Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

NIK AZIZ KATA TAK DE HAK KEBEBASAN MUTLAK!!!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini.
    
Menteri Besar Kelantan itu meminta pihak kerajaan dan berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program itu yang jelas boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.
    
"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu.
    
"Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pasukan The Red Warriors di Kota Bharu hari ini.
    
Penganjuran program itu dipromosikan melalui lamanweb www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.
    
Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.
    
Nik Aziz berkata soal kebebasan sebenarnya mempunyai had tertentu dan negara ini tidak boleh sama sekali membenar dan mengiktiraf budaya songsang diamalkan.
"Kita sokong Ambiga dalam perkara berkebajikan tetapi bila sesuatu yang bercanggah kita tidak sokong, tidak ada dalam dunia ini kebebasan sepenuhnya, yang ada hanyalah kebebasan bersyarat.
"Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang bersandarkan ke atas hak asasi?
"Justeru, tindakan tegas perlu diambil dan ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan di sini, hari ini.
Ps: Baca betul - betul kenyataan Si Wali Terompah tu. Dia sendiri kata Kebebasan Mutlak ni memang tak ada. Yang ada hanyalah Kebebasan Bersyarat.

Jadi, lepas ni kalau ada lagi puak - puak Pakatan Pembangkang yang perangai macam Haramjadah tu kata yang diorang nakkan Kebebasan Hak, suruh diorang tanya Nik Aziz.

Jangan nak pandai - pandai buat tuntutan yang bukan - bukan. Lain kali fikir dulu sebelum nak bercakap. Kalau tidak, tak pasal - pasal je songeh!!!

DR. HASSAN ALI BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN PAS!!!


Masuk kali ini, dah tiga kali Datuk Dr. Hassan Ali mengingkari arahan dan 'wahyu' yang diturunkan oleh Kepimpinan PAS Pusat.

Nampak sangat PAS Pusat semakin takut dengan tindakan berani mati yang diambil oleh Datuk Dr. Hassan Ali ni Takut bukan sebab apa. Diorang takut hilang undi.

Maka sebab itulah diorang beria - ia menghentam Dr. Hassan Ali setiap kali ada kesempatan yang terbuka walaupun ianya bertentangan dengan tuntutan Islam.

Apa salah Dr. Hassan Ali? Dia hanya nak menegakkan syiar Islam. Bukankah itu merupakan dasar perjuangan PAS? Atau adakah PAS dah lupa agenda mereka ini?

Jadi tak heran la kalau lepas ni, Dr. Hassan Ali akan dikenakan tindakan disiplin oleh PAS Pusat kerana beliau turut menjadi Jurucakap bagi membantah Seksualiti Merdeka. Pemimpin PAS lain pulak macam mana? Dah bisu ke diorang ni???
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Shah Alam esok bagi membantah program Seksualiti Merdeka dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disenarai antara pemimpin yang akan berucap.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pembela berkata, turut akan berucap ialah pengerusi pertubuhan bukan kerajaan itu sendiri, Dr Yusri Mohamad dan pemimpin Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, dan Yusri terlibat dalam penganjuran Himpun, yang memfokus isu murtad, akhir bulan lalu di Stadium Shah Alam.
Demonstrasi esok akan diadakan selepas solat  Jumaat, kata Pembela dalam satu kenyataan.
“Program demonstrasi bertujuan membantah gerakan jahat yang tidak bermoral ini serta rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Demonstrasi ini adalah anjuran Pembela bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang lain,” kata Pembela.
Pembela menambah, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penjaga dan penyokong program yang telah merencanakan agenda jahat gerakan homoseksual di Malaysia sekian lama.
“Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Fear juga ingin mencabar kedudukan Perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya lagi.
Katanya, Islam adalah agama persekutuan dan ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan penganjur program itu telah mencabar kepimpinan tertinggi negara.
“Program tanpa moral mereka yang menuntut pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender akan mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia.
“Tuntutan mereka juga mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta mengancam ketenteraman dan kemanan negara,” katanya lagi.

SAH DIORANG TAKUT DENGAN DAPigs!!!

Budak upahan Anwar iaitu JingGay  13  telah buat demo bantahan terhadap CSL di pejabat MCA pasal  beliau katakan hukum hudud menyebabkan Malaysia mundur dan pelabur takut melabur di negara ini  .


Adakah ketua JingGay 13 berani berdemo depan pejabat DAP  juga bagi desak Karpal Singh mohon maaf juga kerana menghina juga hukum hudud ini ?  Nak tahu apa pemimpin besar DAP cakap ..KLIK DI SINI




Kalau puak2 Jinggay 13 tak berani ..memang hang pa ni BACUL !  Dengan orang lain berani tapi kalau kena sergah DAP terus kecut teloq ..hahaha
Ps: Ini bukan kali pertama puak - puak ni akur dan tunduk dengan DAPigs. Tapi dah banyak kali dah diorangbuat macam ni.

Hari tu dengan isu rampasan arak di Shah Alam pun diorang takut nak ambik sebarang tindakan terhadap desakan DAPigs.

Kenapa masa tu diorang tak beria - ia nak pergi serahkan demo bantahan terhadap Ronnie Liu berkenaan dengan desakan tersebut?

Kalau tengok sekarang pun, diorang masih jugak menikus apabila isu mengenai Program Seksualiti Merdeka dibangkitkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kenapa puak - puak JinGay 13 ni tak buat tindakan yang sama terhadap Ambiga? Kenapa pulak diorang tak adakan demo depan Pejabat BAR Counsil?

Nampak sangat budak - budak JinGay 13 ni lebih rela bersujud kepada DAPigs daripada nak menegakkan Kebenaran. Tapi nak buat macam mana. Kalau dah dasar bengap tu, bengap la jugak!!! 

PAS DICABAR, BUAT DEMO DEPAN PEJABAT BAR COUSIL!!!


Ekoran sikap dan pendirian puak - puak Parti Angguk Saja yang KONONnya beristiqomah dalam menegakkan syiar Islam, maka cabaran ini wajar disahut oleh mereka.

Kalau sebelum ini, mereka rela berpegangan tangan dengan puak - puak BAR Counsil ni ketika menyokong Perhimpunan Bershit 2.0, sekarang macam mana pulak pendirian mereka?


Semua orang tahu yang BAR Counsil ni turut mendapat sokongan padu dari kalangan para pemimpin puak - puak Parti Kencing Rakyat (PKR) seperti Si Latheefa Koyak tu.

Takkan PAS hanya berani bersuara lisan sahaja tanpa melakukan apa - apa? Takkan nak berdemo depan pejabat Majlis Peguam Negara ni pun diorang takut kot?

Kalau isu pasal Elton John, tau pulak diorang hantar memorandum mendesak agar Kerajaan Negeri Pahang membatalkan konsert tersebut.

Suruh Si Khalid Gereja tu buat. Sebelum ni, dia bukan main lagi pandai buat demo depan Pejabat SUK Kerajaan Negeri Selangor. Setakat Pejabat Majlis Peguam, apa la sangat. Kalau setakat cakap je tak guna!!! Buat mengabihkan masa je!!!

BIAWAK DICABAR 'BERBOGEL' KALAU BERANI!!!


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar tampil menafikan dakwaan yang cuba mengaitkan anak lelakinya dengan satu kejadian mencabul seorang gadis bawah umur.
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, setakat ini yang membuat penafian adalah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan bukannya Guan Eng.
Beliau berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, Guan Eng yang merupakan seorang pemimpin serta bapa kepada anaknya itu tidak harus takut untuk membuat penafian secara terbuka.
“Saya mewakili sebahagian rakyat mahu bertanya kepada Guan Eng tentang perkara ini. Rakyat mahu tahu perkara yang sebenar. Mengapa Guan Eng tidak mahu membuat penafian? Mengapa pula suruh orang lain menjadi wakilnya?
“Guan Eng sebagai seorang pemimpin dan bapa wajar mengambil tanggungjawab membuat penafian tersebut tanpa melibatkan orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Hasan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, selain itu Guan Eng perlu membuat laporan polis atas kedudukannya sebagai seorang bapa bagi menyiasat dakwaan itu, sekiranya ia tidak benar.
Katanya, melalui laporan tersebut, polis boleh melakukan siasatan sama ada dakwaan berkenaan adalah benar atau sebaliknya.
“Seperti yang saya sebutkan tadi Guan Eng tidak harus takut. Jika dakwaan itu tidak berasas Guan Eng tidak perlu ragu-ragu untuk tampil membuat penafian secara terbuka dan kemudian membuat satu laporan polis.
“Moga-moga dengan dua langkah ini ia dapat menjawab dakwaan yang dilemparkan terhadap anak Guan Eng tersebut,” katanya.
Ps: Kalau Si Biawak Guan Eng ni berani dan berada dalam kalangan orang yang Benar, dia perlu ambik tindakan tersebut.

Tapi, sampai hari ni, dia sendiri masih tak ambik sebarang tindakan selain menafikannya secara lisan sahaja kepada beberapa wartawan.

Mungkin, bagi dia untuk mengambil salah satu daripada dua tindakan diatas ibarat suruh dia berbogel didepan orang ramai. Mana mungkin dia akan berbuat demikian.

Maka sebab itulah dia takut sangat. Takut dia hanya akan memalukan diri dia sendiri dan takut pekung dia nampak dek orang ramai. 

Kalau nak menegakkan maruah keluarga pun dia dah tak mampu, nak menegakkan maruah Negara apa tah lagi. Jahanam la jawapnya!!!

MILO SEJUK KANTOI TAK RETI BACA BAHASA INGGERIS!!!


Apa boleh buat. Kalau dah ambik blogger yang kantoi belajar Universiti dan nak tunjuk pandai, macam ni la jadinya. Buat artikel pun main ikut sedap dia.

Kalau tengokkan gaya, bukan main lagi. Ranking tinggi sangat kalau kena gayanya. Tapi isi kandungan semua membodohkan diri dia sendiri je.

Sebelum ni, banyak jugak orang mempertikaikan blog Semut ni. Blog merapu la, blog tak matang la. Tapi baik la daripada bloge penipu.

Dah la dapat bahan pun main ceduk je dari orang asing. Lepas tu nak tunjuk pandai sampai membodohkan diri sendiri.

Dari mana dia dapat bahan mengatakan yang Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja sebanyak $150ribu di Perth Australia ni?


Hanya dengan merujuk kepada nama 'First Lady' itu sahaja dia buat dakwaan sesuka hati dia. Apa, dia tak tau ke, semua isteri pemimpin Negara yang pergi ke Chogm tu turut dikenali dengan gelaran 'First Lady'?

Takkan la benda semudah ini pun dia tak tahu? Ke dia memang tak faham bahasa Inggeris dan tak tahu membaca dalam bahasa tersebut?

Lepas tu pulak, buat tuduhan kata yang anak PM juga turut berbelanja sedangkan anak PM sorang pun tak ikut dia ke Perth. 

Jadi macam mana diorang boleh kata yang anak PM berbelanja besar disana? Nampak sangat dah menipunya.

Tag line je 'Menentang Dengan Fakta'. Ini 'Fakta' menda kejadahnya. Dapat bahan pun bukan nak semak dulu. Main tembak ikut suka dia je. Tak ke songeh namanya tu??? Tak pasal - pasal je dah kantoi membodohkan diri sendiri!!! 

ANJUR SEKSUALITI MERDEKA, PAS NAK KATA APA!!!


Nampak gayanya, populariti hubungan sejenis ni dah semakin berleluasa di Malaysia pada ketika ini walaupun tanpa pengaruh luar seperti Elton John.

Terkini, dilaporkan sebanyak 20 NGO telah bergabung tenaga menganjurkan satu Program Seksualiti Merdeka yang bermula hari ini sehingga 13 November depan.

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka dalam laman www.seksualitimerdeka.org bertujuan mempertahankan hak golongan sejenis ini.

Dan diantara penaja kepada program tersebut termasuk Majlis Peguam (BAR Counsil) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang turut menyokong BERSIH 2.0 Julai lalu.

Antara program yang bakal diadakan ialah beberapa aktiviti seperti bengkel, sesi perbincangan, tayangan filem, pameran dan persembahan.

Penganjur menyatakan mereka percaya bahawa setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan Homoseksual.

Dengan mempergunakan perkataan Merdeka untuk mengingatkan semua pihak bahawa walaupun Negara sudah lama merdeka, tidak semua rakyat dapat jadi diri mereka sendiri.

Program ini bakal diadakan di Galeri Annexe, Kuala Lumpur merupakan penganjuran kali ke-4 sejak pertama kali diadakan pada 2008 yang lalu.

Bermakna, perkara seumpama ini telah lama dijalankan didalam Malaysia tetapi hanya didiamkan sahaja oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu.

Kenapa mereka pulak yang perlu dipersalahkan? Kerana penganjurnya merupakan tulang belakang kepada mereka selama hari ini.

Jadi, adalah mustahil untuk mereka menafikan pengetahuan mereka terhadap penganjuran program seumpama ini sedangkan mereka berkawan rapat dengan penganjur yang terlibat.

Tambahan pulak PAS sebagai parti yang KONONnya memperjuangkan Islam itu lansung tidak ambik tahu mengenai perkara ini.

Mana perginya perjuangan Istiqomah yang dilaung - laungkan mereka dalam membasmi perkara seumpama ini? 

Kenapa mereka tak kecam puak - puak BAR Counsil dan Suaram yang menjadi dalang penganjuran program tersebut?

Tambah memalukan, mereka pulak yang beria - ia menyokong dan mendukung puak - puak tersebut sebelum ini. Adakah ini yang dimaksudkan dengan perjuangan Istiqomah mereka?

Orang dah pesan. Jangan hanya nampak nyamuk diseberang laut sampai bangkai gajah mati depan mata diorang buat - buat buta. Sekarang, korang tanggung la sendiri!!!

KANTOI!!! ISU RAMAS TETEK TAK SELESAI, TIMBUL CERITA LAIN!!!


Inilah hakikatnya. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang suka buat hal yang bukan - bukan. Lepas satu, satu isu yang sengaja ditimbulkan.

Nampak sangat yang diorang ni memang tak suka dengar apa yang diperkatakan diantara satu sama lain. Pemimpin tak dengar cakap ahli, ahli pun tak dengar cakap diorang.

Bila pemimpin diorang keluarkan kenyataan, satu hapah pun tak didengar oleh orang - orang bawahannya sendiri. Jadi macam mana orang lain nak dengar cakap pemimpin mereka?

Sebelum ni puas Si Biawak Lim Guan Eng tu pukul canang suruh orang yang menjadi 'Pemain' Politik ni lebih beretika dan tidak melibatkan keluarga dia.

Dia puas menafikan dakwaan dan spekulasi mengenai penglibatan anak lelakinya yang melakukan serangan seksual dan bayaran pampasan sebanyak RM200ribu.

Bila orang desak suruh dia ambik tindakan dan buat laporan Polis, macam - macam pulak alasan yang dia bagi. Sampai hari ni, isu tersebut masih belum selesai.

Jadi, dah timbul pulak isu baru mengaitkan anak Perdana Menteri di Australia. Sekarang dimana etika yang dimaksudkan oleh Si Biawak Guan Eng tu sebelum ini?


Jelas, apa yang dibangkitkan oleh blogger serta portal Pro Pembangkang ni tak dengar walaupun sepatah ayat yang diucapkan oleh SI Biawak tu.

Mungkin bagi mereka, apa yang diluahkan oleh Si Biawak tu tak ubah seperti salakkan anjing yang tidak perlu diendahkan oleh mereka.

Disebabkan mereka ingkar dengan kata - kata Si Biawak tu la yang membuatkan mereka kantoi secara terang - terangan. Percaya sangat pada laporan asing, dah malu diri sendiri.

Anak Datuk Seri Najib tak ikut pun ke Australia. Jadi macam mana diorang boleh buat dakwaan mengatakan yang itu anak dia? Kan dah tak pasal - pasal je songeh!!!

Buat sekian kalinya, puak - puak Pakatan Pembangkang ni telah memalukan diri dia sendiri. Tapi kalau dah bengap tu, bengap jugak la. Nak buat macam mana, ye tak!!!

HASSAN ALI KATA, PAS MEMBELAKANGKAN PERINTAH ALLAH???


Ish, biar betul Datuk Dr. Hassan Ali ni. Takkan la sebuah parti yang mati - matian memperjuangkan Islam tu sanggup membelakangkan perintah Allah?

Ada ke dia kata seruan yang melarang umat Islam bersatu dan hadir dalam Perhimpunan Sejuta Umat itu sebagai perintah manusia. 

AIDCNews -01/11/11 – Persoalan akidah merentasi sempadan politik, kata Datuk Dr Hassan Ali mengulas kehadirannya dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini.
“Akidah ini merentasi segala-galanya..maknanya kalau kita nak cari satu bahan, satu unsur, satu elemen yang boleh menyatukan umat..saya rasa bukan ‘muka’ manusia itu..bukan tempat dia di mana..bukan education dia di mana..tetapi yang boleh menyatukan…sama ada dia pengamal mutlak agama..atau kurang mengamalkan agama tetapi masih mengucapkan kalimah (syahadah).. la Ilaha Ilallah Muhamad Rusulullah..saya terlalu yakin..atas nama akidah, mereka akan datang..mereka akan bersatu”, katanya ketika diwawancara Editor Sinar Harian Online.
Menurutnya kehadiran peserta HIMPUN hari itu sudah cukup untuk mewakili umat Islam di negara ini dalam memanifestikan hati dan jiwa umat Islam dalam mempetahankan akidah.
“Selamatkan aqidah ini titah perintah Allah swt…jangan hadir dalam perhimpunan itu titah manusia..jadi antara titah Allah dengan perintah manusia, logiknya, bila kita berbicara tentang akidah..saya patuh kepada perintah Allah”, katanya.
Eh!!! Kan yang keluarkan larangan tu ialah kepimpinan PAS Pusat. PAS Pusat bukan ada kuasa macam Wali ke? Bukan ke ahli dia kena ikut apa sahaja perintah mereka?

Hari tu, bukan main lagi diorang tuduh orang UMNO tak ikut perintah Allah. Maka sebab itu dengan mudah diorang mengkafirkan orang - orang UMNO.

Sekarang macam mana pulak? Adakah mereka juga turut layak dipanggil sebagai kafir kerana jelas ingkar dengan perintah Allah?

Bukan sekali diorang membelakangkan perintah Allah ni. Kalau ingat balik, mereka gugurkan perjuangan Negara Islam juga kerana sebab ianya tidak termaktub dalam Al - Qur'an.

Maknanya, selama ini, apa yang diperjuangkan oleh mereka, iaitu mahu mewujudkan Negara Islam jelas bertentangan dengan apa yang terkandung dalam Al - Qur'an.

Dan dalam erti kata lainnya, jelas mereka, sesiapa yang menolak tuntutan dalam Al - Qur'an ni menolak perintah Allah. Sekarang, macam mana?

Sanggup ke diorang telan balik apa yang telah diluahkan oleh mereka sebelum ini? Adakah mereka akan terus menjadi musuh kepada Umat yang sama agama dengan mereka? Takkan la selama - lamanya diorang nak jadi Pak Angguk Saja kepada DAPigs kot!!!

PAS TAK DEMOKRATIK, DIORANG KOMUNIS!!!


Mungkin itulah yang nak disampaikan oleh Dr. Asri dalam laporan yang disiarkan melalui Portal Malaysian Insider ni.

Beliau dengan jelas mengkritik Dewan Pemuda PAS yang maksum dan tidak boleh ditegur itu serta menasihati mereka agar lebih demokratik.
KUALA LUMPUR, 1 Nov — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kelmarin diselar oleh Dewan Pemuda PAS berkenaan kenyataan berkaitan dengan isu konsert artis Elton John berkata, sayap parti Islam itu wajar memperlihatkan sikap yang demokratik kerana pihak berkenaan bercita-cita mahu menjadi kerajaan.
“Apabila PAS bercita nak jadi kerajaan, sudah pasti rakyat akan memberikan pandangan kepada mereka sepertimana mereka sering mengkritik kerajaan yang ada sekarang.
“Maka, Pemuda PAS wajar memperlihatkan sikap yang demokratik sebelum memerintah,” kata beliau dalam satu ulasan yang diemel kepada The Malaysian Insider.
Asri yang kini berada di Pusat Pengajian Islam Oxford sebagai felo menambah, mendengar cadangan rakyat dengan baik dan menolak dengan baik jika tidak bersetuju adalah sangat penting diamalkan oleh kepimpinan parti itu.
Justeru katanya, sikap cabar-mencabar kerana enggan menerima sesuatu cadangan hanya menunjukkan sikap kurang terbuka.
“Itu bukan contoh atau petanda yang baik untuk mereka yang ingin membentuk kerajaan yang demokratik,” katanya.
Kalau diorang ni tak demokratik, abis, fahaman apa yang diorang ikut? Komunis yang nak suara diorang je didengar dan tak boleh ditegur oleh rakyat?

Kalau macam tu keadaannya, macam mana nak jadi Kerajaan nanti? Atau adakah PAS sekarang dah mengamalkan dasar Parti Kencing Rakyat?

Dalam PKR, diorang bukan setakat tak dengar cakap orang luar. Malah suara dari kalangan ahli - ahli sendiri pun diorang buat tak layan je.

Mereka juga turut meminggirkan pandangan dan cadangan serta seruan ahli - ahli mereka sendiri. Tapi dalam masa yang sama sibuk dok suruh orang ikut pandangan dia.

Tak ke Retorik namanya tu? Suara ahli tak nak didengar, tapi suara dia pulak nak orng ikut. Demokratik menda kejadahnya kalau macam tu.

Itu masa belum memerintah. Dah tak nak dengar nasihat dan lansung tak boleh ditegur. Kalau dah jadi Kerajaan nanti, lagi punah la jawabnya. Rakyat pun tak dipedulikan lansung. Orang macam ni yang nak dijadikan pemimpin? Korang fikir la sendiri!!!

PAS GAGAL DALAM PENERANGAN HUKUM HUDUD!!!

Pelik dengan sikap puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ni sah cakap je pandai, tapi bila tiba bab perlaksanaan, tunggang terbalik jadinya.

Tapi kalau bab nak membanggakan diri, mendabik dada kata diorang berjaya mentarbiahkan puak - puak DAPigs mendekatkan diri kepada Islam, bukan main lagi diorang ni.

Sampai sanggup membenarkan orang bukan Islam membaca ayat suci Al - Qur'an yang diorang sendiri pun tak faham maknanya. Sebutan pun main lintang pukang je.

Tapi, inilah hakikat sebenar. PAS masih GAGAL menjelaskan kepada puak - puak DAPigs tu mengenai perlaksanaan hukum hudud.

Dalam mereka dok sibuk kata MCA menyebarkan kebencian, mereka terlupa yang puak - puak DAPigs juga turut melakukan perkara yang serupa.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh blog MyMassa yang menterjemahkan tulisan dalam akhbar Harian Cina dibawah.

Nanyang Siangpau - 29 Oktober 2011 (Sabtu) Bahasa Yang Kasar  Ibarat Beremosi - Penulis: Liu Ley Shan
Baru-baru ini ada sebuah artikel dalam laman blog dikatakan penulis pakar dari DAP telah menulis sebuah artikel, sekali lagi mendedahkan niat DAP mahu mentadbir negara ini, tidak endahkan sikap Pas yang mahukan hukum Hudud diwujudkan, dengan itu wajah dan sikap DAP sudah terbongkar di permukaannya.  Penulis itu menulis dengan tajuk artikel “<wahai MCA, saya tetap undi Pas, bertiuplah angin untuk Pas> dalam rencana itu menggunakan bahasa-bahasa kesat dan kasar, biadab dan maki anak cucu keturunan MCA, budaya dan sikap pakar penulis DAP itu begitu biadab dan terlalu hina.
PM Bertekad Mahukan Perubahan
Penulisan ini memang tidak lain tidak bukan sebagai suara untuk DAP, dia telah tunjukkan dengan jelas pendirian DAP, oleh kerana DAP mahukan kuasa pemerintahan, mereka berani korbankan budaya dan agama Kaum Cina, mereka sokong hukum Hudud Pas, ia semata-mata kerakusan DAP untuk mencapai matlamat mereka memerintah negara ini, mereka menggunakan kaedah emosi untuk menggadaikan kepentingan masyarakat Cina.
DAP selalu tuduh MCA menjadi tali barut BN dalam masyarakat Cina, hari ini oleh kerana kepentingan politik, DAP sanggup gadaikan maruah sendiri pada dahulunya membantah undang-undang Islam kini sama-sama tidur berkongsi katil dengan Pas, pengundi-pengundi kaum Cina perlu lebih berhati-hati, jangan sampai dipergunakan oleh DAP.
Penulis itu kritik sekeras-kerasnya pemimpin-pemimpin MCA semasa perhimpunan MCA, kerana MCA mengkritik konsep Negara Islam Pas dan undang-undang hukum Hudud.  Sebenarnya kepada pengundi dari kalangan kaum Cina yang boleh berfikir secara waras, penulis itu sendiri tahu selain daripada DAP dan penyokongnya, masyarakat Cina sendiri tidak suka dan menolak konsep negara Islam dan hukum Hudud itu. Tidak salah bagi MCA mengkritik konsep Negara Islam dan hukum Hudud, kami percaya pada awalnya dahulu DAP sendiri membantah konsep Negara Islam dan hukum Hudud. hari ini sudah tidak seperti masa silam dahulu, kerana DAP perlukan sokongan dari Pas, mereka anggap mereka akan dapat memerintah negara ini,  sebab itu apa yang mereka bantah dahulunya kini dilupakan dan terus dihumban jauh-jauh dalam fikiran mereka, kini mereka telah laungkan slogan dan suara “bulan mewakili jiwa ku” pula.
Artikel itu berbau emosi, mereka menggunakan perkataan-perkataan yang menghasut dan secara lantang mengkritik MCA, UMNO dan BN, ia menunjukkan pakar-pakar penulis dari DAP sudah ketandusan idea, sebab itu mereka berani menggunakan perkataan-perkataan kasar seperti perkataan-perkataan “puki mak”, kita tidak kira sebelum ini bagaimana cara mereka sampaikan maklumat, PM Najib telah bertekad hati untuk membuat perubahan dalam kerajaan, pengundi-pengundi kaum Cina sepatutnya lihat masa depan dan hasrat kita, pilihlah sebuah kerajaan yang demokrasi, telus dan berani perbetulkan kesilapan, dan mampu mentadbir negara dalam satu pasukan.
Ps: Mungkin orang - orang PAS ni lupa firman Allah yang bermaksud antaranya; Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan senang melihat Islam kuat.

SORANG LAGI PEMIMPIN PAS BEAN...GAI, AKUI PAS HIPOKRIT!!!


Tahniah PAS sebab menghasilkan pemimpin - pemimpin kanan yang bingai - bingai belaka. Lepas sorang - sorang mengaku yang diorang ni Hipokrit.

Tapi yang ni memang bingai. Nama dia pun lebih kurang bingai jugak. Kalau tak bingai, tak de la orang panggil dia Mahfuz Bean...ngai.

Dia sebelum ni kuat mempertikaikan mengenai isu seorang peninju Muay Thai dari Israel yang dibawa masuk ke dalam Negara.

Kononnya, dia nak dakwa yang peninju tu dibawa oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan. Jadi dia pun timbulkan isu tersebut dan mintak penjelasan.

Sekali semak, rupanya peninju Israel tu dijemput oleh pihak Pelancongan Negeri Selangor dibawah kelolaan Si Elizabeth Wong, bukan diatas jemputan Kementerian yang dimaksudkan.

Dah tak pasal - pasal je Si Bean...ngai ni terkedu. Kenapa dia tak desak Si Eli Wong tu buat penjelasan mengenai jemputan tersebut?

Kenapa dia tak mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang jelas bertanggungjawab menjemput peninju dari Israel tu?

Itu baru satu bukti keBean...ngaian Si Mahfuz Bean...ngai ni. Seterusnya dia jugak mempertikaikan hubungan diplomatik diantara Negara Malaysia dengan China.

Konon, kata dia UMNO dan pihak kerajaan ni hipokrit kerana menjalinkan hubungan dengan Negara tersebut dengan alasan mereka pernah membantu Parti Komunis Malaya dulu.

Dia mempertikaikan tindakan UMNO yang membuat perjanjian persefahaman dengan Kerajaan China tetapi membangkitkan sentimen mengaitkan pembangkang dengan Komunisme.

Dalam isu ni, Mahfuz berjaya membuktikan sifat Bean...ngai dia apabila mendedahkan sikap Hipokrit puak - puak Pakatan Pembangkang yang menjalinkan hubungan dengan DAPigs.

Bukan ke DAPigs tu dulu merupakan serpihan daripada Parti Komunis Malaya yang diharamkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan?

Jadi, kenapa puak - puak PAS yang ada hari ini masih lagi menjalinkan hubungan dan membuat Pakatan dengan parti tersebut? Kan nampak sangat Hipokritnya diorang ni.

Kalau diorang tak Hipokrit, mereka sepatutnya memutuskan hubungan tersebut. Tapi kenapa masih ada dikalangan pemimpin mereka yang sanggup mati untuk DAPigs?

Memang tidak syak lagi. Dengan kenyataan Si Mahfuz ni sahaja sudah dapat dilihat bahawa PAS sanggup buat apa sahaja demi kepentingan Politik mereka semata - mata.

Semuanya dilakukan untuk mendapatkan kuasa dan bukan untuk menegakkan syair Islam sangat pun. Apatah lagi nak memperjuangkan hak rakyat!!!

BUKTI PAKATAN MAHU MAHASISWA JADI LEMBU MEREKA!!!


Rasanya semua orang ingat lagi. Salah satu sepanduk yang dinaikkan oleh Mahasiswa yang berdemo untuk Aziz Bari dulu menuntut agar Universiti tidak dibabitkan dengan Politik.

Kononnya, diorang ni nak Universiti menjadi medan yang bebas Politik dan Mahasiswanay tidak terheret dalam kancah Politik semasa.

Dan seperti yang semua orang tahu, demo tersebut turut disertai oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu sendiri. (Walaupun diluarnya, ada Pak Timbalan Menteri tu kan).

Tetapi, apa yang berlaku semalam menjelaskan bahawa Pakatan Pembangkang ni hanya nak Mahasiswa ni jadi Lembu - Lembu diorang sahaja.

Kalau jadi kader kepada Kerajaan Barisan Nasional, diorang tak bagi. Tapi kalau jadi Kader diorang boleh. Tak timbul pulak sebarang masalah.

Dan keputusan mahkamah semalam yang membatalkan hukuman terhadap 4 orang Mahasiswa membuktikan ianya benar. Mereka turun menyokong Pembangkang.

Jadi, persoalannya, siapa yang memPolitikkan Universiti dan juga pelajar - pelajarnya kalau bukan puak - puak Pakatan Pembangkang tu sendiri? 

Diorang yang buat, kenapa nak tuduh orang lain pulak? Macam orang dah berak tengah jalan, tapi tak mengaku itu taik dia. Itulah perangai puak - puak Haramjadah ni.

Maka sebab itu la diorang beria - ia sangat nak menghapuskan sistem AUKU ni dan buat janji mengatakan diorang akan mansuhkan perkara tersebut kalau memerintah.

Mungkin diorang lupa. Orang yang mula - mula mencetuskan sistem AUKU ni ialah Si Ketua Penipu tu sendiri. Nak pulak bila dia jadi Menteri Pelajaran.

Sebelum tu, dalam Rusuhan yang dia buat di Universiti Malaya sekitar tahun 1970-an, dia pernah mendesak Kerajaan memansuhkan sistem tersebut.

Sebaliknya, bila dia jadi Menteri Pelajaran, dia pulak yang memperketatkan sistem tersebut dan diguna-pakai sehingga hari ini. Kenapa dia tak mansuhkan?

Kenapa masa dia jadi Menteri Pelajaran, malah sebagai Timbalan Perdana Menteri dia tak buat apa yang dijanjikannya?

Ini satu lagi bukti jelas yang Pakatan Pembangkang tu memang suka menggunakan dan melaksanakan dasar Hipokrit dalam semua benda yang mereka lakukan. 

Dalam bahasa agamanya, diorang ni terdiri daripada golongan orang - orang Munafik yang sejati. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak. 

PAS HIPOKRIT KATA PAK BERAHIM!!!


Nak tak nak, Pak Berahim terpaksa juga mengakui yang Parti Angguk Saja termasuk diri dia sendiri mengamalkan dasar Hipokrit dalam Pakatan.

Ini disebabkan mereka takut nak memberi sebarang komen atau membuat kenyataan balas tentang perlaksanaan Hukum Hudud yang dikritik oleh Si Karpal Whilcar sebelum ini.

Karpal yang jelas menentang perlaksanaan hukum tersebut sebelum ini menyatakan bahawa perlaksanaan Hukum Hudud bakal mewujudkan lebih banyak masalah kepada Negara.

Namun, kenyataan tersebut seperti tidak diendahkan lansung oleh PAS mahu pun para pemimpinnya. Jelas mereka takut dengan DAPigs.

Sebaliknya, PAS hanya menumpukan perhatian kepada MCA sahaja dan tidak menyentuh lansung ulasan yang dibuat oleh Karpal Whilchar sebelum ini.

Kata Pak Berahim, apa yang dinyatakan oleh Chua Soi Lek melampaui batas susila masyarakat yang menghormati sesama agama.

"Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara.
"Namun PAS kesal sikap campur tangan melampau beliau (Chua) akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam masa yang sama, Pak Berahim juga GAGAL menjelaskan mengenai pendirian DAPigs yang juga turut mencetuskan Polemik dan sikap benci membenci ini.

Adakah apa yang dinyatakan oleh Si Karpal Whilcar ni tidak melanggar batas susila yang dimaksudkan oleh Pak Berahim sehingga dia hanya diam membisu sahaja?

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .
Karpal, seorang peguam yang berpenfgalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.
Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.
Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.
Kan dah nampak sangat yang PAS ni Hipokrit dan mengamalkan dasar berat sebelah. Jadi dimana Keadilan yang sibuk dilaung - laungkan oleh mereka sebelum ini?

Belum pun diorang laksanakan hukum tersebut dah tak Adil dalam membuat sebarang pendirian, bayangkan kalau ianya benar - benar dilaksanakan kelak. 

Mampukah diorang bertindak Adil nanti? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!

NADIA DIARAH BAYAR RM50K KEPADA LISDA!!!


KUALA LUMPUR: Pelakon Lisdawati hari ini diberi ganti rugi RM50,000 selepas beliau menang dalam kes saman fitnahnya terhadap pelakon Nadia Mustafa. 
Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali, membenarkan saman fitnah yang difailkan Lisdawati terhadap Nadia, berhubung artikel yang disiarkan di majalah Media Hiburan enam tahun lalu.
Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi termasuk Lisdawati dan Nadia dan hujah peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Lisdawati dan Siti Julaini Mohd Shahar dan Mohamed Lusfi Yaakob yang mewakili Nadia.
Dalam keputusannya Yong Zarida memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar ganti rugi sebanyak RM50,000, faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu hari ini sehingga penyelesaian penuh kes dan juga kos skala. 
Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir ke mahkamah. 
Mengikut pernyataan tuntutan Lisdawati yang difailkan pada 21 April tahun lalu, mendakwa Nadia dengan niat jahat memberikan wawancara mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani. 
Wawancara itu didakwa berlaku sekitar Januari 2005 dan Lisdawati mendakwa, majalah itu menyiarkan pada keluaran mereka bertarikh 8 hingga 14 Januari 2005. 
Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, dalam erti biasa artikel itu antaranya bermakna dan difahamkan bermaksud dia meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang yang dikatakan itu kepada Nadia yang dinamakan sebagai defendan. 
Bagaimanapun, Nadia dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 18 Mei lalu menyatakan artikel itu tidak mempunyai unsur fitnah, sebaliknya meminta supaya orang yang berhutang menjelaskan hutangnya. - BERNAMA 
Ps: Ini baru betul orang yang berada dalam golongan orang yang Benar. Berani buat, berani tanggung. Tak macam pemimpin Pakatan Pembangkang tu.

Diorang tau buat dakwaan je mengatakan itu fitnah, ini fitnah dan sebagainya. Tapi bila disuruh ambik tindakan, tak berani pulak diorang nak buat.

Jadi, macam mana caranya nak kata yang diorang tu betul - betul dalam kalangan orang yang benar kalau maruah diri sendiri pun diorang tak mampu nak perjuangkan!!!

Followers