NIK AZIZ GILA TALAK DENGAN KEPUTUSAN PAKATAN!!!


KUALA LUMPUR, 29 Sept — Sementara Pakatan Pembangkang malam tadi memutuskan pihaknya memerlukan konsensus dalam isu hukum hudud, Nik Aziz masih meneruskan usahameyakinkan bukan Islam dengan memberi jaminan undang-undang itu akan dilaksanakan dengan “telus” dan hanya membabitkan Kelantan buat masa sekarang.

Dalam mesej terbaru disiarkan menerusi laman sosial Facebook awal pagi ini, Nik Aziz katanya mahu memahami kebimbangan bukan Islam dengan jelas dan menyediakan sebanyak maklumat yang boleh demi menjelaskan kerisauan mereka.

“Saudara-saudari bukan Islam, boleh saya tahu bahagian mana hukum hudud yang menakutkan anda?” kata beliau dalam mesej yang disampaikan kira-kira lima jam selepas kepimpinan Pakatan Rakyat mengumumkan pendirian mereka di Kuala Lumpur.

“Saya berharap anda tidak takut dengan hudud hanya disebabkan salah faham, salah persepsi atau disebabkan anda tidak tahu atau tidak pasti,” kata beliau lagi.

Mursyidul Am PAS ini menulis lagi, “saya memberi jaminan bahawa pelaksanaan hudud adalah telus kepada bukan Islam dan hanya terlebih dahulu dilaksanakan di Kelantan.”

Oleh itu tambah beliau, “sila berikan maklum balas.Dan, saya mahu memahami kebimbangan anda dengan jelas dan menyediakan sebanyak jawapan yang boleh untuk mengatasi kebimbangan anda,” kata beliau lagi.

Dalam mesej semalam, Nik Aziz memberi “jaminan” undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Katanya, undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam.

Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.

Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ps: Bunyi macam dia tak puas hati je dengan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Haramjadah tu malam tadi? 

Kalau tak puas hati, cakap terus terang. Jangan main sembunyi - sembunyi. Kata nak 'Telus'. Ni main cakap belakang, menda kejadahnya!!!

No comments:

Post a Comment

Followers