MILO SEJUK KANTOI TAK RETI BACA BAHASA INGGERIS!!!


Apa boleh buat. Kalau dah ambik blogger yang kantoi belajar Universiti dan nak tunjuk pandai, macam ni la jadinya. Buat artikel pun main ikut sedap dia.

Kalau tengokkan gaya, bukan main lagi. Ranking tinggi sangat kalau kena gayanya. Tapi isi kandungan semua membodohkan diri dia sendiri je.

Sebelum ni, banyak jugak orang mempertikaikan blog Semut ni. Blog merapu la, blog tak matang la. Tapi baik la daripada bloge penipu.

Dah la dapat bahan pun main ceduk je dari orang asing. Lepas tu nak tunjuk pandai sampai membodohkan diri sendiri.

Dari mana dia dapat bahan mengatakan yang Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja sebanyak $150ribu di Perth Australia ni?


Hanya dengan merujuk kepada nama 'First Lady' itu sahaja dia buat dakwaan sesuka hati dia. Apa, dia tak tau ke, semua isteri pemimpin Negara yang pergi ke Chogm tu turut dikenali dengan gelaran 'First Lady'?

Takkan la benda semudah ini pun dia tak tahu? Ke dia memang tak faham bahasa Inggeris dan tak tahu membaca dalam bahasa tersebut?

Lepas tu pulak, buat tuduhan kata yang anak PM juga turut berbelanja sedangkan anak PM sorang pun tak ikut dia ke Perth. 

Jadi macam mana diorang boleh kata yang anak PM berbelanja besar disana? Nampak sangat dah menipunya.

Tag line je 'Menentang Dengan Fakta'. Ini 'Fakta' menda kejadahnya. Dapat bahan pun bukan nak semak dulu. Main tembak ikut suka dia je. Tak ke songeh namanya tu??? Tak pasal - pasal je dah kantoi membodohkan diri sendiri!!! 

No comments:

Post a Comment

Followers