DATUK SITI JADI CALON???

Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak kisah walaupun tidak dicalonkan untuk mana-mana kategori Anugerah Industri Muzik Ke-18 yang diumumkan minggu lalu, sekali gus pelbagai spekulasi mengenai penonjolan beliau dalam industri muzik negara ini.
Ada yang mengatakan zaman penyanyi itu sudah berlalu apabila nama-nama baru mula mendominasi anugerah muzik paling berprestij negara itu.
Lagu Astana Jiwa beliau tidak berjaya membolosi senarai akhir Anugerah Industri Muzik 18 walaupun lagu tema drama bersiri Suria Di Cordoba itu dicalonkan pada peringkat awal.
“Jujurnya saya tidak mempunyai masalah apabila tidak dicalonkan tahun ini kerana saya sendiri tiada produk untuk dicalonkan walaupun difahamkan Astana Jiwa layak ke peringkat awal.
“Janggal atau tidak itu, bagi saya biasa sahaja. Mungkin peminat lebih merasakan perasaan itu kerana saya dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik setiap tahun sejak tahun 1997,” kata Siti Nurhaliza dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Kata Siti Nurhaliza, selagi aktif dalam dunia nyanyian dan merakamkan album, selagi itu beliau akan terus mencalonkan karyanya di Anugerah Industri Muzik.
Jelas beliau, kemenangan dalam anugerah kebanggaan karyawan seni tempatan itu bukanlah untuk dirinya sahaja tetapi juga untuk mereka yang terlibat di belakang tabir dalam pembikinan album dan lagu-lagunya.
“Memang seronok apabila setiap penat lelah kita dibayar dan diiktiraf oleh juri tetapi kegembiraan itu berganda apabila melihat mereka di belakang tabir menerima pengiktirafan.
“Saya tetap mahu melihat karya-karya saya di masa akan datang dicalonkan dan seterusnya memenangi kategori lain yang belum pernah dimenangi sebelum ini seperti Muzik Video, Rakaman Album dan Kulit Album Terbaik,” jelas beliau.
Sepanjang menyertai Anugerah Industri Muzik sejak 1997, Siti Nurhaliza dan setiap albumnya dipertandingkan dengan menerima 71 pencalonan.
Daripada jumlah itu, sudah 34 buah trofi menjadi milik Siti Nurhaliza dan karyawan yang terlibat dalam menghasilkan album serta lagu-lagu nyanyiannya.
Beliau juga sebenarnya pernah tewas di gelanggang AIM apabila gagal membawa pulang sebarang trofi pada 1998 walaupun dicalonkan untuk tiga kategori.
Siti Nurhaliza memenangi kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik sebanyak 11 kali.
Menerusi kategori itu, Siti Nurhaliza pernah menjulang trofi itu sebanyak lapan tahun berturut-turut dari 1999 hingga 2006.
Dominasi beliau berjaya dipecahkan oleh Jaclyn Victor pada 2007 namun, Siti Nurhaliza kembali merampas gelaran itu pada 2008 sehingga 2010.
Siti Nurhaliza juga menjadi satu-satunya artis tempatan yang memenangi gelaran tertinggi dalam Anugerah Industri Muzik iaitu Album Terbaik sebanyak lima kali.
Ps: Halamak ai!!! Mati - mati Semut ingatkan Datuk Siti Nurhaliza kita ni nak jadi calon untuk Pilihan Raya akan datang. Rupanya, calon Anugerah Industri Musik.

Tapi memang patut sangat la dia tak terasa terkilan. Sebabnya, kalau dia dicalonkan pun, asyik dia je yang banyak menang anugerah.

Macam tu baru betul jadi calon. Dah banyak pengalaman, bagi laluan kepada orang lain pulak agar mereka dapat peluang membuktikan kemampuan diri masing - masing.

Cuba korang bayangkan ek. KALAU Datuk Siti ni jadi calon untuk Pilihan Raya macam mana? Adakah dia mampu menang besar? Hmm...

No comments:

Post a Comment

Followers