ISU SAMAN JAIS: PAK BERAHIM JANGAN LA JADI BADUT!!!


Alahai Ketua Penerangan PAS ni. Macam nak jadi badut pulak dah dia ni bila membicarakan pasal isu saman yang dibuat oleh JAIS terhadap dua orang rakan dia ni.

Adakah Pak Berahim nak mempertikaikan tindakan yang diambil oleh JAIS terhadap Dr. Rani Othman dan jugak Si Khalid Gereja tu sebenarnya?

KUALA LUMPUR, 7 Sept – PAS pusat mengingatkan agensi-agensi agama tidak menjadi penghalang kepada pengembangan agama, sekali gus urusan pemberian tauliah menjadi “bahan ketawa” ekoran ketegasan keterlaluan Jais ke atas dua pemimpin parti itu di Selangor.
Mengikut laporan semalam, Jais atau Jabatan Agama Islam Selangor mengenakan tuduhan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana menyampaikan tazkirah tanpa tauliah manakala tauliah Adun Meru Dr Rani Osman pula ditarik balik ketika Ramadan baru lalu.
Dr Rani dan Khalid masing-masing merupakan Pesuruhjaya PAS dan Timbalan Pesuruhaya PAS Selangor.
Dalam kenyataannya petang ini, Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, jika pihak berkuasa agama membimbangi mereka terbabit menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, “bagaimana pula dengan kuliahnya di universiti dan tempat lain?”
Huh!!! Ada hati nak mempertikaikan kuasa orang konon. Dia tak sedar ke yang tindakan dia mempertikaikan JAIS tu sebenarnya secara tak sedar turut mempertikaikan kuasa Sultan?

Bukan ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dah kata sebelum ini bahawa sesiapa yang mempertikaikan tindakan JAIS sama seperti mereka mempertikaikan kuasa Sultan.

MAIS kata, JAIS berada didalam kuasa Sultan. Maka dengan itu, tindakan yang diambil oleh JAIS telah mendapat perkenan dari DYMM Tuanku Sultan terlebih dahulu.

Jadi, dengan tindakan Pak Berahim ini, boleh dikatakan bahawa dia juga turut mempertikaikan kuasa Sultan Selangor secara tidak lansung.

Yang menjadi persoalannya, berapa ramai pensyarah Universiti yang bagi ceramah dan kuliah diluar dari kawasan Kampus?

Ada ke mereka buat macam tu? Tambahan pulak, ceramah yang dibuat oleh Khalid Gereja tu semuanya berbaur Politik belaka. Bukan kuliah agama pun!!!

Jangan cakap orang je la Pak Berahim. Sedangkan dia dalam ceramah yang dia sendiri buat pun, berapa banyak sangat cerita pasal hal ehwal agama. Semuanya Politik belaka.

Nak mentarbiahkan orang dengan ajaran Islam menda kebangkainya kalau asyik dok maki orang tak tentu arah. Perjuangan Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Ps: Sedar la sikit Pak Berahim. Awak pun dah tak laku dah dikalangan orang PAS. Sebab itu diorang tak pilih awak jadi Timbalan Presiden!!!

No comments:

Post a Comment

Followers