Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts
Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts

KHALID GEREJA PULAK MEROYAN PASAL LYNAS!!!


Halamak ai!!! Apa ke bendanya yang tak kena dengan Si Khalid Gereja ni? Isu dalam kawasan dia sendiri pun tak selesai sampai hari ni, nak sibuk pulak dengan isu orang lain?

Kononnya, Si Khalid Gereja ni nak mempertahankan rakan seangkatan Penipu dia dan mengheret Presiden PAS dalam isu berkaitan dengan pembinaan kilang Lynas.

Kata dia, Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa sengaja memutar-belitkan kenyataan Presiden PAS dalam isu kilang tersebut.

Menurut Si Khalid Gereja ni, tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang merujuk kepada kenyataan Haji Hadi Awang adalah sesuatu yang tidak wajar.

Dalam mukhtamar PAS Jun lalu, sewaktu isu tersebut dibangkitkan oleh Pak Berahim untuk mendapatkan undi dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden sudah jelas.

Haji Hadi kata, PAS akan membuat pendirian mengenai pembinaan kilang tersebut selepas mereka merujuk kepada pakar dari parti mereka sendiri.

Bermakna, PAS akan merujuk kepada Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang pakar dalam bidang Nuklear sebelum membuat sebarang pendirian.

Apa yang dinyatakan oleh Dr. Che Rosli sebelum ini, dia sendiri mengesahkan bahawa pembinaan kilang tersebut adalah SELAMAT dan tidak membahayakan.

Mungkin Si Khalid Gereja ni tak tahu. Bukan sekali Dr. Che Rosli menyatakan sedemikian. Tapi dia dah sebut perkara tu sebanyak TIGA kali.

Yang pertama sewaktu dia hadir dalam sesi taklimat awam oleh Syarikat Lynas pada tahun 2009 dimana seluruh AJK PAS Negeri Pahang turut hadir. Termasuk la Pak Berahim sendiri.

Masa tu semua AJK akur dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Che Rosli yang jelas mengatakan kilang tersebut SELAMAT untuk dibina.

Kemudian, kali kedua Dr. Che Rosli menyatakan yang ianya SELAMAT adalah melalui slot Buletin Utama di TV3 yang turut mendedahkan Si Fuziah Thoron tu menyelewengkan fakta.

Kali ketiga Dr. Che Rosli buat pengakuan bahawa kilang tersebut SELAMAT adalah pada ketika dia memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa PAS Pusat.


Jadi kalau dah Pakar dalam parti tu pun diorang tolak pandangannya, pakar mana pulak yang dimaksudkan oleh Haji Hadi dalam muktamar tersebut?

Ada pakar lain ke dalam PAS yang perlu dirujuk oleh mereka sebelum pendirian menolak projek tersebut daripada dilaksanakan?

Korang fikir la sendiri. Kalau dah kata pakar dari kalangan diorang pun diorang boleh tolak pandangannya dan kata ianya adalah pandangan peribadi, untuk apa pulak kita nak dengar cakap mereka!!! Tak kebodoh namanya tu???

KENYATAAN YANG BUAT KHALID GEREJA MENYIRAP!!!


Lepas baca kenyataan dibawah ni, dengar kata Si Khalid Gereja ni merah mata dia. Maklum la, musuh ketat dia ni cukup berani.

Nak harapkan dia keluarkan kenyataan macam ni? Jangan harap la.Orang gila kuasa macam dia ni mana nak hilang sokongan. Sampaikan sanggup tunjuk dan sujud pada kaki DAPigs!!! 

Punya gila nak dapatkan sokongan. Nak harapkan dia tegakkan syiar Islam? Sampai kucing bertanduk pun belum tentu lagi!!!

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan sokongan dalam PAS ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain.
Tindakan yang dimaksudkan termasuk kehadiran dan penglibatannya dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu lalu bagi membincangkan isu gejala pemurtadan.
Hasan (gambar), bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata apa yang paling penting baginya adalah segala tindak tanduknya itu dilakukan dengan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab menunaikan amanah Allah.
“Itu yang lebih penting bagi saya, bukannya pangkat, populariti dan kekayaan.
“Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t,” kata Hasan yang memegang portfolio agama dipetik Sinar Harian hari ini.
Mengenai Himpun, tegas Hasan, beliau hadir kerana menganggap perhimpunan seperti itu sangat mustahak dan selari dengan perjuangannya menegakkan akidah.
“Ini semata-mata mengenai akidah, tiada kena mengena dengan sebarang parti politik,” katanya.
Hasan berkata, seruan untuk beliau menyelamatkan akidah umat Islam adalah daripada perintah Allah manakala arahan yang melarangnya menghadiri perhimpunan itu daripada sesama manusia.

KHALID GEREJA PERCAYA PADA RAMALAN???


Punah!!! Kalau macam ni la perangai seorang pemimpin yang KONONnya memperjuangkan Islam, memang punah la.

Dah la dia tak buat apa - apa untuk menegakkan syiar Islam. Dia percaya pulak pada benda - benda karut marut seperti ini.

Dah nampak sangat yang Si Khalid Gereja ni menyimpang jauh daripada apa yang dituntut didalam Islam. Sampaikan keputusan Bola Sepak pun nak dikaitkan dengan Politik.

Memang sah, puak - puak Pakatan Pembangkang ni lebih mendahului Politik dalam segala aspek kehidupan mereka. Kalau sehari tak berpolitik, mau sakit jiwa gamaknya.

Dalam masa yang sama, Si Khalid Gereja ni jugak turut mengkritik Himpunan Sejuta Umat yang diadakan di Stadium Shah Alam baru - baru ni.


Dengan perbandingan itu sahaja sudah cukup untuk mengambarkan bagaimana seorang 'Pejuang Islam' ni nak menegakkan Islam pada pendapat dia sendiri.

Bagi dia, perhimpunan Bersih itu lebih Syumul daripada Himpunan yang nak menegakkan akidah umat Islam. Terutama sekali dalam agenda memurtadkan umat Islam.

Dia yang sebelum ni kuat mengkritik Datuk Dr. Hassan Ali diatas tindakan JAIS memeriksa Gereja DUMC pun tak pernah lansung dilihat memperjuangkan akidah umat Islam.

Jadi, kalau nak dibandingkan Bersih dengan Himpun, itulah dia perbezaannya. Bersih memperjuangkan Politik, manakala Himpun memperjuangkan Akidah Umat Islam.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Si Khalid Gereja ni, apa yang pasti, dia sendiri TAKUT nak memperjuangkan Islam. Jadi tak payah la nak mendabik dada kata diri dia seorang Pejuang!!!

BUKTI KHALID GEREJA KATA HUDUD UNTUK SEMUA!!!



FRIDAY, SEPTEMBER 4, 2009
Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M
13 Ramadan 1430 H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,

Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;

“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”

Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,

“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”

Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke Seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.

Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-

“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”

Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu.

Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskanIslam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.

Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.

وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى

YB KHALID BIN ABDUL SAMAD

Ps: Kalau Islam itu adil untuk semua, kenapa puak - puak PAS ni sibuk kata yang Bukan Islam terkecuali dalam perlaksanaan hukum Hudud?

Kenapa mereka perlu tunduk dan patuh kepada tuntutan DAPigs agar tidak mengaitkan golongan Bukan Islam dalam perlaksanaannya? 

Dengan mengasingkan golongan Bukan Islam, adakah bermakna Islam itu adil kepada semua orang?

Nampak sangat apa yang dilakukan oleh Si Khalid Gereja ni dah memakan diri dia sendiri. Banyak sangat nak menipu sana sini, akhirnya dia kntoi diri dia sendiri!!!

BUKTI KHALID GEREJA GAGAL JAGA MELAYU ISLAM!!! - Bah.2


Sambungan dari Bahagian 1. Kenapa NGO dikaitkan dengan UMNO?. Logikkah penduduk minta bantuan UMNO sedangkan semasa BN berkuasa penduduk mengadu kepada Sultan, BPR dan Biro Pengaduan JPM? 

Kenapa pihak kuil yg disokong MIC semasa BN dulu disokong pula? Salahkah penduduk minta bantuan Pertubuhan NGO?. Adakah Wakil Rakyat menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak bantu penduduk Islam?. 

Penduduk menghadapi tekanan emosi kerana bunyi bising dari kuil setiap hari, penduduk juga yang terpaksa berdepan risiko dan situasi sukar dikawasan sendiri. 

Semasa menyambut Aidilfitri Okt 2008 gangguan bising lagu Hindu dipasang kuat setiap malam. Nov dan Dis 2008 ganguan bising menjadi2. 

Kumpulan berpakaian hitam bergendang sambil menyanyi dan bertepuk tangan menganggu ketenteraman awam. Kawasan penduduk jadi tempat pemuda Hindu berkumpul bising, merempit, minum dan mabuk. 

Ada penduduk diminta bayar wang jika mahu kuil senyap ketika keluarga itu hendak mengadakan majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga. Ada penduduk yang diletak parang bersilang depan pagar rumah. 

Ada rumah diconteng besar nombor kumpulan gangster 303. Pengunjung kuil memakir kenderaan sesuka hati ganggu kawasan dan laluan penduduk. Tindakan drastik NGO bina gelanggang mengurangkan sedikit masalah penduduk. 

NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. 30 Mei 2009 YB Adun maklumkan kuil akan pindah. Tapak kuil baru dipilh berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam Sek 23. 

Penduduk bantah kuil besar dikawasan satu ekar nak dibina berhampiran kawasan mereka. Tapak dikatakan 200 meter dari kawasan penduduk Sek 23 hanya diseberang Padang Permainan. 

Laporan MTEN Selangor Julai 2009 ada menyebut masalah penduduk Sek 19 hadapi tekanan akibat gangguan kuil dan bantahan penduduk Islam Sek 23. Kenapa tapak kuil dipagar walaupun penduduk buat bantahan?.

Pada 28/8/2009 demo penduduk Sek 23 di SUK. Bila kepala lembu diusung ramai melenting konon hina penganut Hindu. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. 

Pada 26/7/2008 Hindu kuil Sek 19 buat perarakan bergendang waktu tengah malam jam 1 pagi bawa patung besar kuda terbang dihadapan rumah peduduk Islam. Suasana malam itu kecoh. 

Penduduk tegur diugut bunuh, polis sampai mereka jerit “Apa komplen2 Melayu bodoh”. Kenapa Hindu kuil buat provokasi kepada penduduk Islam tidak ada tindakan segera?. 

Tetapi bila Melayu bawa kepala lembu kecoh jadi isu Negara. Harakah tuduh UMNO sebagai dalang kepala lembu. Ramai pemimpin Islam PR buat ulasan isu kepala lembu menyalahkan sesama Islam. 

Kuil kecil yang membesar depan mata penduduk dilaporkan media PR berusia 150 tahun?. 

Pada 30/09/2009 risalah “ Isu pemindahan kuil di Sek 19 ke Sek 23” diterbitkan kerajaan Selangor menyalahkan penduduk Sek 19 dan Sek 23 serta NGO Islam dituduh menimbulkan isu perkauman. 

Hindu kuil buat provokasi kepada penduduk Sek 19 dibela dan disokong. Kenapa media PR lebih percaya maklumat pihak yang menceroboh tanah PKNS?. 

Adilkah jika laporan lebih banyak menyalahkan orang Islam sahaja? Penduduk terpaksa menerima cercaan pelbagai pihak kerana hendak mempertahankan hak dikawasan sendiri. 

Kenapa segelintir pemimpin politik Islam terlalu menjaga hati bukan Islam tetapi dalam masa yang sama tidak peduli sensitiviti masyarakat Islam sendiri?. 

Disebabkan pemimpin PAS berdendam dengan UMNO penduduk Islam yang terpaksa menerima kesannya.

GEMPAR!!! KHALID GEREJA DAH TAK PAKAI DUIT ZAKAT!!!


Ya! Itulah berita yang paling hangat dan terkini pada ketika ini. Spekulasi mengenai Si Khalid Gereja tu yang menyalah-gunakan duit zakat hampir dihujung jalan.

Kalau hari tu, Si Khalid Gereja tu mungkin boleh cakap yang dia tak mampu nak menanggung perbelanjaan pembelajaran anak - anak dia.

Walaupun, dia sebagai seorang wakil rakyat yang dah tentu dapat elaun tiap - tiap bulan dari pihak Kerajaan, masih tak mampu nak melaksanakan tugas dia sebagai bapa.

Tambahan pulak, dia yang berkelayakan sebagai seorang Jurutera pun masih tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

Maka sebab itula dia ambik duit zakat tu sebab KONONnya anak dia layak untuk dapat duit tersebut. Tapi sekarang ni dia tak perlukan lagi duit tu.

Lepas dia dah lebih mampu untuk membiayai perbelanjaan anak - anak dia. Nak pulak lepas dia dapat duit 'free' dari Utusan ni.

Jangan pulak dia kata duit tu semua atas titik peluh dia pulak. Setakat buat tuduhan yang bukan - bukan boleh la. Nak harapkan dia cari sendiri, mati hidup semula pun dia tak mampu!!!
KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Mahkamah Tinggi mengarahkan Utusan Malaysia membayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid Samad berhubung satu artikel berbaur fitnah disiarkan dua tahun lalu.

Wakil rakyat Shah Alam itu menang dalam kes saman ke atas akhbar milik Umno pada 30 September lalu.
Artikel itu bertajuk Zulkifli bidas Pak Janggut”, disiarkan pada September 2009.
Hakim Mahkamah Tinggi Komersial Dr Prasad Sandosham Abraham mengeluarkan perintah kepada Utusan dan Ketua Pengarang kumpulan itu Datuk Abdul Aziz Ishak agar membayar ganti rugi kerana menyiarkan tulisan tanpa mendapatkan pengesahan berkaitan kandungannya terlebih dahulu.

ANAK KHALID GEREJA PAKAI DUIT ZAKAT??? TAK SALAH!!!


Ya, memang tak salah kalau anak Si Khalid Gereja ni terima duit zakat untuk membiayai pelajaran dia sebenarnya. Kalau ikut hukum Islam pun, memang boleh.

Tetapi itu bukan lah isunya disini. Meh baca dulu pendedahan yang dibuat didalam laman portal AIDC ni mengenai isu tersebut:

Oleh sel13.com -Sewaktu PAS memerintah Trengganu pada 1999-2004 telah berlaku kekecohan pada tahun 2003 apabila lima orang anak kepada dua anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) menggunakan wang zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Trengganu untuk membiayai pengajian kelima-lima mereka di timur tengah.
Kini setelah lapan tahun berlalu peristiwa yang sama berulang kembali. Bukan di Trengganu, tetapi di Selangor.
Maklumat yang sampai ke meja sel13.com mengatakan anak kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menggunakan wang dari PZS untuk membiayai pelajarannya di timur tengah.
Khalid Samad sering bercakap soal intergriti , menuduh lawannnya rasuah, melakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya, dalam masa yang sama dia juga seleweng.
Sebagai seorang ahli parlimen dan juga seorang jurutera, sudah tentu Khalid Samad lebih dari mampu untuk menanggung pelajaran anaknya, tetapi oleh kerana sifat tamak haloba beliau tanpa malu-malu menggunakan wang dari PZS untuk tujuan tersebut.
Wang yang sepatutnya disalurkan kepada anak-anak orang yang lebih susah atau miskin untuk menyambung pelajaran terpaksa diberi kepada anak seorang ahli parlimen yang sudah kaya-raya.
Khalid Samad harus menunjukkan dia cakap serupa bikin, bukannya menjadi manusia munafik. Khalid Samad harus mengembalikan semula wang tersebut kepada PZS untuk kegunaan orang lain yang lebih susah.
Macam yang Semut katakan. Tak salah untuk anak Si Khalid Gereja ni menerima duit zakat bagi membiayai pengajiannya.

Tapi yang salah ialah bapak dia iaitu Si Khalid Gereja tu sendiri sebab nak melepaskan tanggungjawab dia sebagai seorang bapa terhadap anak - anaknya.

Dia tidak wajar menerima atau mempergunakan duit tersebut bagi kepentingan diri dia sendiri. Nak pulak apabila dia mendabik dada menyatakan dia seorang pemimpin.

Kalau dulu, diorang kecoh cerita pasal Khalifah Umar Abdul Aziz dan cara pentadbiran yang dilaksanakan oleh beliau. Kenapa diorang sendiri tak nak mengikut contoh tersebut?

Kena ingat. Khalifah Umar Abdul Aziz tidak pernah mempergunakan Baitulmal bagi kegunaan keluarganya kerana beliau tahu beliau mampu untuk menanggung mereka.

Tetapi, ianya berlainan dengan apa yang dibuat oleh Si Khalid Gereja ni. Selagi ada kelebihan, selagi ada kemudahan, dia akan gunakan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Begitu jugak dengan beberapa orang pemimpin lain dikalangan Pakatan Pembangkang tu. Pengerusi DAPigs Pahang pun pakai duit Yayasan Pahang untuk anak dia belajar.

Tapi, bila orang UMNO atau BN buat tindakan tu, diorang bukan main lagi pertikaikannya. Sampaikan yang tak buat pun, dituduhnya buat jugak.

Adakah ini kepimpinan yang hendak dijadikan contoh kepada masyarakat? Kalau semua pemimpin pakai duit zakat, apa lagi yang tinggal untuk rakyat?

Dasar manusia tak kenang dek untung. Dah la tu, tak sedar diri pulak tu. Konon nak jadi pejuang, tapi bila disuruh berkorban, tak nak pulak. Pejuang menda kejadahnya kalau macam tu!!!

PEMANGKU RAJA PERAK PERLI KHALID GEREJA???


Rasanya titah Pemangku Sultan Perak ni terkena tepat pada muka PAS. Nak pulak pada muka Si Khalid Gereja tu apabila ianya jelas menjurus ke arah tindakan dia sebelum ini.

Mungkin itulah yang hendak disampaikan dalam titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah baru - baru ini.

Kenapa tidak sedangkan PAS selama ni suka mendabik diri mengatakan bahawa mereka merupakan pejuang Agama Islam yang sebenar didalam Malaysia ketika ini?

Tetapi, perlu difahami bahawa apa yang nak disampaikan oleh Pemangku Raja Perak ini tidak berlandaskan Politik yang menyebelahi mana - mana pihak.

Cuma ianya sebagai peringatan kepada mereka yang suka mempermainkan Agama Islam dan menjadikannya sebagai alat dalam propaganda Politik mereka.

Dalam masa yang sama, baginda bertitah menyatakan bahawa kemusnahan ummah itu bukan datang dari penjajahan. 

Sebaliknya ia akibat sikap mereka yang suka menolak perpaduan dengan memanipulasikan fakta sejarah, mempermainkan lagu kebangsaan dan menghina bendera Negara.

Titah baginda itu juga turut menempelak tindakan beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang yang tidak menghiraukan sensitiviti Agama Islam itu sendiri.
''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.
Selain itu, baginda juga tidak ketinggalan menyatakan bahawa tindakan seumpama ini hanya demi kepentingan Politik bagi mendapatkan pengaruh serta kuasa individu tertentu sahaja.

Memang itu pun maksud sebenar puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Demi nak menarik sokongan orang bukan Islam, apa saja sanggup dilakukannya.

Sampaikan dia sendiri sanggup bermati - matian mempertahankan agar perkara seumpama itu berlaku di Negara Malaysia ini.

Apa haknya Si Khalid Gereja tu nak membenarkan isu kalimah Allah ni dipergunakan dalam agenda Politik mereka? Dia sendiri pun bukan 'Ahli' dalam bidang tersebut.

Jadi, macam mana nak dikatakan dia layak digelarkan sebagai pejuang Islam sedangkan dalam masa yang sama dia menyokong orang bukan Islam lebih dari Islam sendiri?

Demi kuasa, demi Politik apa saja sanggup digadaikannya. Adakah itu perjuangan Islam yang sebenar mengikut pemahaman PAS?

Sebab itulah Semut selalu kata yang APS bukan berjuang untuk Islam, tetapi berjuang untuk mendapatkan kuasa je sebenarnya. Perjuangan Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!!

KHALID GEREJA AGEN UMNO DALAM PAS???


Fuh!!! Memang gila la Si Khalid Gereja ni. Dia lagi Anti dengan pemimpin PAS dari orang UMNO sendiri. Sampaikan pemimpin seperjuangan pun sanggup ditikamnya.

Ini ke kepimpinan yang KONONnya nak memperjuangkan Islam sangat tu? Yang KONONnya nak menyebarkan syiar Islam dalam Malaysia ni?

Dengan adanya pemimpin Islam seperti dia ni la yang membantutkan penyebaran syiar Islam di Negara ni sebenarnya.

Bukan salah UMNO atau salah Kerajaan pun. Semua salah orang macam Si Khalid Gereja ni la. Dia bukan mengutamakan perjuangan Islam pun sebenarnya.

Jadi, tak pelik la kenapa sampai hari ni, PAS masih gagal memberi tarbiah serta menghalang isu - isu Agama seperti Murtad daripada terus tersebar dengan luas!!!


KHALID GEREJA KEMBALI DERHAKA KEPADA SULTAN!!!

Khalid Gereja Ni Memang Patut Kena Pijak!!!
Perlu diingatkan. Ini bukan kali pertama Si Khalid Gereja ni derhaka kepada keputusan yang dibuat oleh DYMM Sultan Selangor.

Dalam isu perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tempoh hari, dia dah pun buat hal dengan membantah secara terang - terangan.

Malah, dia siap buat demonstrasi lagi dihadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi membantah lantikan tersebut walaupun ianya mendapat perkenan Sultan.

Kali ini, dia sekali lagi ingin mencabar kuasa yang ada pada institusi Agama Islam yang dinaungi oleh DYMM Sultan.

Apakah dia tidak tahu bahawa kuasa yang ada pada JAIS memerlukan perkenan daripada Tuanku Sultan telebih dahulu?

Ke dia memang ada hajat nak ikut jejak langkah Nizar Lilin yang secara terang - terangan menderhaka kepada Sultan?

Atau dia nak kena heret ke mahkamah dulu baru dia nak sedar dimana kedudukan dia macam tindakan yang dikenakan ke atas ADUN Sri Muda hari tu?

Adakah orang macam ni yang nak dijulang dek puak - puak Parti Angguk Saja yang tak tahu nak hormat kepada pemimpin atasannya? Korang fikir la sendiri!!!

Laporan Berita - Malah, hari ini Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.
Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.
Dalam konteks ini, Khalid Samad sudah melampau. Apakah beliau tidak tahu prosedur mewartakan sebarang Enakmen yang bersangkut paut dengan agama Islam?
Takkan beliau terlalu naif dan dungu untuk tidak memahami bahawa kelulusan Enakmen Pentadbiran Agama Islam mesti mendapat kelulusan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri.
Dan baginda sudah pasti bersikap adil, profesional dan neutral di dalam hal ehwal agama Islam negeri. 
Jika Khalid Samad memperlekeh-lekehkan Enakmen tersebut, apakah beliau sebenarnya tidak sensitif dan sengaja mahu menimbulkan kontroversi dan murka Sultan Selangor ? Apakah Khalid Samad juga cuba mempertikai kewibawaan Sultan Selangor?
Sebagai seorang Ahli Parlimen, Khalid Samad telah memperbodoh-bodohkan diri dan berlakuan seperti budak kecil kerana cepat melatah tetapi hujahnya kebudak-budakkan dan bakal menimbulkan murka Sultan Selangor!
Dan begitu ringan mulut pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang begitu cepat menyalahkan parti UMNO. 
Padahal, tuduhan mereka itu termasuk Khalid Samad telah membuka pekung hangit di dada mereka kerana not in controlled walau pun mentadbir negeri tersebut.
Jika begitulah caranya, lebih baik Pakatan Rakyat tarik diri sahaja dari negeri Selangor dan serahkan kepada pihak yang lebih efesien.
Dan rupa-rupanya PAS ada 2 ayam sabung pondan selain daripada Mat Sabu. - Blog MiM

JAIS AMBIK TINDAKAN, KHALID GEREJA MINTAK BANTUAN DAPigs!!!



Belum selesai isu memeriksa gereja, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka medan tempur baru.

Mereka mendakwaa Ahli Parlimen Shah Alam, Si Khalid 'James' Samad kerana memberikan tazkirah tanpa Tauliah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas dia.
Pihak JAIS telah menetapkan perbicaraan Si Khalid Gereja ni pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang.

Dia bagaimana pun telah dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu perbicaraan nanti.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. 

Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid katanya telah memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
- Sumber dari MPP

Ps: Pergh!!! Dah la dia kena 'sound' dek Kariah Masjid semasa bagi ceramah di Seksyen 17, Shah Alam bulan puasa hari tu. Sekarang ni, dah kena dakwa pulak dek JAIS. 

Itulah. Siapa suruh dia cari pasal dengan orang. Sekarang, dah kena saman. Baru Padan Dengan Muka Dia!!! Buat la lagi. Mak tak marah!!!

BERITA YANG BUAT KHALID GEREJA MALU DENGAN DIRI SENDIRI!!!


Mungkin tajuk artikel Semut diatas dilihat kasar memandangkan laporan berita dibawah cukup menyedihkan terutama bagi mereka yang sedang berada di Somalia ketika ini.

Namun, artikel Semut ini sekadar mahu menyindir pendirian Si Khalid Gereja yang hanya tahu bercakap tetapi takut untuk mengambil tindakan sebelum ini.

Dulu, Si Khalid Gereja ni bagi macam - macam alasan untuk mengelakkan diri daripada menyertai Misi Bantuan ke Gaza.

Kononnya, kata dia, misi tersebut telah sengaja dipolitikkan oleh sesetengah pihak tertentu sehingga sebahagian daripada NGO turut menarik diri.

Padahal, satu Malaysia tahu yang Si Khalid Gereja ni sebenarnya takut nak menyertai misi tersebut kerana bimbang tentang keselamatan diri dia.

Jadi, dia buat la cerita yang KONONnya dia nak buat satu lagi misi seumpama itu bagi tujuan yang sama semata - mata nak 'cover' malu dia.

Kata seorang sahabat Semut bila diajukan cerita ini mudah. Kalau dah dalam hati tu takut, macam - macam la alasan dia boleh bagi.

Kalau dia betul - betul ikhlas nak membantu dengan semangat Kesukarelaan, dia tak ambik peduli pun pasal Politik ni semua.

Yang jelas, Si Khalid Gereja ni hanya mampu bercakap je tentang perjuangan Jihad dan Fisabilillah. Tapi haram tak terbuat dek dia sebenarnya. Bercakap je pandai!!! Pejuang konon. Ceit!!! Pigidah!!!

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.
Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.
Khairulanuar seperti dipetik oleh Bernama berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Sementara itu, menurut wartawan Utusan Malaysia, Metra Syahril Mohamed yang mengikuti misi kemanusian tersebut ketika dihubungi lewat malam tadi memberitahu, selain jurukamera BernamaTV, jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan (gambar) juga terkena tembakan dan cedera di bahu.
Menurut Metra, mereka ditembak oleh pihak yang tidak diketahui yang dipercayai menyasarkan tentera Kesatuan Afrika (AU).
Tambahnya, kesemua wakil media diarahkan untuk mengemas pakaian dan barang keperluan masing-masing.
Kesemua wakil media yang menyertai misi tersebut pada 28 Ogos lalu dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini dan kemungkinan akan pulang lebih awal malam ini atau esok pagi (waktu tempatan).
Ps: Semut ambil peluang ini untuk mengucapkan takziah diatas pemergian Allahyarham. Sesungguhnya pengorbanan beliau akan tetap diingati dan memohon agar roh beliau dicucuri Rahmat Allah S.W.T. Al - Fatihah....

Followers