Showing posts with label Salahuddin Ayob. Show all posts
Showing posts with label Salahuddin Ayob. Show all posts

DIN PUDU KANTOI MEMALUKAN DIRI SENDIRI, 'BIG TIME'!!!


Halamak!!! Ni satu lagi insiden yang memalukan bagi puak - puak Pakatan Pembangkang apabila pemimpin Parti Angguk Saja tu membuat dakwaan yang bukan - bukan.

Kononnya Si Din Pudu tu nak tuduh Datuk Seri Najib mempergunakan duit rakyat untuk menaikkan imej dia dengan membayar kepada orang asing.
"Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu.
Ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan partinya," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. 
"Mana pergi pakar-pakar tempatan yang hebat-hebat untuk menaikkan imej Najib setelah imej Umno BN jatuh merudum terutama di kalangan pengundi bukan Melayu?
"Kita difahamkan ada pakar dari stesen TV terkenal diambil untuk menaikkan imej imej Najib dan partinya. Adakah pakar itu gagal menaikkan imej Najib dan memperbaiki imej (isteri Najib, Datin Seri) Rosmah (Mansor)?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.
Dalam satu lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Alastair Campbell, dia menafikan kenyataan dan dakwaan tersebut.
Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British Tony Blair -  Alastair Campbell keras menafikan dakwaan penglibatannya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.


Campbell menulis dua kali di Twitter dalam tempoh 16 jam bahawa dakwaan itu adalah “Bull****” (mengarut), sebagai menjawab soalan tiga pengguna, dipercayai rakyat Malaysia.
Dah kantoi pulak Si Din Pudu. Itulah, lain kali bila dengar satu - satu laporan tu, semak dulu sama ada ianya benar atau tidak. Jangan main tuduh ikut suka hati je.

Sekarang, Si Din Pudu tu dah terang - terang buat dakwaan yang bukan - bukan. Jadi, dia perlu memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Najib dan isterinya.

Itu pun kalau betul la puak - puak Pakatan Pembangkang ni nak main Politik yang bermoral. Kalau setakat cakap je pandai, baik tak payah!!!

NIK AZIZ MALU, DIN PUDU PENTINGKAN AZIZ BARI DARI ISLAM!!!


Memang patut sangat Si Wali Terompah ni malu dengan tindakan yang nak diambil oleh Si Din Pudu ni. Nampak sangat yang diorang ni tak mendahulukan Islam dalam perjuangan.

Katanya, Si Din Pudu ni akan membawa isu berkaitan dengan penggantungan Si Aziz Bari oleh pihak pengurusan UIAM ke Parlimen dalam sidang Dewan yang akan datang.

Kononnya, Si Din Pudu ni nak cari Keadilan bagi pihak Si Aziz Bari ni dengan membangkitkan isu tersebut di Parlimen. Itu kata dia. Nak tuntut Keadilan konon.

Pasal Si Aziz Bari ni, sibuk pulak dia nak bangkitkan dalam sidang Parlimen. Kenapa dia tak bangkitkan isu yang sama berkaitan dengan nasib Naib Canselor dan Pegawai UniSel sebelum ini?

Kot ye pun nak tuntut Keadilan, biar la betul - betul Adil. Jangan la berat sebelah hanya semata - mata kepentingan Politik diorang pulak. Apa yang dibuat oleh Si Din Pudu ni merupakan contoh diskriminasi mereka.

Adakah itu salah satu tuntutan didalam Islam agar bertindak mengikut kepentingan Politik dan bukan atas dasar Keadilan yang sebenarnya? Itu ke yang diperjuangkan PAS selama ini?

Yang pasal Si Aziz Bari tu, dia sibuk sangat. Tapi pasal isu berkaitan dengan Akidah Umat Islam, kenapa dia tak nak bangkitkan di sidang Dewan? Adakah isu berkaitan dengan akidah ni tidak penting?

Sepatutnya, Si Din Pudu ni sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang KONONnya memperjuangkan Islam perlu mendahulukan isu seumpama itu didalam sidang Dewan.

Kenapa dia tidak mendesak agar pihak Kerajaan mempertingkatkan kesedaran terhadap gejala memurtadkan umat Islam di Malaysia ni? Kenapa dia tak cadangkan agar Kerajaan memperkasakan pendidikan Islam diperingkat Sekolah lagi?

Tidakkah perkara seumpama itu lebih penting kalau nak dibandingkan dengan isu yang berkaitan dengan Si Aziz Bari ni? Ke diorang dah ubah agenda perjuangan?

Dari memperjuangkan Islam kepada memperjuangkan individu tertentu demi kepentingan Politik mereka sahaja? Kalau macam tu, memang sah la PAS tak layak nak digelar sebagai pejuang Islam. Setakat jadi Penjahanam boleh la!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DIORANG TAK NAK ELAUN TAMBAHAN!!!


Fuh!!! Kalau baca apa yang dicakapkan oleh Si Din Pudu dan Si Biawak Guan Eng ni, bukan main lagi. Diorang kata, elaun untuk ahli Parlimen ni tak diperlukan katanya.

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Pakatan Rakyat sependapat elaun ahli Parlimen bukan keperluan utama untuk dinaikkan sebaliknya kerajaan harus menekankan integriti Parlimen itu sendiri. Mengulas belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi, ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan seharusnya menekankan aspek ketelusan Parlimen untuk memerangi salah tadbir negara.
"Elaun untuk ahli Parlimen bukanlah satu keutamaan yang perlu disegerakan tapi yang penting ialah integriti Parlimen, integriti untuk memerangi rasuah dan kelengkapan menyiapkan prasarana Parlimen itu lebih penting sekarang ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS ketika ditemui di lobi Parlimen siang tadi. Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pula berkata, bajet 2012 seharusnya lebih memfokuskan kepada kepentingan rakyat, bukan wakil rakyat.
"Bajet 2012, kita mahu ia lebih fokuskan kepada rakyat, bukan ahli Parlimen itu sendiri," katanya. Sementara itu, ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, sebaiknya elaun dan kemudahan kakitangan Parlimen ditingkatkan.
"Bukan masanya untuk tambah elaun ahli Parlimen sebaliknya lebih perlu tambah elaun staf dan pembantu Parlimen," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kalau kena gayanya, macam diorang tu baik sangat la konon. Kiranya, diorang tak kisah lansung pasal elaun tambahan ni.

Tapi, kita tengok je nanti apabila isu ini dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang. Adakah diorang akan bersetuju atau pun tidak.

Bukan apa. Kan blogger diorang dah kata tadi. YB dari Pakatan Pembangkang ni kebanyakkannya 'Kayu' belaka. Buat penat je pilih diorang jadi wakil rakyat.

Sebelum buat undian, itu tak kena, ini tak kena. Pendek kata, semua benda tak betul, semua benda serba tak kena. Tapi bila tiba bab mengundi, semua sokong belaka.

Jadi, Semut agak yakin yang isu ni pun hanya setakat cakap diorang je. Bila buat undian nanti, kita tengok la. Diorang sanggup atau tidak nak bantah.

Kalau betul diorang ni berjuang untuk rakyat, duit elaun sedia ada tu pun diorang pulang balik atau sedekahkan semuanya kepada golongan yang memerlukan. 

Ada la jugak faedahnya kepada rakyat. Bukan macam Si Ketua Penipu tu, buat bayar duit peguam - peguam dia je ke mahkamah!!! Perjuangan untuk rakyat menda kejadahnya macam tu!!!

DIN PUDU CAKAP TAK SEDAR DIRI!!!


Bila baca kenyataan yang dikeluarkan dek Din Pudu ni, nampak sangat macam dia tengah 'lalok' macam orang yang tak sedarkan diri.

Ke memang dah menjadi kebiasaan buat puak - puak Paarti Angguk Saja ni bercakap tidak mengikut kesedaran mengenai pa yang dikatakannya?

Diorang bercakap nampak sangat tak fikir dengan kepala otak. Semuanya pakai Kepala Lutut gamaknya. Macam orang tak pergi sekolah pun ada jugak.

Kononnya dia nak sindir Tun Dr. Mahathir agar kembali jadi PM yang telah memberikan nasihat kepada Perdanan Menteri Malaysia mengenai Pilihan Raya akan datang.

Kata dia, jika pemimpin Veteran itu mahu mempertikaikan saranan yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang, maka tindakan tersebut perlu diambil.
“Kalau apa yang kami katakan hendak disindir, maka kami cadangkan Dr Mahathir kembali menjadi perdana menteri dan kami persoalkan apa hak Dr Mahathir untuk menasihatkan agar Datuk Seri Najib melewatkan pilihan raya umum ke-13,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub
Sebelum ini, Tun menyatakan bahawa hak menentukan Pilihan Raya adalah merupakan hak pihak Kerajaan dan ianya tidak memerlukan sebarang perbincangan.

Nampak sangat Si Din Pudu ni pedih telinga bila dia kena sindir macam tu. Nak jadi pemimpin macam mana kalau sebab itu pun dia nak marah - marah?

Belum jadi pemerintah lagi, dah nak naik angin secara membabi buta. Esok, KALAU diorang dah dapat kuasa, lagi la. Apa yang rakyat cakap pun diorang buat pekak badak je.

Selain daripada itu, Si Din Pudu jugak turut menyatakan bahawa idea yang dilontar oleh mereka sebelum ini adalah bagi tujuan untuk menjaga kebaikan rakyat.

Nak jaga kebaikan rakyat la sangat. Padahal diorang dah mula takut dengan penolakan rakyat terhadap Pakatan yang semakin hari semakin terserlah kebodohannya tu.

Jadi, untuk menyelamatkan kedudukan masing - masing, diorang buat la cadangan seumpama itu semata - mata untuk menyelamatkan diri sendiri.

Semuanya sebab gila kuasa je. Bukannya nak jaga kebajikan rakyat sangat pun. Apa, dia ingat rakyat tak tau ke perkara ni? Ingat rakyat bodoh sangat macam diorang?

Yang paling kelakar sekali ialah apabila Din Pudu ni keluarkan kenyataan seperti dibawah yang memang nampak sangat kebodohan diri dia sendiri:
“Apa salahnya kami beri pandangan ini?” soal beliau lagi. 
Habis, yang dia pertikaikan apa yangdikatakan oleh Tun Dr. Mahathir tu menda kejadahnya? Apa salahnya Tun bagi pandangan dia terhadap idea dia sebelum ini?

Adakah dia rasa hanya Pakatan Pembangkang tu sahaja yang boleh bagi idea dan orang lain tak boleh buat benda yang sama? Itu ke yang dinamakan sebagai Kebebasan?

Bila dia pertikaikan orang lain boleh, tapi bila orang lain pertikaikan dia tak boleh pulak. Kebebasan Kepala Tengkorak Dia kalau macam tu!!!

Followers