan negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah. Daripada peruntukkan tersebut sebanyak RM8.33 juta telah dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu tetapi projek RAKR masih tidak berjalan sepenuhnya. 
Dalam tempoh RMK-9 tiada langsung projek RAKR dibina sebagaimana yang dirancang malah pembinaan projek sambungan RMK-8 secara usaha sama melibatkan dua blok pangsapuri yang mempunyai 160 RAKR di Wakaf Mek Zainab tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. - Sumber KelateKito
Hah! Macam mana Si Ketua Penipu ni boleh menkritik kepimpinan Si Wali Terompah tu yang jelas GAGAL dalam melaksanakan tanggungjawab dia?

Adakah Si Ketua Penipu tu tak nampak yang perkara tersebut juga turut berlaku dalam pemerintahan Negeri - Negeri Pakatan Pembangkang sendiri?

Persoalan yang lebih utama ialah, ke mana pulak perginya duit peruntukan bantuan sebanyak RM19juta tu? Ke mana ianya dilaburkan?

Jangan kata 8ratus buah rumah. Sebijik rumah pun diorang tak buat pun di Kelantan. Tidakkah ini dikira sebagai Kepincangan yang Mengaibkan?

Dah semakin jelas puak - puak Pakatan Pembangkang ni suka sangat mengantoikan diri mereka sendiri. Itulah balasannya bila suka sangat tengok nyamuk diseberang laut. Gajah mati depan mata, diorang buat - buat tak nampak pulak!!!

KANTOI!!! NIK AZIZ MEMALUKAN DIRINYA SENDIRI!!!

...Lama Sangat Tido, Itu Pasal Cakap Pun Main Ikut Sedap Mulut Je!!!...
Nampak gayanya, Si Wali Terompah ni dah lama sangat duduk dalam gua. Mungkin sebab itu dia main cakap ikut sedap mulut dia je.

Dia yang kononnya nak 'back-up' Si Aziz Bari tu tu tak pasal - pasal je mengantoikan diri dia sendiri bila mengulas mengenai isu tersebut.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat berkata rakyat menjadi pelik melihat tindakan sesetengah pihak menghina raja-raja Melayu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, tetapi sebaliknya ahli akademik yang menyuarakan pandangan akademik mereka disekat.
NONE"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni?" soal Nik Aziz yang dipetikHarakahdaily selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur, semalam.

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, mengulas isu penggantungan tugas pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Menurut beliau, semua pihak termasuk universiti, tidak seharusnya menyekat ahli akademik menyuarakan padangan mereka dan mereka perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki.
Dalam kenyataan tersebut, Si Wali Terompah tu nak cakap pasal insiden yang berlaku di Terengganu sewaktu pemilihan Menteri Besarnya dulu.

Apa yang Si Nik Aziz ni tak tau ialah, perkataan 'Natang' tu ditujukan kepada Ahmad Said, Menteri Besar yang sekarang ni. Bukan ditujukan kepada Sultan!!!

Nampak sangat Nik Aziz ni tak tau apa isu sebenar. Nama je dia bangga dengan gelaran 'Tok Guru'. Tapi apa isi intinya pun diorang tak tau.

Yang Si Aziz Bari tu sendiri pernah kata. Institusi Raja - Raja Melayu ni bukan tak boleh ditegur. Jadi dia pun sama la. Takkan orang tak boleh tegur dia.

Apa, Maksum sangat ke Si Aziz Bari tu sampaikan apa yang dicakap orang dah tak boleh pertikai? Ingat Aziz Bari tu macam Si Wali Terompah ni ke yang memang dasar tak boleh ditegur? Sedar la diri sikit. Kot ye pun nak buat komen, jangan la guna Kepala Lutut!!!

NIK AZIZ MALU, DIN PUDU PENTINGKAN AZIZ BARI DARI ISLAM!!!


Memang patut sangat Si Wali Terompah ni malu dengan tindakan yang nak diambil oleh Si Din Pudu ni. Nampak sangat yang diorang ni tak mendahulukan Islam dalam perjuangan.

Katanya, Si Din Pudu ni akan membawa isu berkaitan dengan penggantungan Si Aziz Bari oleh pihak pengurusan UIAM ke Parlimen dalam sidang Dewan yang akan datang.

Kononnya, Si Din Pudu ni nak cari Keadilan bagi pihak Si Aziz Bari ni dengan membangkitkan isu tersebut di Parlimen. Itu kata dia. Nak tuntut Keadilan konon.

Pasal Si Aziz Bari ni, sibuk pulak dia nak bangkitkan dalam sidang Parlimen. Kenapa dia tak bangkitkan isu yang sama berkaitan dengan nasib Naib Canselor dan Pegawai UniSel sebelum ini?

Kot ye pun nak tuntut Keadilan, biar la betul - betul Adil. Jangan la berat sebelah hanya semata - mata kepentingan Politik diorang pulak. Apa yang dibuat oleh Si Din Pudu ni merupakan contoh diskriminasi mereka.

Adakah itu salah satu tuntutan didalam Islam agar bertindak mengikut kepentingan Politik dan bukan atas dasar Keadilan yang sebenarnya? Itu ke yang diperjuangkan PAS selama ini?

Yang pasal Si Aziz Bari tu, dia sibuk sangat. Tapi pasal isu berkaitan dengan Akidah Umat Islam, kenapa dia tak nak bangkitkan di sidang Dewan? Adakah isu berkaitan dengan akidah ni tidak penting?

Sepatutnya, Si Din Pudu ni sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang KONONnya memperjuangkan Islam perlu mendahulukan isu seumpama itu didalam sidang Dewan.

Kenapa dia tidak mendesak agar pihak Kerajaan mempertingkatkan kesedaran terhadap gejala memurtadkan umat Islam di Malaysia ni? Kenapa dia tak cadangkan agar Kerajaan memperkasakan pendidikan Islam diperingkat Sekolah lagi?

Tidakkah perkara seumpama itu lebih penting kalau nak dibandingkan dengan isu yang berkaitan dengan Si Aziz Bari ni? Ke diorang dah ubah agenda perjuangan?

Dari memperjuangkan Islam kepada memperjuangkan individu tertentu demi kepentingan Politik mereka sahaja? Kalau macam tu, memang sah la PAS tak layak nak digelar sebagai pejuang Islam. Setakat jadi Penjahanam boleh la!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

IMAM PASARAYA: NIK AZIZ TIDO, ITU PASAL LA TAK DE!!!


Belum ada keperluan bagi kerajaan Kelantan menyediakan rumah ibadat untuk penganut agama lain di pasaraya dan stesen bas sebagaimana untuk orang Islam di negeri itu.
    
Menjawab soalan Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata buat masa ini keperluan itu belum timbul.
    
Dalam pada itu, katanya, mulai 18 Oktober lepas, kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Baharu telah mengarahkan pihak pengurusan semua pasaraya di bawah seliannya menyediakan imam di surau masing-masing.
    
Selain itu, kerajaan negeri juga mahu surau uzur di tempat berkenaan dinaik taraf, katanya.
    
Menjawab satu lagi soalan Norzula, Takiyuddin berkata pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau tahap kebersihan tandas awam seperti di masjid dan stesen bas agar sentiasa dalam keadaan suci dan bersih.
    
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya sentiasa mengadakan program kepada remaja bagi membangunkan sahsiah diri.
    
"...dan dalam program berkenaan kita dapat lihat ada antara mereka yang menyesal dan insaf," katanya menjawab soalan Norzula yang sebelum itu berkata kerajaan negeri perlu meningkatkan program sedemikian.
    
"Saya rasa apa yang dilakukan sekarang seperti memberi nasihat sudah tidak bersesuaian lagi dan kalau perlu tahan remaja melepak untuk membanteras gejala tidak baik," kata Norzula. Sumber - Bernama.


Ps: La ish! Punya lama dia memerintah Negeri Kelantan, baru ini dia nak suruh Pasaraya tu sedia Imam untuk surau?

Tapi nama Negeri bukan main lagi. 'Serambi Mekah' konon. Nak jaga kebersihan Masjid pun tak mampu, nak jadi 'Serambi Mekah' macam mana?

Memang sah la. PAS ni sekadar mempergunakan Islam sebagai Alat dalam agenda Politik mereka sahaja. Bukan ikhlas pun nak memperjuangkan agama!!! Semuanya ada kepentingan belaka!!! Pejuang konon. Ceit!!! Pigidah!!!

NIK AZIZ MALU, NASA NI JE YANG PERJUANGKAN ISLAM!!!


Puak - puak Parti Angguk Saja ni tak malu ke bila diorang mendabik dada mengatakan yang diorang ni pejuang Islam? 

Tapi bila tiba waktu kita menyeru ke arah perpaduan, diorang dulu yang melarikan diri. Bila tiba bab untuk menyokong satu - satu perkara, macam - macam alasan diorang bagi.

Macam contoh, isu nak mengharamkan penjualan arak dikawasan majoriti Melayu Islam. Diorang jugak yang beria - ia membantah padahal tindakan tu satu tindakan yang wajar.

Lepas tu isu pasal DUMC. Dah la diorang tak sokong tindakan JAIS yang membuat pemeriksaan ke atas premis terbabit, siap balun pulak pemimpin diorang sendiri.

Dan yang bertambah teruk, apabila diorang tuduh UMNO menjadi dalang dalam pemeriksaan tersebut. Kalau betul sekali pun, apa salahnya?

Sepatutnya, diorang yang beria - ia mendabik dada perlu mendahului dalam isu murtad ni. Kenapa pulak diorang nak tunding jari pada orang lain?

Dalam isu Perhimpunan Sejuta Umat ni pun sama. Kenapa pulak PAS tak nak masuk campur sedangkan mereka kata mereka memperjuangkan Islam?

Nak bagi alasan yang Himpunan tu tak de kaitan dengan parti Politik? Bukan ke diorang jugak yang kata diorang sebuah Parti politik yang memperjuangkan Islam?

Secara tak lansung, PAS sendiri mengakui yang diorang ni hanya sekadar sebuah Parti Politik sahaja. Dan tak lebih dari itu.

Jadi tak salah la kalau orang kata PAS ni hanya mempolitikkan Agama semata - mata untuk meraih undi dari rakyat sahaja. Itu pun diorang tak nak mengaku jugak ke???

Sayangnya, hanya segelintir pemimpin PAS yang sedar akan hakikat ni. Pemimpin lain macam mana? Takkan diorang tau nak menyokong Si Ketua Penipu tu je kot!!!
Pemuda PAS berkata pihaknya tidak terlibat dari awal dengan "Perhimpunan Sejuta Umat" (HIMPUN) bagi menangani gejala murtad di ibu negara Sabtu ini.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 03"DPPM (Dewan Pemuda PAS) memang tidak terlibat dari awal atas nama parti politik sebab itu adalah himpunan NGO-NGO Muslim," kata ketuanya Nasrudin Hassan (kanan)

Bagaimanapun, menurut Nasrudin lagi, mereka tetap menyokong "usaha murni" itu.

Semalam, dewan itu dilaporkan berkeras mahu menghadiri perhimpunan itudan menyokong usaha “menyatu suara dan tindakan" ke arah memperjuangkan Islam serta mempertahankan akidah.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata usaha murni itu perlu disokong oleh seluruh umat Islam.

NIK AZIZ MALU, KTK LEMPANG DIA!!!


Huh!!! Memalukan. Nama je pemimpin Islam. Tapi, bila tiba bab kuasa, dia la yang paling tamak sekali. Sampai ke tua, masih lagi dia tak sedar diri.

Tambah memalukan, Si Wali Terompah ni masih tidak mahu melepaskan jawatan dia sebagai Menteri Besar dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Kata dia, dia tetap akan bertanding dalam PRU walaupun tak de orang yang suruh dia bertanding. Kan nampak sangat dia tak sedar diri.

Dan dia jugak bukan sekadar memalukan diri sendiri. Tetapi turut memalukan parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu secara keseluruhan.

Dia tak malu ke dengan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Gerakan yang sanggup mengorbankan diri dia sendiri demi perjuangan parti?

Tak de la macam dia ni. Walaupun dah semakin ramai orang yang nak dia berenti, dia masih jugak nak tunjuk sombong. Macam dia sorang je yang layak jadi Menteri Besar.

Apa, dalam kalangan ahli PAS Kelantan ni, dah tak de orang lain ke yang layak menggantikan dia sebagai Menteri Besar? 

Tandus sangat dah ke pemimpin PAS ni, sampai jawatan tu pun terpaksa disandang oleh Si Wali Terompah ni sampai mati? 

Kalau dah tak de sangat pemimpin yang boleh menggantikan dia, baik bubar je la Parti Angguk Saja ni. Buat malu ke rakyat je. Nak memperjuangkan Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Presiden GERAKAN Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan beliau bersedia mengorbankan dirinya sendiri supaya parti itu dapat menyediakan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

koh tsu koonKatanya, beliau tidak akan memberitahu apa yang akan dilakukannya buat masa ini kerana beberapa perkara masih perlu disemak dan diselaraskan.

Bagaimanapun, ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam persidang nasional GERAKAN di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata beliau boleh menjamin akan mengorbankan dirinya untuk parti.

Janji itu ekoran suara-suara cemas, antaranya Ketua Wanita GERAKAN Datuk Tan Lian Hoe yang semalam menggesa Koh tidak bertanding pada pilihan raya umum demi kepentingan parti.

Koh yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak mengesahkan atau menafikan kemungkinannya untuk bertanding lagi.

NIK AZIZ TERUS MALU, AHLI KAFIR PAS MUNAFIK RUPANYA!!!


Oh! Baru la Semut tahu. Puak - puak Parti Angguk Saja ni bukan tak bagi tarbiah pada ahli - ahli Kafir diorang. Ada rupanya diorang mendidik.

Apa yang diorang didik ialah dengan menjadi lebih Kafir dari sedia ada. Lagi teruk dari itu, diorang didik menjadi Munafik yang sejati.

Bagi puak - puak Kafir dalam Parti Islam tu, Hukum Hudud ni bukan merupakan agenda yang utama dalam perjuangan parti tersebut. Ia sesuatu yang tidak penting.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw menafikan berita yang mendakwa sayap itu enggan menyokong parti itu jika hukum hudud dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau juga menafikan membuat ancaman untuk meninggalkan PAS seperti  yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini.

pas forum 170609 hu pang chaw 02"Sebagai salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak  ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapur," kata Hu (kanan) yang dipetik oleh Harakahdaily, hari ini.

Sinar Harian hari ini menyiarkan di halaman utama dengan laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan meninggalkan PAS jika hukum hudud dilaksanakan.

“Saya bukan nak cabar parti. Kalau saya tak suka pada Pas, saya sudah lama keluar dan tubuh parti baru. Saya juga bukan tolak hudud tetapi saya mahu kepimpinan Pas beri perhatian kepada perkara-perkara lain sebelum fikir nak laksanakan hudud,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS ni, Hudud tu tak penting. Ada banyak lagi benda lain yang boleh dibuat.

Wah!!! Baru enam tahun jadi ahli dan dua tahun jadi sayap, diorang dah boleh tetapkan ke mana hala tuju PAS dalam perjuangan diorang rupanya ye.

Maknanya, apa yang dinyatakan oleh Si Hu ni, perjuangan pemimpin PAS sebelum ini untuk menegakkan Hukum Islam bukan satu perkara yang penting.

Dan, perjuangan PAS Kelantan selama 20 tahun yang lalu untuk melaksanakan hukum tersebut hanyalah perbuatan sia - sia belaka.

Apa pulak pendirian Si Wali Terompah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Hu ni? Takkan dia nak mendiamkan diri sahaja? 

Kalau dengan orang lain, berani pulak dia 'sound' dengan 'fatwa - fatwa' dia. Takkan dengan Ahli sendiri dia takut kot!!! Perjuangan Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!!

NIK AZIZ MALU, AHLI KAFIR PAS UGUT PARTI SENDIRI!!!

KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.
Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.
Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.
Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu.
“Kita perlu mengakui bahawa dalam politik apa sahaja boleh berlaku,” kata Hu kelahiran Kelantan ketika menegaskan pendiriannya kepada The Malaysian Insider.
“Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri,” katanya.
Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.
Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.
“PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya sebelum ini.
Beliau memberitahu bahawa persekitaran semasa ini adalah benar apabila penyokong-penyokong kalangan kaum Cina dalam PAS, yang bersedia untuk meninggalkan parti itu, jika mereka merasakan mereka sudah tidak memperoleh “hasil pelaburan.”
“Apabila mereka merasakan parti ini, tidak boleh dilihat sebagai parti terbaik, mereka akan bertindak keluar. PAS perlu ingat perkara ini,” katanya lagi.
PAS seharusnya menerima bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan oleh itu, melupakan usaha mahu mengenakan hukum hudud ke atas bukan Muslim kerana tindakan seumpama hanya akan menyebabkan kesan ke atas parti tersebut, tambah Hu.
Ps: Hanya satu perkara sahaja yang boleh dibuat sebagai kesimpulan berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DHPP ni.

Kesimpulannya ialah, PAS GAGAL SECARA LANSUNG memberi tarbiah dan didikan agama kepada ahli Bukan Islam dalam parti mereka sendiri.

Ia juga merupakan KEGAGALAN parti itu untuk terus mendabik dada mengatakan merekalah pejuang Islam yang sebenar.

Ini disebabkan Dewan Himpunan Penyokong PAS ni bukan satu sayap baru. Tapi dah 6 tahun berada dibawah parti itu. Takkan itu pun diorang tak boleh nak tarbiah jugak?

Bila nak cakap pasal orang, bukan main lagi. Macam la diorang je yang pandai sangat. Padahal, diorang pun lagi teruk.

Pejuang Islam menda kejadahnya kalau ahli diorang sendiri pun boleh main ugut - ugut. Itu Perjuangan Kepala Tengkorak Dia!!!

BUKTI SAH, KELANTAN NEGERI BERKEBAJIKAN!!!


Apa yang orang kata mengenai PAS ni memang betul la. Diorang memang melaksanakan apa yang telah diucapkan sebelum ini.

Kalau kita tengok, sekarang pun, Kerajaan PAS Kelantan memang mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan dan sentiasa mengutamakan rakyat.

Cuma Haji Hadi Awang je yang dalam ucapan dia sejak kebelakangan ni TERLUPA nak menyebut mengenai soal Kebajikan ni.

Mungkin sebab Nik Aziz TERLALU menjaga kebajikan rakyat tu la yang membuatkan 130 orang ahli ni keluar parti. Sebab agenda diorang bukan untuk rakyat. Tapi untuk diri sendiri!!!

TANAH MERAH 5 Okt. - Seramai 130 penyokong tegar Pas di sini menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.
Mereka merupakan penyokong Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau seramai 72 orang dan Kemahang 58 orang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian ini, Baharudin Yusof pada dua majlis berasingan di sini, malam tadi.
Mohamad Abdul Rahman, 70, memberitahu, tindakannya bersama rakan lain menyertai UMNO berdasarkan transformasi politik parti orang Melayu itu yang dilihat semakin berintegriti dalam membela rakyat.
Menurutnya, banyak perubahan yang dibawa pimpinan UMNO di sini yang tidak semata-mata berorientasikan politik, sebaliknya lebih bersifat komuniti.
"Saya pengundi Pas, penyokong Pas selama 30 tahun. Tapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu (Pas). Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.
"Jika ini corak pimpinan Pas, saya tidak yakin parti itu mampu melakukan perubahan kepada rakyat. Oleh itu, saya mengambil keputusan lebih baik meletakkan sokongan padu kepada UMNO," katanya.
Mohamad turut menyeru rakan-rakannya yang masih menjadi penyokong Pas supaya membuat penilaian dengan waras untuk memberi sepenuh sokongan kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat.
Katanya, mengambil kira tempoh lebih dua dekad negeri ini ditadbir oleh Pas, tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan rakyat.
Bagi Che Roslan Li, 43, pula, dia mengambil keputusan menyertai UMNO disebabkan kecewa dengan pimpinan Pas di sini yang didakwa kurang memberi perhatian kepada rakyat terutama golongan muda.
"Hendak lihat wakil rakyat pun susah. Jarang sekali boleh tengok datang tanya khabar situasi atau perkembangan rakyat kecuali saat hendak dekat pilihan raya," dakwanya.

KELANTAN TAK DE AIR??? NEGARA KEBAJIKAN!!!

Nak Buat Macam Mana, Menteri Besar Pun Asyik Tido Je!!!
Korang jangan silap. Jangan mudah sangat nak buat dakwaan yang bukan - bukan kalau tak tau apa istilah sebenarnya. Kaji dulu sebelum buat sebarang dakwaan.

Kalau korang nak tau, inilah salah satu istilah sebenar Negara Kebajikan yang hendak dilaksanakan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu.

Bagi diorang, masalah air ni masalah kecik je. Bukan satu masalah besar. Nak pulak kalau masalah tu melibatkan rakyat. Lagi la diorang tak peduli.

Bukan setakat tak de air je yang menjadi istilah Negara Kebajikan PAS ni. Tak de peruntukan untuk menjaga Kebersihan Masjid, tak de pembinaan Masjid baru pun terlibat sama.

Walaupun diorang berdegar - degar dan dengan bangga mendabik dada kata diorang memperjuangkan Islam, tetapi perkara ini hanya dianggap kecil.

Lagi pun, tak de air ni bukan salah Kerajaan PAS Kelantan. Semuanya salah Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Kita bukan tak tau. Itu je la alasan diorang pun!!!

TUMPAT 2 Okt. - Kira–kira 30,000 pelajar di Kelantan dilaporkan terjejas teruk akibat beberapa buah sekolah di negeri ini terputus bekalan air bersih yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lalu.
Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, berikutan itu ada di antara sekolah berkenaan terpaksa menggunakan pam air sebagai alternatif bagi mengelakkan sesi persekolahan terganggu.
Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah sekolah-sekolah di daerah Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Bachok melibatkan lebih 30 buah sekolah.
"Kita percaya banyak lagi sekolah terlibat dengan masalah terputus bekalan air bersih tetapi tidak dilaporkan kepada pihak kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat di sini, hari ini.
Hussain berkata, keadaan kritikal masalah ketiadaan air ini juga memaksa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di Kuala Krai menyediakan 18 pam air bagi memastikan bekalan air di sekolah mencukupi untuk keperluan pelajar.
Ekoran masalah itu, ada pelajar yang tinggal di asrama sekolah dilaporkan tidak dapat mandi, sementara proses penyediaan makanan turut terjejas menyebabkan mereka tidak boleh tinggal di asrama.
"Berikutan masalah ini juga pihak sekolah terpaksa menanggung kos bil elektrik yang yang tinggi, jika masalah ini tidak berlaku pihak berkenaan boleh menggunakan sumber kewangan itu untuk tujuan lain,” katanya.
Beliau juga kecewa kerana masalah itu turut melibatkan murid yang menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru–baru ini. - Bernama

NIK AZIZ GILA TALAK DENGAN KEPUTUSAN PAKATAN!!!


KUALA LUMPUR, 29 Sept — Sementara Pakatan Pembangkang malam tadi memutuskan pihaknya memerlukan konsensus dalam isu hukum hudud, Nik Aziz masih meneruskan usahameyakinkan bukan Islam dengan memberi jaminan undang-undang itu akan dilaksanakan dengan “telus” dan hanya membabitkan Kelantan buat masa sekarang.

Dalam mesej terbaru disiarkan menerusi laman sosial Facebook awal pagi ini, Nik Aziz katanya mahu memahami kebimbangan bukan Islam dengan jelas dan menyediakan sebanyak maklumat yang boleh demi menjelaskan kerisauan mereka.

“Saudara-saudari bukan Islam, boleh saya tahu bahagian mana hukum hudud yang menakutkan anda?” kata beliau dalam mesej yang disampaikan kira-kira lima jam selepas kepimpinan Pakatan Rakyat mengumumkan pendirian mereka di Kuala Lumpur.

“Saya berharap anda tidak takut dengan hudud hanya disebabkan salah faham, salah persepsi atau disebabkan anda tidak tahu atau tidak pasti,” kata beliau lagi.

Mursyidul Am PAS ini menulis lagi, “saya memberi jaminan bahawa pelaksanaan hudud adalah telus kepada bukan Islam dan hanya terlebih dahulu dilaksanakan di Kelantan.”

Oleh itu tambah beliau, “sila berikan maklum balas.Dan, saya mahu memahami kebimbangan anda dengan jelas dan menyediakan sebanyak jawapan yang boleh untuk mengatasi kebimbangan anda,” kata beliau lagi.

Dalam mesej semalam, Nik Aziz memberi “jaminan” undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Katanya, undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam.

Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.

Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ps: Bunyi macam dia tak puas hati je dengan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Haramjadah tu malam tadi? 

Kalau tak puas hati, cakap terus terang. Jangan main sembunyi - sembunyi. Kata nak 'Telus'. Ni main cakap belakang, menda kejadahnya!!!

NIK AZIZ MALU, TERTAMPAR MUKA SENDIRI!!!


Punya nak menegakkan benang yang basah dan nak sangat mengutuk tindakan DAPigs, Si Wali Terompah ni sampai tertampar muka dia sendiri.

Tapi, masalahnya dia masih tak sedar diri lagi tu. Nasib baik la ada AST yang buat artikel mengenai isu Hukum Hudud ni. Boleh la Wali terompah tu cover malu sikit!!!

PAS melalui lidah Nik Aziz, Haji Hadi dan para pemimpin utamanya sering mendakwa bahawa orang bukan Islam atau orang kafir Dzhimmi di negara ini terlepas dan bebas daripada terikat dengan hukum Hudud, merupakan satu fitnah atas nama agama - bahkan ia merupakan pembohongan yang jauh terpesong daripada kehendak ajaran Islam yang sebenar. Maka, tidak hairanlah, Tun Mahathir pernah mendakwa bahawa Hukum Hudud yang dicanang oleh PAS selama ini, bukanlah hukum Hudud yang sebenar, sebaliknya ia hanyalah hukum yang digubal dengan kejahilan dan retorik politik untuk berkuasa. Baca penjelasan berhubung hukum Hudud wajib dikenakan juga ke atas orang kafir Dzimmi yang tinggal di dalam sebuah negara Islam :
ISU ORANG BUKAN Islam tidak dikenakan hudud telah muncul di Malaysia sejak tahun 2003 apabila Parti Islam Semalaysia (PAS) melancarkan Draf Negara Islam (DNI)setebal 53 muka surat. Ketika melancarkan DNI ini, Tuan Haji Hadi antaranya menyentuh berkenaan hukum hudud kepada bukan Islam.
Isu ini menimbulkan kebingungan kepada ummat Islam di Malaysia. Saya sendiri dulu diajar oleh PAS bahawa orang kafir yang menjadi warga Negara Islam juga wajib dikenakan hudud. Jika selama ini PAS secara jelas dalam Draf Hudud Kelantan menyatakan hudud wajib ke atas Islam dan bukan Islam, tetapi secara rasminya DNI menidakkan hukum tersebut. Sangat menyedihkan apabila sesetengah ahli PAS, tetap mempertahankan apa saja keputusan ulama' mereka (termasuk bagi kes hudud ini) tetapi masih ada lagi sebilangan orang Islam yang teliti dalam menilai hukum syara’ dan tidak menjadikan ulama’ sebagai standard kebenaran. Golongan inilah yang mengalami kebingungan, tidak tahu bagaimana untuk berhukum.
Dalam Draf Negara Islam(DNI) yang dikeluarkan PAS pada tahun 2003 edisi bahasa melayu cetakan pertama muka surat 27 adalah dinyatakan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlaksanaan Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Penduduk bukan Islam diberi pilihan samada hendak menerima hukum tersebut (hukum Islam) atau Common Law (hukum kufur). Firman Allah swt dalam Al Quran:
Maksudnya: Mereka suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram. Oleh itu kalau mereka datang kepada kamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakan kamu sedikit pun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; keran sesunguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.(Al-Maidah 42)
Sekiranya dengan melaksanakan yang tersebut di atas dikatakan PAS tidak adil, maka ketetapan Allah swt dalam ayat ini juga tidak adil. Memberi pilihan kepada orang bukan Islam samada menerima hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir atau sebaliknya bukanlah ketentuan yang PAS kepada mereka tetapi ketetapan yang Allah jelas dan nyata. Sebarang pertikaian dalam perkara ini sekali gus mempertikaikan hukum Allah.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pembaca yang dikasihi,
Kewajipan kafir dzimmi dikenakan hukuman hudud adalah hukum qathie sebagaimana kewajipan solat, puasa, riba’ dan lain-lain hukum qathie yang disampaikan secara tawatur baik dalam Al Quran mahupun Al Hadith. Tindakan PAS terutama Haji Hadi melaungkan di mana-mana hudud tidak dikenakan keatas bukan Islam dan malah mereka menyatakan sesiapa yang mempertikaikan perkara ini sekaligus mempertikai hukum Allah adalah merupakan kecerobohan dalam agama. Penggunaan ayat 42 Surah Al Maidah tersebut jelas salah kaprah kerana ia digunakan pada konteks yang salah. Semua ini akan saya huraikan secara detail dalam siri-siri berikutnya.
Apa yang saya hendak saya pada siri pertama ini, adalah kewajipan kafir dzimmi dikenakan hudud adalah kewajipan yang qathie, bukan khilafiah. Tindakan mana-mana pihak menafikan hukum ini adalah merupakan kecerobohan dalam agama yang wajib dmuhasabah dan ditentang apatah lagi dibawa oleh ulama’ yang memimpin parti Islam. Oleh itu saya minta kepada pembaca sekelian untuk menilai apa yang akan saya sampaikan ini berdasarkan hujah syara’ semata, tiada selainnya. Janganlah ketaatan kepada ulama’ menutup pintu hati kita dalam menilai kebenaran. Kerana Allah mengecam tindakan sedemikian secara keras dalam firmanNYa:
تَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah: 31).
Oleh itu, mari kita mohon kepada Allah agar membuka pintu hati kita dalam memahami penjelasan berikutnya untuk menerima kebenaran sekiranya ia benar. Dan menolak kebathilan jika ia bathil. Kita mohon kepada Allah supaya kita berhukum dengan bersandarkan dalil syar'ie semata. Kita mohon juga kepada Tuhan yang Maha Pemberi Petunjuk, agar kita tidak berhukum kerana sekadar ketaatan kepada pemimpin kita, atau kepercayaan kepada ulama' tertentu melainkan semata atas kebenaran dalil Mu, ya Allah. Ameen,
Dalam surah Al Maidah ayat 41 hingga 45 Allah menceritakan betapa kedegilan Orang Yahudi dalam menerima seruan Nabi Musa. Kepada Nabi Musa diturunkan Kitab Taurat yang menjadi Kitab wahyu. Kemudian dalam ayat 46 dan 47, Allah menceritakan kepada Nabi Isa telah diturunkan Injil tetapi diingkari oleh Bani Israel. Seterusnya dalam ayat 48 Surah Al Maidah, Allah mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasul yang baginya diwahyukan Al Quran sebagai sumber hukum.
Dan kami telah turunkan kepada mu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenar apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang yang diturunkan sebeklumnya) dan sebagai memansuhkan kitab-kitab yang lain;maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu memgikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepada mu. Untuk tiap-tiap ummat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang.Sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya kamu dijadikannya satu ummat(saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberiannya kepada mu, maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan. Hanya kepada Allahlah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepada mu, apa yang telah yang kamu perselisihkan itu. (Al Maidah:48) - Sumber daripada AST

NIK AZIZ BUAT WAYANG HANTU 'PECAH PUNGGUNG'!!!

Jaga - Jaga. Di Sini Ada Hantu!!!
Selama Semut tak berada didalam dunia siber sejak 2-3 hari lepas, rupanya ada wayang yang sedang dimainkan sekarang ni. Katanya, ia mampu mengalahkan KL Gengster.

Mungkin lepas ni, Pengarah filem tersebut, Si Syamsul Yussof a.k.a 12 Million Dolar Man tu nak buat filem pasal cerita ni pulak kot? 

Mana tau. Cerita ni pun nampak gayanya sama hangat jugak kalau nak bandingkan dengan cerita Bukit Kepong tu. Mungkin kutipannya melebihi 12 Juta.

KOTA BARU, 26 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.
Ia kenyataan pertama beliau selepas petang tadi kepimpinan Pakatan Rakyat mengarahkan pemimpin-pemimpin parti komponen tidak membuat kenyataan isu berkenaan sehingga ia dibincangkan Rabu ini.
Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.
Ps: Aik??? Bukan ke selama ni, dia kata DAPigs dah mula dapat menerima Islam melalui tarbiah yang disampaikan oleh PAS?

Jadi, kenapa pulak dia nak kata yang DAPigs ni macam budak - budak yang takutkan hantu pulak? Tak cukup tarbiah lagi ke puak - puak DAPigs ni?

Nampak sangat Si Wali Terompah ni nak main wayang je sebenarnya. Dia sengaja buat isu untuk menyembunyikan perkara sebenar dari rakyat.

Apa, Si Wali Terompah tu ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke sampai tak tau yang semuanya itu hanya 'wayang' mereka semata - mata?

Ingat rakyat Malaysia ni tak tau ke yang isu tu sengaja dihangatkan untuk menutup perbicaraan kes Si Ketua Penipu yang meliwat Pembantu Khas dia tu semata - mata.

Rakyat Malaysia ni bukannya sebodoh yang mereka sangkakan. Jangan ingat diorang boleh memperbodohkan rakyat selama - lamanya. Lagi pun, rakyat Malaysia ni pun dah tau yang diorang tu semuanya kaki penipu belaka!!!

KARPAL AJAK NIK AZIZ BERDEBAT ISU HUDUD!!!


Jangan hairan kalau selepas ini kita akan melihat drama Datuk Nik Aziz Nik Mat berpeluk Arab dengan Karpal Singh.

Siapa tahu PAS sekali lagi terpaksa angkat bendera putih kepada DAP seperti sebelum ini apabila Pengerusi DAP itu bagi kata dua langkah mayatnya dulu kalau PAS nak meneruskan hajatnya menubuhkan sebuah Negara Islam di Malaysia.

PAS sebagai sebuah parti cukup arif dengan reliti ia akan kehilangan DAP sebagai sahabat dan undi bukan Melayu jika terus main sentimen negara Islam.

Sebab itu Muktamar PAS Jun lalu meluluskan konsep ‘Negara Kebajikan’ untuk memenuhi selera DAP dan PKR.

Mana Singa DAP itu tidak angin satu badan bila Nik Aziz kata PAS sedia ucap bye-bye pada DAP jika ia tidak setuju dengan perlaksanaan undang-undang hudud.

Kalau Nik Aziz belasah DAP secara terbuka begitu maka Menteri Besar Kelantan itu kenalah telan Karpal Singh gelar beliau orang tua yang merengek cari perhatian.

Kenyataan seperti itu memang berat dibuat antara dua buah parti sahabat sekalipun satu dunia tahu mereka selama ini hanya tidor sebantal tapi mimpi lain-lain.

Itu yang dikatakan oleh Karpal Singh pada Nik Aziz semasa beliau bercakap pada wartawan di Air Hitam,Pulau Pinang Sabtu.

Rasa kecewa Karpal Singh pada Nik Aziz memang tidak dapat dibendung lagi.

 "Saya berpendapat isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar Pas yang diadakan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Karpal menyebut resolusi Pas bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.

"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu,” katanya.

DAP telah meminta Pakatan Rakyat supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum Hudud dan penubuhan negara Islam.

Serentak dengan itu beliau mahu sekretariat pakatan pembangkang mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu.

Katanya sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.

"Sebuah mesyuarat tergempar perlu diadakan serta merta bagi memperjelaskan secara terbuka pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi itu perlu ditamatkan secara muktamad," katanya. AgendaDaily

Ps: Kalau susah - susah sangat, suruh je diorang berdebat. Debat tu satu bentuk ilmiah. Apa nak susah. Kita tengok la sapa yang lagi pandai berhujah.

Boleh tengok macam mana Si Karpal Whilchar ni main Poo...singh dan Si Wali Terompah tu pulak boleh keluar fatwa yang bukan - bukan!!!

Followers