Showing posts with label Abdul Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Abdul Hadi Awang. Show all posts

HADI AWANG - NAJIB TAK FAHAM KONSEP NEGARA KEBAJIKAN!!!

Dia Lagi Banyak Tido Dari Menjaga Kebajikan Rakyat!!!

Ya!!! Kali ni, Semut sokong penuh apa yang dah dijelakan oleh Presiden PAS ni. Kata dia, Datuk Seri Najib tak faham konsep Negara Kebajikan.

Jadi, meh kita tengok, apa diantara alasan - alasan yang dia bagi untuk membuktikan yang PM tak faham konsep yang dimaksudkan tu:

KUALA LUMPUR, 9 Okt ─ PAS mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memahami konsep negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat apabila terus ‘menyindir’ langkah pihaknya termasuk yang terbaru ketika membentangkan Bajet 2012 kelmarin.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas negara berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional (BN) sehingga kini.
“Pertamanya negara berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti,” kata beliau.
“Keduanya negara berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.
“Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua,” kata Hadi sambil menambah, “nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.”
Kalau itulah konsep Negara Kebajikan mereka, memang la Datuk Seri Najib tak faham. Yang Datuk Seri Najib tahu ialah menjaga kebajikan rakyat.

Konsep Negara Kebajikan PAS pulak ialah, rakyat tak perlu dapat apa - apa. Diorang tak perlu air, sebab Menteri Besar Kelantan pun boleh ambik air wudhuk tepi sungai.

Rakyat tak perlu Masjid sebab Si Wali Terompah tu boleh bersolat atas tanah depan rumah orang. Dan rakyat jugak tak perlu tanah sebab semuanya dirampas oleh pemimpin PAS.

Dan tak ketinggalan yang rakyat tak perlukan kenderaan mewah sebab hanya pemimpin diorang sahaja yang layak pakai kereta tersebut.

Itulah konsep Negara Kebajikan yang dimaksudkan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu yang sebenarnya. Jadi memang tak salah la kalau dia kata PM tak faham!!!

HAJI HADI PUTAR BELIT HUKUM ALLAH!!!


Dalam mengejar kepentingan Politik dan undi orang bukan Islam, PAS sanggup memutar belitkan hukum Islam mengikut kesesuaian mereka semata - mata.

Bagi Semut, apa yang dilakukan oleh Haji Hadi ni hanya memutar belitkan Hukum Islam yang sedia ada bagi kepentingan politik mereka semata - mata.
“Dalam hal ini, PAS tidak memaksa bukan Islam menerima undang-undang Islam seperti mana kita tidak memaksa mereka menerima Islam,” katanya.
Dibibirnya, mereka kata bukan Islam tidak dipaksa untuk menerima Hukum Hudud. Tetapi dalam masa yang sama, bukan Islam Terpaksa juga menerimanya.

Inilah Keadilan sebenar dalam Hukum Islam tu. Mana boleh hukum tersebut hanya bergantung kepada umat Islam sahaja.

Jika perkara tersebut berlaku, maka Islam itu tidak adil jadinya. Sebagai contoh, jika bukan Islam merompak dan mencuri harta milik orang Islam, adakah mereka akan terlepas?

Demikian juga jika mereka melakukan zina atau maksiat didalam kawasan orang Islam. Adakah perkara seumpama itu hanya akan dibiarkan sahaja?

Sedangkan Haji Hadi sendiri pun menegaskan bahawa Hukum Islam ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa selagi mereka berada diatas muka bumi Allah S.W.T.
Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.
Jadi, secara tak lansung, bukan Islam juga turut akan terlibat dan terpaksa menerima hukuman tersebut kerana ianya hukum Allah, bukannya hukum manusia.

Jangan la kita suka - suka je nak mengubah apa yang sudah termaktub didalam kitab hanya semata - mata mahu meraih sokongan. 

Naka melaksanakan hukum Islam ni pun biar la dengan jujur dan ikhlas. Jangan la menipu orang bukan Islam pulak.

Kalau betul diorang nak tegakkan hukum Islam, kenapa ianya tidak dijalankan ke atas pemimpin - pemimpin mereka terlebih dahulu?

Jangan sekadar nampak nyamuk diseberang laut, tapi bangkai gajah depan mata diorang buat - buat tak nampak pulak. Itu bukan Keadilan namanya!!!

PATUT LA HAJI HADI MARAH DENGAN TOK JAN!!!


ALOR SETAR 4 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui beliau tidak mengikuti isu membabitkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Pulau Pinang bulan lalu.

Justeru beliau enggan mengulas mengenai isu tersebut yang telah membangkitkan bantahan pelbagai pihak yang mahu Mohamad menarik balik kenyataannya dalam menyokong serangan pengganas komunis di Bukit Kepong.

Menurut Azizan, biarlah pakar sejarah berbahas dengan Timbalan Presiden Pas itu mengenai perkara tersebut kerana percaya Mohamad mempunyai alasan untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mahu komen sebab saya pun tak baca apa yang dia kata dan tak dengar apa dia kata. Apa faktanya itu, biarlah ahli sejarah debat dengan dialah," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini hari ini.


Ps: Kalau korang nak tau, ini la sebab kenapa Haji Hadi marah sangat dengan Tok Jan. Bukan sebab Tok Jan sihat atau tidak!!!

BARU KELUAR HOSPITAL, HAJI HADI NAK TENDANG TOK JAN???


Wah!!! Ini berita menarik ni. Dengar cerita, katanya Menteri Besar Kedah tu bakal disingkirkan tak berapa lama lagi.

Khabar angin yang bertiupan kencang ketika ini katanya berpunca dari percaturan dalaman PAS sendiri. Sebabnya ada pihak yang tak puas hati dengan Tok Jan.

Komplot tersebut dilakukan dengan mempergunakan tahap kesihatan Tok Jan yang dimasukkan ke IJN baru - baru ni.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.
“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.
Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.
Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.
Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.
Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah.
Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan.
Ps: Herankan. Tok Jan baru sekali masuk Hospital, dah ada orang nak pertikaikan serta berkomplot nak menjatuhkan dia.

Yang Si Wali Terompah tu dok ulang - alik masuk Hospital, kenapa tak de pulak orang nak buat laporan mengenai dia? 

Kenapa sampai hari ini, dia masih lagi dibenarkan untuk berkuasa di Kelantan? Ini ke yang dikatakan diorang sebagai Keadilan?

Mentang - mentang la Tok Jan tu 'mesra Kerajaan', ada je orang yang nak menjatuhkan dia ye. Tapi kalau Si Wali Terompah tu, sampai mati nak jadi Menteri Besar pun boleh!!!

HAJI HADI MAIN KONER BARING NAMPAK!!!


Apalah yang Hadi Awang mengarut ni? Dia nak PAS menang 60 kerusi Parlimen masa PRU13 nanti? Agak-agaklah kalau nak berangan-angan pun Pak Haji oiii..

Kerusi PAS yang ada sekarang ni pun belum tentu selamat, ada hati nak tambah kerusi Parlimen lain.. Dah tu mimpi pulak nak ambik 25 kerusi milik UMNO sekarang ni.. Memang mimpi di siang hari lah Presiden PAS ni..

Gua rasa Pak Hadi ni terlebih makan kuih Almond London lahh.. Sebab tu dia merapu semacam jee buat statement..

Ingatkan bila minum air beralkohol je boleh mabuk.., tapi rupanya kalau makan kuih raya terlebih pun boleh mendatangkan mabuk juga.. Hahahahaha..

PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 

"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini disamping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen," kata beliau di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu. 

Untuk pilihan raya akan datang, kata Abdul Hadi, PAS mensasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang. 

"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya.

Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, PAS katanya memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras. 

"Kalau nak undi -slam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi perkerti dan pujukan...saya yakin mereka boleh berubah. 

"Perlu ambil masa, sabar..pujuk mereka.. Perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita," kata Abdul Hadi. - MPP

Ps: Haji Hadi ni tido ke? Orang sibuk dok balun Timbalan Presiden PAS yang Pro Komunis tu, dia boleh pulak sibuk - sibuk dengan kerusi PRU.

Nampak sangat dia cuba nak mengalihkan perhatian rakyat daripada menjawab isu sebenar dengan membangkitkan isu kerusi dalam Pilihan Raya yang akan datang.

Tak de benda lain ke yang Haji Hadi ni ingat selain daripada nak merampas kuasa dan berpolitik sepanjang masa? Mana perjuangan untuk rakyatnya?

Kata nak buat Negara Kebajikan. Dok sibuk kira kerusi untuk PRU, nak jaga kebajikan rakyat menda kejadahnya? Itu yang dinamakan perjuangan Islam? Perjuangan Kepala Tengkorak Dia!!!

Followers