PAS MENYINGA DENGAN BAR COUNSIL!!!


Hari tu, diorang jugak yang beria - ia menyokong Bar Counsil ni dalam isu Bersih. Sekarang diorang pulak naik angin bila baca artikel dibawah.

Undang-undang Keseksaan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan bukannya negeri, dan oleh itu undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negeri, kata Majlis Peguam.
"Undang-undang, seperti yang ada, tidak membenarkan pelaksanaan hudud oleh negeri-negeri," kata presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataannya itu merujuk kepada laporan bahawa negeri Kelantan telah mendapat mandat rakyat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II (1993).
Lim (kanan) menjelaskan bahawa undang-undang yang digubal oleh negeri "tidak boleh termasuk perkara-perkara dalam kuasa perundangan kerajaan persekutuan".
Negeri, katanya, hanya boleh menggubal undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan oleh penganut agama Islam, dan hukuman bagi kesalahan tersebut.
Kesalahan tersebut, katanya, tidak termasuk yang telahpun diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan dan tidak boleh ada sebarang replikasi dengan undang-undang persekutuan, dengan hukuman yang berbeza bagi umat Islam.
"Di samping itu, undang-undang ini, jika digubal, ia sendiri mesti selaras dengan kebebasan asasi yang dijamin kepada semua rakyat, termasuk orang Islam, di bawah Bahagian II perlembagaan persekutuan," kata Lim.
Menurut Lim, hudud, yang pada asanya undang-undang keseksaan, terletak di bawah bidang kuasa Parlimen persekutuan.
Ps: Nampak gayanya, lepas DAPigs balun PAS mengenai perlaksanaan Hukum Hudud, tiba giliran Bar Counsil ni pulak mempertikaikannya.

Adakah PAS akan hanya mendiamkan diri bila dibalun oleh pihak Majlis Peguam Malaysia ni dan terus jadi Pak Angguk Saja dalam Pakatan Pembangkang tu?

Yang Bar Counsil ni pun nampak sangat dah yang diorang ni Pro kepada DAPigs. Jadi, PAS tunggu apa lagi? Takkan diorang takut nak bidas kenyataan yang dikeluarkan ni?

Kalau diorang setakat berani dengan UMNO je baik tak payah jadi pejuang. Sesama Islam berani la diorang nak pertikai. Tapi dengan puak - puak DAPigs ni, senyap pulak.

Orang ajak wujudkan Perpaduan Ummah tak nak. Sombong. Macam - macam pulak alasan yang diorang bagi. Sekarang siapa susah? Baru Padan Muka Korang!!!

No comments:

Post a Comment

Followers