KHALID GEREJA PULAK MEROYAN PASAL LYNAS!!!


Halamak ai!!! Apa ke bendanya yang tak kena dengan Si Khalid Gereja ni? Isu dalam kawasan dia sendiri pun tak selesai sampai hari ni, nak sibuk pulak dengan isu orang lain?

Kononnya, Si Khalid Gereja ni nak mempertahankan rakan seangkatan Penipu dia dan mengheret Presiden PAS dalam isu berkaitan dengan pembinaan kilang Lynas.

Kata dia, Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa sengaja memutar-belitkan kenyataan Presiden PAS dalam isu kilang tersebut.

Menurut Si Khalid Gereja ni, tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang merujuk kepada kenyataan Haji Hadi Awang adalah sesuatu yang tidak wajar.

Dalam mukhtamar PAS Jun lalu, sewaktu isu tersebut dibangkitkan oleh Pak Berahim untuk mendapatkan undi dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden sudah jelas.

Haji Hadi kata, PAS akan membuat pendirian mengenai pembinaan kilang tersebut selepas mereka merujuk kepada pakar dari parti mereka sendiri.

Bermakna, PAS akan merujuk kepada Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang pakar dalam bidang Nuklear sebelum membuat sebarang pendirian.

Apa yang dinyatakan oleh Dr. Che Rosli sebelum ini, dia sendiri mengesahkan bahawa pembinaan kilang tersebut adalah SELAMAT dan tidak membahayakan.

Mungkin Si Khalid Gereja ni tak tahu. Bukan sekali Dr. Che Rosli menyatakan sedemikian. Tapi dia dah sebut perkara tu sebanyak TIGA kali.

Yang pertama sewaktu dia hadir dalam sesi taklimat awam oleh Syarikat Lynas pada tahun 2009 dimana seluruh AJK PAS Negeri Pahang turut hadir. Termasuk la Pak Berahim sendiri.

Masa tu semua AJK akur dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Che Rosli yang jelas mengatakan kilang tersebut SELAMAT untuk dibina.

Kemudian, kali kedua Dr. Che Rosli menyatakan yang ianya SELAMAT adalah melalui slot Buletin Utama di TV3 yang turut mendedahkan Si Fuziah Thoron tu menyelewengkan fakta.

Kali ketiga Dr. Che Rosli buat pengakuan bahawa kilang tersebut SELAMAT adalah pada ketika dia memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa PAS Pusat.


Jadi kalau dah Pakar dalam parti tu pun diorang tolak pandangannya, pakar mana pulak yang dimaksudkan oleh Haji Hadi dalam muktamar tersebut?

Ada pakar lain ke dalam PAS yang perlu dirujuk oleh mereka sebelum pendirian menolak projek tersebut daripada dilaksanakan?

Korang fikir la sendiri. Kalau dah kata pakar dari kalangan diorang pun diorang boleh tolak pandangannya dan kata ianya adalah pandangan peribadi, untuk apa pulak kita nak dengar cakap mereka!!! Tak kebodoh namanya tu???

No comments:

Post a Comment

Followers