Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

KES FITNAH MAT SYABUN KOMUNIS PENIPU 19 - 23 DISEMBER!!!


BUTTERWORTH 27 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 19 hingga 23 Disember ini untuk perbicaraan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini, pada 21 Ogos lepas.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Disember ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan. - Bernama
Ps: Agak - agaknya, boleh ke tidak Si Mat Syabun Komunis Penipu ni melepaskan diri dia kali ini? Apa pulak tipu helah yang dia nak pakai nanti?

Kalau dulu bole la dia main Poo...singh nombor sampaikan kes tu 'Terpaksa' ditolak oleh pihak mahkamah. Dan tak ketinggalan jugak 'Kemungkinan' dia 'suap' Pegawai JAIK.

Maka sebab itulah Si Wali Terompah tu pun kata Si Mat Syabun Komunis Penipu ni setakat 'Berkhalwat Je'. Tak melakukan apa - apa pun!!!

Inilah akibatnya kalau bercakap ikut sebab mulut tanpa berfikir. Orang tua dah pesan, kerana mulut badan binasa. 

Cakap pun ikut suka dia je. Kan dah terima padahnya. Lagi pun, kita bukan tak tau. Si Mat Syabun ni memang otak dia letak kat kepala lutut!!!

MAT SYABUN KOMUNIS PENIPU TERUS DIKECAM!!!

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang sebelum ini dikritik hebat dan dikenakan tuduhan bulan lalu berhubung kenyataan menyentuh peristiwa Bukit Kepong, terus berhadapan dengan kecaman 18 persatuan dan kelab bekas anggota tentera dan polis.

Dalam iklan bertemakan “Tegakkan kebenaran, wira Malaysia tidak akan dilupai”, disiarkan dalam Berita Minggu dan Mingguan Malaysia, pemimpin persatuan dan kelab mewakili pegawai dan anggota tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, mereka membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohamad.

“Kami rakan seperjuangan yang terdiri daripada bekas-bekas pegawai dan anggota Tentera Diraja Malaysia membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohamad Sabu yang mengiktiraf Mat Indera, ketua pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai pejuang kemerdekaan.

“Kenyataan beliau ini menghina perajurit dan keluarga yang terkorban semasa menentang komunis dan boleh mengancam kedaulatan negara, agama dan perpaduan bangsa,” kata mesej 15 persatuan dan kelab anggota tentera.

Muhammad Bin Sabu atau dikenali sebagai “Mat Sabu” dihadapkan di mahkamah susulan siri laporan polis ke atas beliau sejak akhir Ogos lalu.

Sementara mesej di muka bersebelahan, yang dibawa oleh tiga persatuan bekas pegawai dan anggota PDRM pula berkata, “kami rakan seperjuangan yang terdiri daripada bekas-bekas pegawai dan anggota PDRM yang taat setia kepada raja dan negara serta mencintai keamanan berasa amat marah dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Mohamad Sabu, yang menghina pengorbanan anggota polis dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sambil memuji pengganas komunis sebagai wira.”

Mesej itu juga berkata, kenyataan tersebut adalah dangkal dan tidak berperikemanusiaan.

“Ia telah memperlekek, menghina, mencerca, menjatuhkan maruah dan martabat warga polis yang telah terkorban atau cedera dalam mempertahankan kedaulatan negara dan institusi kepolisan,” kata presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Persatuan Pesara P

SAMAN UTUSAN SUDAH, POLIS BILA PULAK!!!

Inilah akibtnya kalau bercakap ikut sedap mulut je. Dah la sebelum bercakap tak difikirkan dulu. Lepas tu, ada hati nak saman orang konon.

Tapi, ye la. Nak buat macam mana. Si Mat Syabun ni otak dia bukan letak kat kepala. Otak dia dalam Kepala Lutut. Itu pasal la dia cakap pun merapu je memanjang.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 Nov ini untuk pengurusan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.
Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad Sabu sementara Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu yang dinamakan defendan pertama dan kedua diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, di dalam kamarnya.
Firoz ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan memasukkan pembelaan terhadap penyataan tuntutan yang difailkan sebelum atau pada tarikh tersebut.
Mohamad Sabu, 57, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 Sept lalu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi sistem e-filing di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi.
Akibat daripada itu, Mohamad Sabu mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta kesengsaraan dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya. Beliau juga mendakwa telah menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain itu, beliau turut mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.
Dia nak salahkan siapa sebenarnya dalam isu ni? Nak salahkan pihak Utusan sedangkan dia sendiri yang mengeluarkan kenyataan tersebut didalam ceramah dia sebelum ini.

Itu pun dia nak nafikan jugak ke? Lantak dia la. Nanti, kalau keputusan mahkamah dah keluar dan dia kalah, jangan salahkan sistem kehakiman tu pulak berat sebelah!!!

Ps: Kata dia hari tu nak saman Polis sebab sengaja buat fitnah dengan mendedahkan video dia berbohong dirempuh Land Rover Polis.

Tapi, sampai hari ni senyap pulak. Kenapa dia tak saman? Yang tu tak mendatangkan aib kepada keluarga dia pulak ke? Tak mendatangkan penderitaan kepada keluarga?

Kalau dah penipu tu, penipu la jugak. Cakap je pandai. Tapi bila suruh buat, satu hapah pun dia tak tahu. Lepas tu nak salahkan orang pulak!!! Ciet!!! Pigidah!!!

MAT SYABUN KOMUNIS BERLARI KE BANGKOK???


Hah!!! Ini apa kes pulak dengan Si Mat Syabun ni? Apa pasal dia sibuk - sibuk nak pergi ke Bangkok hari - hari minggu ni?

Dia nak mengikut jejak langkah Si Ketua Penipu tu jugak ke? Ke dia ada agenda lain sebenarnya? Meh baca laporan dibawah:
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital di Bangkok. 

Chin Peng yang berada dalam buangan di Bangkok dimasukkan ke sebuah hospital utama di ibu negara Thailand itu Rabu lalu. 
Dia genap 87 tahun pada 21 Oktober ini. Difahamkan anggota keluarga dan rakan-rakan karibnya telah diminta mengunjungi pemimpin itu. 
“Dia uzur. Kami difahamkan bahawa doktor telah menghantar mesej kepada keluarganya agar mengunjungi beliau dalam waktu terdekat,” kata sumber risikan dipetik The Star hari ini. 
Difahamkan Chin Peng kerapkali mengunjungi doktor sejak dua bulan lalu. 
Sumber-sumber juga memberitahu bahawa ingatan Chin Peng merosot sejak beberapa lalu. 
Chin Peng atau nama samaran Ong Boon Hua dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal di Sitiawan dan merupakan anak kedua daripada enam beradik. 
Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.
Ps: Oh, tak heran la kenapa dia sibuk - sibuk nak pergi ke Bangkok tu. Mungkin dia nak menjenguk Tok Guru yang mengajar dia sejarah Negara ni kot.

Maklum la. Komunis ni kan Hero bagi dia. Jadi tak mustahil la dia sanggup berlari ke Bangkok semata - mata nak mengadap Chin Peng yang merupakan idola dia ni!!!

MAT SYABUN KOMUNIS PENIPU DIBERI AMARAN!!!



SEREMBAN - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, memberi amaran melancarkan protes sekiranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hadir berceramah di negeri ini pada masa akan datang.


Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata, beliau sendiri akan bertindak mengetuai protes selagi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu enggan meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya mendakwa Mat Indera adalah wira dalam tragedi Bukit Kepong.


“Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekeh anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.


“Protes ini bukan hanya disertai Perkasa negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya di Rahang, di sini, semalam.


Sementara itu, menurut Mohd Noor Nordin, Perkasa negeri menafikan pihaknya merancang lebih awal untuk menganjurkan protes pada ceramah Mat Sabu di pekarangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Wildan di Ampangan, malam Sabtu lalu.


Menurutnya, protes itu dianjurkan secara spontan oleh individu yang mewakili bekas tentera dan beberapa NGO yang ingin menyuarakan bantahan terhadap Mat Sabu.


“Saya hanya dimaklumkan mengenai protes ini kira-kira jam 7.30 malam ketika itu saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


“Sekali lagi ditegaskan, kami bukan anti Pas. Kami cuma anti Mat Sabu. Pas boleh anjur ceramah di negeri ini tetapi jangan jemput Mat Sabu,” katanya.

Ps: Fuh!!! Memang masak kari la Si Mat Syabun ni kalau dia jejak kaki di Negeri Sembilan. Kalau dibuatnya protes masa dia tengah berceramah, mau lari lintang pukang dia nanti.

Itu la. Orang tua - tua dah pesan. Cakap siang pandang - pandang, cakap malam dengar - dengar. Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, PADAN MUKA!!!

Kesian Apot dah lama bunuh komunis baru sekarang dapat penghargaan.


Lihat berita di bawah neh. Berita dipetik dari utusan fitnah. 







Berita neh berita hari ahad. Konon nya utusan nak bagitau bahawa apot selaku pembunuh komunis telah mendapat penghargaan khas daripada PM. So sebagai rakyat malaysia berbanggalah kerana PM sentiasa menghargai jasa2 anda. Perghh. Tak boleh blah. Berita ampu PM mesti mao. 



Setelah hampir lebih dari 55 tahun berlalu, barulah

Bukti umno fitnah Mat Sabu.




Baca apa yang tertulis di atas neh. Penulis yang menulis buku sejarah neh ialah arwah Ismail Bin Adnan. Sedikit info tentang dia boleh klik disini.



Satu benda yang umno tak faham ialah sejarah yang dipersoalkan oleh mat sabu sebenarnya bukan datang dari kehendak mat sabu sendiri. Dia pun dapat setelah pembacaan daripada pelbagai karya penulisan dan hasil perbandingan yang dirujuk daripada

MAHFUZ BEAN MEROYAN, MAT SYABUN DITAHAN!!!


Hek eleh!!! Entah memenda la Si Mahfuz Bean...ngai sekor ni. Si Mat Syabun tu yang kena tahan dek Polis, dia pulak yang meroyan. Apa ke pasalnya?

Kononnya, tindakan pihak Polis menahan Si Mat Syabun tu semalam bercanggah dengan pembaharuan Politik yang diumumkan oleh PM baru - baru ni.

Atas dasar itu, puak - puak Parti Angguk Saja tu menggesa agar tindakan perundangan terhadap Mat Syabun tu digugurkan hari ini.

Awal petang semalam, Si Mat Syabun tu telah ditahan untuk diambil keterangan di Ibupejabat Polis Kontijen Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan Polis.

Si Mat Syabun tu ditahan sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur jam 7.30 petang.

Dia dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan kejam Komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Si Mahfuz Bean...ngai tu berkata, apa yang diperkatakan oleh Si Mat Syabun tu cuma satu pandangan dia sebagai seorang pemimpin Politik.

La! Orang Politik ke Si Mat Syabun ni? Bukan ke dia Timbalan Presiden sebuah parti yang mendabik dada sebagai pejuang Islam? 

Si Mahfuz Bean tu jugak cakap, kalau pentadbiran Perdana Menteri merasakan ianya satu kesilapan, maka tindakan yang sama jugak perlu diambil terhadap beberapa individu lain.

Dengan menamakan Prof. Dr. Zainal Kling dan Tun Dr. Mahathir, Si Mahfuz ni menggesa agar tindakan yang serupa dikenakan ke atas mereka.
“Jika pandangan Mohamad Sabu dikatakan mengguris hati ramai orang, saya juga merasakan pandangan Prof Zainal dan Dr Mahathir juga telah mengguris ramai orang... apakah tindakan juga diambil ke atas mereka,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.
Alahai!!! Sayang sangat la konon dia dengan Si Mat Syabun ni ye. Sampaikan dia terasa sangat bila Si Mat Syabun tu kena tahan.

Dia tak tahu ke yang Si Mat Syabun tu ditahan kerana menimbulkan khianat awam melalui ucapan dalam ceramah dia? 

Sebenarnya, Si Mahfuz ni sendiri pun tak faham apa pertuduhan yang dikenakan terhadap Si Mat Syabun tu. Dia main cakap je sesuka hati dia.

Apa sebab pulak pihak Polis nak mendakwa Prof. Dr. Zainal Kling dengan Tun Dr. Mahathir ni? Ada laporan Polis ke yang dibuat untuk mendakwa mereka?

Kalau tak ada, jangan la nak menyalak benda yang bukan - bukan. Sedar la diri sikit. Yang Si Mat Syabun tu bodoh sangat main cakap ikut sedap mulut dia je menda kejadahnya. 

Sekarang terima je la habuannya. Orang dah cakap. Kerana Pulut santan binasa, kerana mulut Padan La Muka!!!

DR. HASSAN ALI DAN NASA MAT ISA KELUAR PAS???


Betul ke cerita ni? Atau ianya hanya sekadar satu khabar angin biasa yang bertiup kencang je? Bukan apa, takut cerita ni macam angin lalu.

Tapi kalau betul, Semut akan jadi blog pertama mengucapkan TAHNIAH kepada mereka berdua kerana akhirnya sedar bahawa perjuangan PAS dalam Pakatan tak bermakna.

Kalau kita tengok dalam PAS pun sekarang ni, banyak yang bergolak. Banyak sangat Politiking daripada nak memperjuangkan agama.

Setakat cakap je nak jadi pejuang Agama, tapi semua ceramah cerita pasal Politik. Politik pulak asyik dok memburuk - burukkan orang itu dan ini.

Jadi, langkah yang diambil oleh kedua - dua tokoh ini memang satu langkah yang bijak jika ianya benar - benar akan berlaku. Semut pun doakan agar ianya benar - benar berlaku.

Sudah - sudah la ikut jejak langkah Si Mat Syabun tu. Dia pandai menipu je. Lepas tu dah di tipunya orang, dia buat - buat la lupa. 

Itu ke yang dikatakan sebagai pejuang Islam? Pejuang menda kejdahnya kalau macam tu. Setakat cakap ikut sedap mulut. Macam orang tak de otak!!!

Ini berita yang baru diterima. Perkara ini masih dalam perbincangan sulit peringkat akhir tetapi hampir pasti dilaksanakan.
Exco Kerajaan Selangor Hassan Ali DAN ahli parlimen Bachok yang juga bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dikhabarkan sudah berunding dengan Hishamuddin Hussein bagi "memproses" permohonan mereka menyertai Umno.
Bagaimanapun lokasi pertemuan dan siapa yang terbabit selain dari mereka bertiga masih lagi dirahsiakan.
Spekulasi kini tersebar sejak seminggu lalu dan lebih hangat semalam apabila beberapa beberapa sumber memetik bahawa kedua-dua mereka sudah tidak lagi bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat. 
Beberapa pengumuman mengejutkan akan diketahui dalam tempoh terdekat. Sekiranya benar sumber ini maka Najib akan merancang tindakan lebih ampuh untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

DEBAT MAT SYABUN & BERITA JAM 10 PAGI!!!


Kalau hari tu, Semut dah paparkan cabaran Tuan Ibrahim terhadap Mat Syabun agar menyahut cabaran berdebat mengenai sejarah Negara.

Maka kali ini, Si Mat Syabun tu dah tak de alasan lagi untuk menolak cabaran dari seorang bekas Polis untuk berdebat mengenai Komunis di Malaysia ni.

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Seorang bekas pegawai polis yang pernah bertempur dengan pasukan komunis, hari ini mencabar Mohamad Sabu untuk berdebat berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas itu sebelum ini yang mengiktiraf komunis dalam tragedi Bukit Kepong pada tahun 1950 sebagai hero sebenar.
Datuk Yahya Hashim, 60, yang pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) pada tahun 1969, menganggap kenyataan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti mereka yang telah berjuang demi negara.
Yahya yang pernah terlibat dalam kejadian komunis melempar bom ke arah kem PPH di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur pada tahun 1975 berkata, mereka menentang komunis bukan untuk diri sendiri, sebaliknya demi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.
"Mat Sabu ketika itu entah berada di mana dan orang seperti kamilah yang berjuang untuk nikmat yang dikecapi hari ini, namun dia secara biadab mengeluarkan kenyataan yang sukar untuk kami terima.
"Oleh itu, hari ini, saya mencabar dia berdepan dengan bekas anggota PPH. Jika dia mahu kami berjumpa di tempatnya pun kami sanggup turun untuk berdebat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Yahya berkata, beliau tidak menafikan sekiranya kenyataan Mat Sabu itu dikeluarkan ketika zaman darurat, pemimpin itu mungkin ditembak pejuang negara.
"Kenyataan itu membuktikan bahawa rakyat harus menolaknya seperti mana harus menolak Pas," katanya.
Kalau dia berani nak cabar Tan Sri Muhyiddin Yassin, takkan dia tak berani nak sahut cabaran orang lain kot. Ke dia je yang boleh cabar orang, tapi orang tak boleh cabar dia?

Jangan la buat perangai Pondan Mat Syabun oi! Cabar orang pandai. Tapi bila dicabar, dia jadi penakut pulak. Apa barang jadi pejuang tapi takut dengan cabaran ni.

Ini ke perangai pemimpin yang puak - puak Parti Angguk Saja tu bagi gelaran sebagai Singa? Tak macam singa pun. Macam kucing takutkan tikus ada la. Pejuang Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Ps: Diberitakan bahawa jam 10 pagi nanti ada satu pendedahan menarik. Pendedahan apa pulak ni ye? Dengar kata, ianya ada kaitan dengan Si Ketua Penipu tu. Sama - sama la kita nantikan.

SAH!!! MAT SYABUN MEMANG DENGKI DENGAN ANUGAY!!!

Anugay Sakit, Dia Sakit Jugak!!!
Tapi memang dua - dua tu sakit. Sakit Otak!!!
Isu ni bukan perkara lama. Dah lama sangat dah ianya timbul. Malah dah jadi dendam yang berbekas didalam lubuk hati manusia yang bernama Mat Syabun ni sebenarnya.

Bermula dari masa dia masuk ABIM lagi dah sebenarnya. Dia terasa diri dia telah dikhianati bila Si Ketua Penipu tu masuk UMNO dulu.

Maka sebab itu la dia berdendam dengan Si Ketua Penipu tu sampai sanggup memberikan nama jolokan Sheikh Al - Juburi pada tahun 1997.

Dan tak heran jugak bila isu Khalwat Mat Syabun dijadikan bahan Politik, ianya dikaitkan dengan Si Ketua Penipu tu jugak. Katanya, Si Ketua Penipu tu la yang aturkan semuanya.

Jadi, sekarang ni, Si Mat Syabun tu masih tetap tak puas hati dengan Si Ketua Penipu tu. Mungkin sebab itulah dia cuba nak mengatasi Si Ketua Penipu tu hari demi hari.

Si Ketua Penipu tu tipu satu Malaysia dengan kes 16 September, dia pun nak tipu jugak. Habis semua orang percaya yang Land Rover tu Waja.

Sekarang, bila Si Ketua Peipu tu jadi liabiliti kepada Pakatan Pembangkang, dia pun nak jadi jugak liabiliti yang merugikan. Kalau tak dengki, kita nak kata apa lagi!!!

Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengangkat anggota dalam pasukan komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai hero sebenar meletakkan sekutunya dalam pakatan pembangkang dalam keadaan serba salah.
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Sarawak merangkap Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pakatan pembangkang juga dilihat tidak menjangka isu berkenaan ditafsirkan sedemikian rupa oleh pemimpin Pas itu.
Justeru katanya, DAP awal-awal lagi menunjukkan keresahannya manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berdiam diri kerana tindakan Mohamad atau Mat Sabu itu menyebabkan mereka terperangkap dalam situasi 'undur luka belakang, mara luka dada'.
"DAP sendiri serba salah, hendak 'hentam' habis-habisan susah juga, kalau sokong nanti ada kesan negatif.
"Jadi Mat Sabu macam keseorangan berjuang walaupun kita lihat Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung Pas) macam cuba nak tepis kanan, tepis kiri, mengelak daripada menjawab secara terang isu Mat Sabu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Memperingati Pejuang-pejuang Negara anjuran Persatuan Bekas Polis/Bekas Tentera Sarawak di Dewan Suarah di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Wan Junaidi berkata, seluruh warga bekas polis dan tentera di negeri ini amat kecewa dengan Pas kerana tidak membuat pembetulan dalam isu menyanjung pengganas komunis itu.
Beliau berkata, Pas perlu sedar bahawa sejarah adalah satu fakta dan tidak boleh ditafsir mengikut selera sendiri kerana ia adalah politik murahan yang tidak sepatutnya diamalkan sewaktu negara menuju ke arah status negara maju.
"Kita sepatutnya menjangkau status negara maju dalam keadaan bijaksana, berbudaya dan bertamadun, tetapi ini telah bertukar menjadi politik murahan sehingga fakta sejarah pun dipolitikkan.
"Ini adalah satu pekara yang bahaya kerana kita boleh menjustifikasi apa jua tindakan sehingga pembunuh jadi hero dan yang dibunuh pula menjadi penjahat," tegasnya.

MAT SYABUN - SUARA MACAM SAYA, TAPI BUKAN SAYA!!!


Kalau ditanya semula kepada Mat Syabun mengenai dakwaan Rakaman Audio yang disiarkan didalam Youtube baru - baru ini, mungkin itu jawapan yang dia akan keluarkan.

Sebelum ni, dia hanya kata "No Komen" kepada wartawan. Malah dalam sesi temubual dia dengan Meloyakini pun, dia jawab "Itu isu lama".

Jawapan itu semuanya bukan jawapan yang rakyat nak dengar. Ikuti pulak pandangan orang yang pernah berdiri diatas pentas yang sama dengan dia sebelum ini:

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ia bagi memastikan kebenaran dapat dibuktikan dalam isu berkenaan.
Baginya, beliau yakin rakaman perbualan tersebut 100 peratus menyerupai suara Mohamad atau Mat Sabu berdasarkan lenggok pertuturan.
“Saya telah mendengar rakaman perbualan seks tersebut dan saya yakin sepenuhnya ia suara Mat Sabu. Saya pernah berkongsi pentas ceramah dengan Mat Sabu sehingga cukup mengenali lenggok suara dan bahasa yang digunakan Timbalan Presiden Pas itu.
“Jadi, saya meminta seluruh kepimpinan Pas supaya mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara ini agar kebenaran dapat ‘dihidangkan’ kepada rakyat,” katanya sinis kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran rakaman perbualan telefon berunsur seks yang didakwa antara Mat Sabu dengan seorang wanita yang dipercayai dirakam semasa mereka menjalin hubungan intim pada 1994.
Sebelum ini Mohamad dan Normah Abdul Halim pernah ditahan atas tuduhan berkhalwat kerana berdua-duaan di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
Bagaimana kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti. Normah pada masa itu berstatus isteri orang.
Mengenai tindakan Mat Sabu menjawab ‘tiada komen’ ketika diajukan persoalan itu, Mohd. Zahid berkata, ia bukan jawapan yang rakyat mahu dengar daripada seorang Timbalan Presiden Pas memandangkan dakwaan itu cukup serius dan perlukan jawapan yang jelas.
Pada masa sama, beliau juga hairan dengan perubahan sikap Mat Sabu yang tiba-tiba enggan memberi komen kepada pihak media berhubung isu tersebut kerana sepanjang mengenali pemimpin Pas itu, beliau seorang yang gemar bercakap.
“Mat Sabu sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan tiada komen. Kalau tidak suka dengan soalan pemberita dia akan ‘menyerang’ wartawan yang bertanya. Saya pelik dengan sikapnya kali ini,” katanya.
Ps: Nampak sangat la Si Mat Syabun ni nak ikut jejak langkah Si Ketua Penipu tu. Tapi, apakan daya. Dia bukan lulusan Universiti Al - Juburi. Sebab itu la dia nak menipu pun asyik kantoi je memanjang!!!

PAK BERAHIM CABAR MAT SYABUN BERDEBAT!!!


Ya!!! Nampak gayanya, penerangan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat ni kembali membakar diri secara tidak disedarinya.

Apa yang diluahkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man ni secara tidak sengaja turut mencalar imej Mat Syabun yang KONONnya dibeduk sebagai Singa Pas itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Tuan Ibrahim yang jugak dikenali sebagai Pak Berahim ni mencabar Tan Sri Muhyiddin untuk berdebat dengan Mat Syabun.

Kata dia, penganjuran debat itu adalah berbentuk ilmiah dan bersifat terbuka kepada rakyat secara keseluruhannya.

Atas sebab itu, Pak Berahim kata, mana - mana pihak tidak perlu takut untuk memenuhi pelawaan debat berkenaan.
“Debat yang dicadangkan berbentuk ilmiah, dan bukan untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing. 


“Tiada apa yang perlu ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat,” katanya, semalam.
Jadi, secara tidak lansung, Pak Berahim ni turut menyatakan bahawa Si Mat Syabun tu pun tak berani nak sahut cabaran yang dikeluarkan oleh Khairy sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri pernah menyatakan bahawa beliau sanggup untuk berhadapan dengan 'Singa PAS' itu walaupun ianya diadakan di 'sarang' mereka sendiri.

Tapi kenapa pulak Mat Syabun tu takut nak sahut cabaran tersebut dan sebaliknya dia hanya memberikan alasan yang bukan - bukan?

Perkara itu jelas dinyatakan oleh Pak Berahim sendiri. Debat ni berunsurkan ilmiah dan bersifat terbuka kepada rakyat. Kenapa perlu Mat Syabun takut nak menyahutnya?

Dia sebut tu jelas dan dinyatakan secara terbuka. Dia bukan maksudkan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pun UMNo secara spesifik. Tetapi merujuk kepada mana - mana pihak.

Atau adakah tindakan Pak Berahim melalui kenyataan dia semalam adalah sekadar mahu menyindir Mat Syabun itu semata - mata? Dia nak kata Mat Syabun tu penakut jugak ke?

Itulah. Orang dah kata. Cakap siang, pandang - pandang. Cakap malam, dengar - dengar. Maknanya, orang suruh berhati - hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Lain kali fikir dulu apa yang nak dikatakan. Jangan cakap ikut sedap mulut je. Kan dah tak pasal - pasal kena batang hidung sendiri. Baru Padan Muka Diorang!!!

MAT SYABUN - FITNAH KHALWAT TAK APA, FITNAH LAIN TAK BOLEH!!!


Mungkin itulah yang hendak dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS ni tatkala dia menjawab soalan wartawan hari ini.

Kalau orang buat dakwaan dan kaitkan dia dengan tuduhan berkhalwat, itu bukan isu besar bagi dia. Mengikut kata dia sendiri, ianya isu lama.

Jadi, kalau orang nak buat tuduhan mengenai isu tu tak pe. Dia pun tak kisah sebab bagi dia Berkhalwat ni bukan isu besar.

Mungkin Islam dalam PAS membenarkan ahlinya Berkhalwat walaupun ianya ditegah dengan tegas dalam agama Islam secara jelas.

Tapi tak pe. Dalam PAS, perkara seumpama itu hanya perkara remeh sahaja. Maka sebab itulah PAS membiarkan sahaja isu tersebut hilang begitu sahaja.

Dan sebab itulah diorang pun buat tak tau je bila isu rakaman telefon yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS dibangkitkan baru - baru ini.

Kalau tuduh diorang menyokong Komunis, jadi barua DAPigs dan sebagainya, itu tak boleh. Pantang sangat diorang kalau isu tersebut dibangkitkan.

Habis semua pemimpin - pemimpin besar PAS turun bagi kenyataan media, buat ceramah sana sini dan menuduh orang bukan - bukan.

Malah, ada jugak yang keluarkan fatwa yang lansung tak masuk akal. Sampai Sirah Rasulullah mengepung Kota Mekah pun nak dikaitkan juga.

Semua tu dilakukan semata - mata nak menegakkan benang basah yang dicipta oleh Si Mat Syabun tu sendiri.

Maknanya, isu yang berkaitan dengan moral serta akidah pemimpin mereka tidak sepenting isu Politik. Walaupun ianya menjejaskan kredibiliti parti itu sendiri secara lansung.

Jadi tak heran la kalau diorang beria - ia sangat mempertahankan isu yang berkaitan dengan Si Ketua Penipu tu sebelum ini. 

Sebab pemimpin diorang pun dua kali lima je dengan Ketua Penipu tu. Semuanya ada masalah moral belaka. Pemimpin macam ni yang nak dibanggakan sangat dek puak - puak Parti Angguk Saja ni? Ceh!!! Pigidah!!!

AIDCNews – 14/09/11 – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tetap tidak mahu menjawab meskipun diasak wartawan berkenaan dengan rakaman perbualan telefon yang didakwa miliknya dengan seorang wanita.
“Saya memang tidak akan jawab”, katanya.
Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilkan Mat Sabu nampaknya tidak selesa dengan soalan tersebut dilihat beberapa kali cuba mengelak dan menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai rakaman telefon berkenaan.
“Saya tak tau dan saya tak pernah dengar…saya tak tau.
“Saya tak kenal (wanita berkenaan),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.
Pada tahun 1990-an Mohamad dan seorang wanita bernama Normah Abdul Halim pernah hadapi tuduhan berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru Kelantan.
Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti.
Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

MAT SYABUN SAMAN UTUSAN, SAMAN POLIS BAKAL MENYUSUL!!!


Ya!!! Akhirnya, Si Mat Syabun ni berani menunjukkan telur dia dengan mengambil tindakan terhadap pihak Utusan yang mengeluarkan artikel mengenai kenyataan dia sebelum ini.

Kata Mat Syabun, selepas memfailkan saman terhadap Utusan dan Ketua Pengarangnya, dia bercadang nak ambik tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri pulak.

KONONnya, kata Mat Syabun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin terhadap dia yang menyokong perjuangan Komunis sebelum ini adalah fitnah semata - mata.

“Hari ini kita telah failkan saman di atas fitnah yang dilakukan di muka depan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu, saya hanya akan mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah-fitnah terutamanya tuduhan komunis dan pengganas... semua tuduhan lain adalah tuduhan politik yang kita boleh jawab.
“Fitnah-fitnah boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka perlu ambil tindakan undang-undang, saman ini adalah perkara yang ditimbulkan, yang saya langsung tidak sebut dalam ucapan pada 21 Ogos lalu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang,” kata Mohamad pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.
Maka, dengan tindakan tersebut telah membangkitkan dua persoalan yang masih menjadi tanda tanya dikalangan rakyat Malaysia hari ini.

Pertama, kenapa Mat Syabun hanya berani nak saman pihak Utusan tapi takut nak saman Polis? Hari tu, dia jugak yang cakap, pihak Polis sengaja fitnah dia kerana menipu.

Kalau dia kata pihak Polis fitnah dia, kenapa dia tak saman? Apa bezanya fitnah Polis dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Utusan ni?

Yang kedua, kenapa dia hanya ambik tindakan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusan tetapi tidak mengenai isu perbualan telefon 'seks' dia baru - baru ni?

Adakah isu kenyataan dia menyokong Komunis itu lebih penting dari tuduhan dia berkhalwat sebelum ini? Yang mana satu yang menjadi keutamaan bagi diri dia sebenarnya?

Dalam erti kata lain, Mat Syabun ni hanya pandang remeh mengenai isu dia berkhalwat jika nak dibandingkan dengan isu dia menyokong Komunis.

Komunis lebih penting. Berkhalwat ni mungkin perkara biasa dan tak berapa penting pun bagi dia. Adakah itu yang dimaksudkan?

Dan bertambah malunya ialah apabila semua penyokong - penyokong Parti Angguk Saja tu hanya akur dengan perkara tersebut. Adakah itu yang digelarkan perjuangan Islam?

Kalau itu lah yang dikatakan sebagai perjuangan Islam, memang sah la puak - puak Parti Angguk Saja ni dah sesat. Jauh dah menyimpang dari syariat perjuangan asal mereka. Tak heran la kenapa orang sebut PAS ni sebagai Parti Ajaran Sesat!!!

DAH TERENCAT AKAL, MANA DIA TAU BACA BUKU!!!


Halamak Ai!!! Yang wartawan ni pun satu hal. Ada ke soalan itu yang ditanya kepada Si Mat Syabun Komunis Penipu ni.

Tanya dia pasal buku, dia mana la tau. Dia bukan tau membaca pun. Itu pasal la dia main ikut suka hati dia je sebut cerita pasal Komunis ni hari tu.

Kalau dia bagi ceramah mengikut fakta yang sebenar, tak de la dia nak mempertikaikan pasal tragedi Bukit Kepong dalam ceramah dia tempoh hari.

Tak mungkin dia akan angkat perjuang Komunis yang dah membunuh anggota - anggota Keselamatan serta keluarga mereka yang terkorban tu sebagai Hero.

Dan, jika Si Mat Syabun ni pandai baca buku, buat apa lagi Gerakan nak tawar dia biasiswa untuk bantu dia belajar pasal Sejarah.

Sebabkan dia tak pandai membaca jugak la yang dia boleh 'hentam' berkhalwat dengan bini orang ikut suka dia je dulu. Lepas tu, sekarang tak nak mengaku la pulak.

Sampaikan dia sendiri tak tau yang mana satu Land Rover dan yang mana satu kereta Waja sewaktu membuat dakwaan terhadap Polis dalam isu Bersih tempoh hari.

Apa yang Si Mat Syabun ni tau buat ialah bercakap dengan menggunakan Kepala Lutut dia je. Jadi tak heran sangat la kalau dia asyik lupa apa yang dia sendiri katakan sebelum ini!!!
KOTA BHARU 13 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu 'gagal' untuk mengemukakan judul buku yang dirujuknya bagi membuktikan bahawa Muhamad Indera yang mengepalai serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu adalah pejuang kemerdekaan.
Mohamad atau Mat Sabu sebaliknya menyatakan secara umum buku-buku yang dibacanya sebelum membuat kesimpulan bahawa sejarah negara perlu ditulis semula dengan memasukkan tokoh-tokoh pejuang kiri ketika ditanya seorang lelaki yang mengaku ahli Pas dari Pasir Puteh pada Forum Rakyat di di Dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini malam tadi.
"Saya baca banyak buku, tulisan Salman Rushdi, (Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Tunku Abdul Rahman, Chin Peng dan Shamsiah Fakeh, semuanya saya baca dan kemudian kita timbang secara waras.
Jangan takut untuk membaca apa saja jenis buku kalau kita berpegang pada dasar Islam," katanya ketika menjawab soalan mengenai buku yang dirujuknya sehingga mencetuskan fenomena Mat Indera sebagai pejuang merdeka.

MAT SYABUN TERKENCING BILA AGEN JEFRI ZAIN BERSUARA!!!


KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Jins Shamsuddin menafikan beliau menghasilkan filem Bukit Kepong tiga dekad yang lalu berdasarkan perspektif dan mengikut ‘selera’ Umno sebagaimana didakwa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini.
Malah, beliau juga mendakwa tragedi Bukit Kepong sebenarnya diarahkan oleh Ahmad Indera yang turut dikenali sebagai Mat Indera, yang dikaitkan sebagai ahli Parti Komunis Malaya (PKM).
Minggu lalu, keluarga Mat Indera menafikan dia seorang ahli PKM dan mahu kerajaan membersihkan namanya.
Sambil mengaku beliau seorang ahli Umno, Jins (gambar), 75, yang berasal dari Taiping, Perak mempertahankan beliau menghasilkan filem tersebut berdasarkan penyelidikan ke atas peristiwa bersejarah yang berlaku lebih enam dekad lalu.
Filem yang diarah dan dilakonkan oleh beliau sendiri serta diterbitkan oleh Jins Shamsudin Productions menerima tujuh anugerah pada Pesta Filem Malaysia Ketiga pada 1982.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu (Mohamad) bahawa filem itu dihasilkan berdasarkan perspektif Umno hanya kerana saya ahli Umno.
“Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun,” kata bekas senator ini.
Katanya, “saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis.”
“Malah, ahli keluarga (Ahmad) Muhamad Indera sendiri datang berjumpa dengan saya bagi berbincang mengenai filem ini,” katanya.
“Muhammad Indera terlibat secara langsung dalam serangan ini. Benar dia tidak membunuh dan ada menyuruh beberapa mangsa supaya melahirkan diri, tetapi hasil arahan dia yang menyebabkan 25 nyawa menjadi korban,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut beliau mengadakan sidang akhbar khas bagi mengulas kenyataan Mat Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong lebih enam dekad lalu.

Ps: Kalau Semut jadi Tan Sri Jins Shamsudin ni, dah lama dah Semut saman dia sebab sengaja memburuk - burukkan imej dan menyebarkan fitnah yang bukan - bukan.

Biar dia tau langit tu tinggi atau rendah. Jangan dia suka - suka bercakap ikut sedap mulut dia je. Ada jugak yang kena cili mulut tu nanti. Baru Padan Muka Dia!!!

MAT SYABUN PERANGKAP DIRI SENDIRI!!!


Hari ni ada dua cerita boleh dijadikan satu. Sebab kedua - dua cerita ni ada kaitan antara satu dengan yang lain. Satu, kisah pasal Mat Syabun yang dah hilang kredibiliti.

Sejak dia menang dalam Mukhtamar PAS yang lalu dan dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru, nama Mat Syabun ni bukan semakin meningkat.

Sebenarnya, ianya semakin merundum. Dia bukan sahaja jatuh seorang diri. Diheretnya sama nama Parti Angguk Saja tu sekali.

Rata - rata ahli PAS diperingkat akar umbi sendiri menyatakan kekecewaan apabila Mat Syabun ni naik jadi Timbalan Presiden. 

Nak pulak bila PAS gugurkan perjuangan Negara Islam. Lagi la diorang panas hati. Lepas tu pulak, PAS sendiri pertikaikan isu Murtad melalui isiden di DUMC.

Tambah pulak bila Si Mat Syabun ni keluarkan kenyataan dan menyokong perjuangan Komunis serta mempertikaikan sejarah Bukit Kepong dalam ceramah dia baru - baru ni.

Jadi tak pelik kalau lepas ni ada berita yang keluar menyatakan semakin ramai ahli PAS yang bertindak keluar dari parti tersebut semuanya kerana Mat Syabun tu jugak.

Satu lagi kisah ialah apabila Mat Syabun ni suka keluarkan kenyataan bangang bila ditanya mengenai kes khalwat dia.

Dulu, PAS pernah keluarkan pendirian kata Mat Syabun tak bersalah sebab dia hanya sekadar Berkhalwat je. Maknanya, PAS membenarkan orang Islam berkhalwat.

Terutama sekali dikalangan pemimpin - pemimpin mereka. Kalau tidak, kenapa diorang sendiri mengeluarkan kenyataan tersebut dalam Akhbar Haramkah?

Bila ditimbulkan kisah tu baru - baru ni, Mat Syabun sekali lagi berjaya membuatkan diri dia nampak bodoh walaupun itulah hakikatnya. Dia memang BODOH!

Hari tu dia jawab, "Itu Kisah Lama". Kali ni dia jawab, "No Komen" pulak bila pemberita soal dia mengenai isu tersebut.

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen berhubung rakaman perbualan telefon berunsur seks di laman YouTube yang didakwa suaranya dengan seorang wanita.
"No komen," katanya kepada sekumpulan wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran Pas Pusat di Taman Melewar petang semalam seperti dipetik di http://www.agendadaily.com. hari ini.
Menurut portal berita AgendaDaily itu, Mohamad atau Mat Sabu menyebut perkataan tiada komen sebanyak tiga kali apabila wartawan bertanya kepadanya tentang isu tersebut.
Soalan pertama yang ditanya ialah sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu dan dijawabnya tiada komen.
Beliau juga menjawab tiada komen apabila ditanya sama ada mahu menafikan suara di dalam rakaman itu atau sebaliknya.
Sekali lagi Mat Sabu berkata tiada komen ketika ditanya mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman itu.
Maknanya, bagi Mat Syabun, selaku pemimpin kedua dalam parti yang KONONnya memperjuangkan Islam ni hanya memandang remeh isu khalwat ni.

Jadi dimana letaknya integriti PAS sebagai parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu bila pemimpin mereka sendiri pun terlibat dalam perkara maksiat seperti ini?

Wajarkah PAS nak mendabik dada dengan GAH mengatakan bahawa mereka masih memperjuangkan Islam?

Jangan la kerana nyiru setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana nafsu TAMAK nak berkuasa sampaikan perkara sedemikian pun sanggup diperkecilkan.

Takkan diorang sanggup gadaikan maruah agama? Perjuang Islam apa kalau macam tu? Itu bukan perjuangan Islam namanya. Itu perjuangan Haramjadah!!!

Followers