LGE DITAMPAR TAJUK PALING SEMPOI DALAM UTUSAN!!!


Inilah kali pertama Semut tengok tajuk paling sempoi yang pernah diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia. Pendek tapi cukup bermakna.

Sindiran dari tajuk itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan Si Biawak Lim Guan Eng tu ternganga macam gambar kat atas. Itu baru baca tajuk. Belum baca isi lagi.
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Apakah Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menafikan lagi kenyataannya sendiri yang memburuk-burukkan negeri Johor semasa pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini setelah ia terdedah kepada umum?
Pendedahan transkrip pada pertemuan itu oleh beberapa blog hari ini, mencetuskan bantahan meluas khususnya daripada rakyat Johor kerana Guan Eng sebelum ini menafikan beliau berbuat demikian .
Malah beliau yang cuba mempertahankan dirinya dengan mendakwa media sengaja memutar-belit kenyataannya dalam satu temu bual dengan Radio Australia, mahu menyaman Bernama jika agensi berita itu enggan memohon maaf.
Berikutan itu, pelbagai pihak hari ini mendesak Guan Eng agar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Johor dan seluruh warga Malaysia kerana tindakannya memburuk-burukkan negeri itu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak perlu lagi menegakkan benang basah.
"Dalam pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini, Guan Eng dengan jelas memburuk-burukkan negeri Johor apabila berkata, negeri itu berbahaya khususnya kepada rakyat Singapura. Ini satu kenyataan paling tidak bertanggungjawab.
"Sebelum ini dia menuduh media (Bernama) berbohong tetapi bukti terbaharu jelas menunjukkan dia sebenarnya yang berbohong. Kenapa dia perlu memburuk-burukkan negeri Johor?.
"Dia kena sedar, kenyataan sedemikian akan menyebabkan pelabur takut untuk melabur di Malaysia. Bukan sahaja Johor, Pulau Pinang juga akan menerima kesan jika pelabur lari ke negara lain," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Hah! Macam mana? Apa lagi dia nak tunggu? Takkan nak pejam sebelah mata je kot? Kata telus. Kalau telus ambik la tindakan. Kenapa berdiam diri pulak?

Cakap tak serupa bikin. Kalau cakap pun berbelit -belit. Macam orang munafik pun ada jugak Si Biawak sekor ni. Kalau orang buat tak boleh. Dia buat, tak pe pulak? Keadilan Kepala Tengkorak dia kalau macam tu!!!

No comments:

Post a Comment

Followers