MAT SYABUN KOMUNIS PENIPU DIBERI AMARAN!!!



SEREMBAN - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, memberi amaran melancarkan protes sekiranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hadir berceramah di negeri ini pada masa akan datang.


Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata, beliau sendiri akan bertindak mengetuai protes selagi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu enggan meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya mendakwa Mat Indera adalah wira dalam tragedi Bukit Kepong.


“Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekeh anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.


“Protes ini bukan hanya disertai Perkasa negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya di Rahang, di sini, semalam.


Sementara itu, menurut Mohd Noor Nordin, Perkasa negeri menafikan pihaknya merancang lebih awal untuk menganjurkan protes pada ceramah Mat Sabu di pekarangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Wildan di Ampangan, malam Sabtu lalu.


Menurutnya, protes itu dianjurkan secara spontan oleh individu yang mewakili bekas tentera dan beberapa NGO yang ingin menyuarakan bantahan terhadap Mat Sabu.


“Saya hanya dimaklumkan mengenai protes ini kira-kira jam 7.30 malam ketika itu saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


“Sekali lagi ditegaskan, kami bukan anti Pas. Kami cuma anti Mat Sabu. Pas boleh anjur ceramah di negeri ini tetapi jangan jemput Mat Sabu,” katanya.

Ps: Fuh!!! Memang masak kari la Si Mat Syabun ni kalau dia jejak kaki di Negeri Sembilan. Kalau dibuatnya protes masa dia tengah berceramah, mau lari lintang pukang dia nanti.

Itu la. Orang tua - tua dah pesan. Cakap siang pandang - pandang, cakap malam dengar - dengar. Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, PADAN MUKA!!!

No comments:

Post a Comment

Followers