ANJUR SEKSUALITI MERDEKA, PAS NAK KATA APA!!!


Nampak gayanya, populariti hubungan sejenis ni dah semakin berleluasa di Malaysia pada ketika ini walaupun tanpa pengaruh luar seperti Elton John.

Terkini, dilaporkan sebanyak 20 NGO telah bergabung tenaga menganjurkan satu Program Seksualiti Merdeka yang bermula hari ini sehingga 13 November depan.

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka dalam laman www.seksualitimerdeka.org bertujuan mempertahankan hak golongan sejenis ini.

Dan diantara penaja kepada program tersebut termasuk Majlis Peguam (BAR Counsil) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang turut menyokong BERSIH 2.0 Julai lalu.

Antara program yang bakal diadakan ialah beberapa aktiviti seperti bengkel, sesi perbincangan, tayangan filem, pameran dan persembahan.

Penganjur menyatakan mereka percaya bahawa setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan Homoseksual.

Dengan mempergunakan perkataan Merdeka untuk mengingatkan semua pihak bahawa walaupun Negara sudah lama merdeka, tidak semua rakyat dapat jadi diri mereka sendiri.

Program ini bakal diadakan di Galeri Annexe, Kuala Lumpur merupakan penganjuran kali ke-4 sejak pertama kali diadakan pada 2008 yang lalu.

Bermakna, perkara seumpama ini telah lama dijalankan didalam Malaysia tetapi hanya didiamkan sahaja oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu.

Kenapa mereka pulak yang perlu dipersalahkan? Kerana penganjurnya merupakan tulang belakang kepada mereka selama hari ini.

Jadi, adalah mustahil untuk mereka menafikan pengetahuan mereka terhadap penganjuran program seumpama ini sedangkan mereka berkawan rapat dengan penganjur yang terlibat.

Tambahan pulak PAS sebagai parti yang KONONnya memperjuangkan Islam itu lansung tidak ambik tahu mengenai perkara ini.

Mana perginya perjuangan Istiqomah yang dilaung - laungkan mereka dalam membasmi perkara seumpama ini? 

Kenapa mereka tak kecam puak - puak BAR Counsil dan Suaram yang menjadi dalang penganjuran program tersebut?

Tambah memalukan, mereka pulak yang beria - ia menyokong dan mendukung puak - puak tersebut sebelum ini. Adakah ini yang dimaksudkan dengan perjuangan Istiqomah mereka?

Orang dah pesan. Jangan hanya nampak nyamuk diseberang laut sampai bangkai gajah mati depan mata diorang buat - buat buta. Sekarang, korang tanggung la sendiri!!!

No comments:

Post a Comment

Followers