Showing posts with label Faekah. Show all posts
Showing posts with label Faekah. Show all posts

MINAH MUKA BERMINYAK KENA TAMPAR DENGAN AZMIN!!!


Hah!!! Kan tak pasal - pasal je Si Andartu Muka Berminyak ni songeh sebab tuduh UMNO yang jadi dalang menjatuhkan imej Si Khalid Gagap tu.

Lepas baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin Ali ni, apa pulak yang Si Minah Muka Berminyak tu nak cakap? 

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mendedahkan kontroversi berhubung gesaan untuk menyingkir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebenarnya muncul di kalangan ahli peringkat bawahan parti itu.
Bagaimanapun menurutnya, pandangan ahli parti agar kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar digantikan telahpun ditolak oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR.
“Mana-mana pihak yang kemukakan (pandangan) sama ada dalam memorandum atau luar memorandum kita bincang secara terbuka dalam kepimpinan parti di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat.
“Jadi soal pandangan yang diberikan oleh anggota parti harus kita raikan, tapi kita telah bincang dan muafakat bahawa Tan Sri Abdul Khalid akan teruskan sebagai Menteri Besar,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan sebuah blog berhubung wujudnya memorandum yang diserahkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memecat Abdul Khalid sebagai MenteriBesar baru-baru ini.
Mohamed Azmin yang juga Ahli Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa sebelum ini sering dikaitkan dengan dakwaan terlibat dalam komplot untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Berani ke tidak dia nak cakap yang ianya satu konspirasi dari Azmin Ali yang memang terang - terang cuba untuk menjatuhkan imej Khalid Gagap sebelum ini?

Beramuk sesama sendiri, lagi dia nak tuduh orang lain ke? Memang musibat betul perangai Si Anak Dara Tua sorang ni.

Kot ye pun nak meroyan sebab tak de orang nak, takkan sampai sanggup nak tipu orang dengan mengaitkan isu ni dengan orang lain pulak kot?

Sedar la diri tu sikit. Dah la tua, tak laku pulak tu. Lepas tu ada hati nak melaga - lagakan orang lain pulak. Jaga je Si Khalid Gagap tu. Jangan sibuk dengan hal orang lain!!!

MINAH MUKA MINYAK AKUI SKANDAL DENGAN KHALID GAGAP???


Huih!!! Lain macam betul 'Andartu' Muka Berminyak ni ye. Dia nampak gayanya macam nak mengakui yang dia ada skandal dengan Si Khalid Gagap tu ke?

Kalau tidak, kenapa dia pulak yang beria - ia nak pertahankan Si Khalid Gagap tu dan menuduh UMNO menjadi dalang untuk menjatuhkan Khalid Gagap tu?

Oh, ye. Lupa pulak. Minah muka berminyak ni kan Setiausaha Politik kepada Si Khalid Gagap tu. Mungkin sebab tu la dia buat tuduhan yang bukan - bukan macam ni.
Dakwaan dan cubaan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor adalah cara Umno bagi mengekang lonjakan populariti pemimpin itu yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, kata setiausaha politiknya, Faekah Husin.

ngo pro selangor government rally 230111 faekahFaekah berkata usaha itu bertujuan menjejaskan populariti dan kredibiliti Khalid yang kini mengatasi pimpinan Umno mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

“Blog (AntaraPos.com) yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini.

“Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Datuk Seri Najib (Razak) yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari timbalannya Tan Sri Muhyidin (Yassin),” kata Faekah dalam kenyataannya malam ini.
Dah memang sah, Si Minah Muka Berminyak ni dasar manusia yang tak sedar diri. Padahal yang nak menjatuhkan imej Si Khalid Gagap tu orang dia sendiri, bukan UMNO.

Benda tu dah dinyatakan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Takkan dia tak dengar kot? Ke dia tak datang masa Si Ketua Penipu tu cakap macam tu semalam? Klik kat sini.

Lepas tu, ada hati pulak nak buat fitnah terhadap Datuk Seri Najib yang kononnya sedang mendapat tentangan daripada Tan Sri Muhyiddin konon.

Mana buktinya yang diorang tak sehaluan? Kalau ada bukti, dedahkan la. Jangan main cakap je Cik Kak oi. Setakat main cakap, semua orang pun boleh.

Dah diorang yang beramuk sesama sendiri, tak nak dengar cakap ahli di peringkat akar umbi, nak tuduh orang lain apa pasal? Kaji diri sendiri dulu la, baru cakap orang lain.

Diorang tu ibarat bangkai gajah mati depan mata. Sorok la kot macam mana sekali pun, baunya tetap ada. Jadi tak payah la nak salahkan nyamuk diseberang laut!!!

Followers