Showing posts with label AMK. Show all posts
Showing posts with label AMK. Show all posts

KES LIWAT: SAM KETOT TERTONJOL DAHI SENDIRI!!!

"Sapa Berani Kacau Bos, Aku Baling Dengan Kayu Ni!!!"
Halamak!!! Apa nak jadi la dengan Ketua Anak Muda Kecoh (AMK) Si Sam Ketot sekor ni ye? Dia pandai sangat nak 'back-up' Bos dia sampai diri sendiri ditonjolnya.

Si Sam Ketot ni katanya cuba untuk menjadi 'Jaga Bontot' yang setia kepada Si Ketua Penipu itu apabila dia membidas dakwaan yang dibuat oleh Datuk Mohd Johari Baharom.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Berita Harian semalam, Timbalan Menteri Asas Tani itu mendakwa Si Ketua Penipu itu sengaja melengah - lengahkan kes liwatnya di Mahkamah.

Maka, sebab itulah Si Sam Ketot ni tampil dan cuba membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Johari sebelum ini. Kata Sam Ketot:
“Johari Baharom tidak faham undang- undang dan kenyataan itu adalah kenyataan yang lahir daripada pengetahuan yang cetek tentang perkembangan kes dan juga undang-undang itu sendiri. 
“Dalam kes ini tidak timbul istilah Datuk Seri Anwar memohon penangguhan dan terdapat layanan istimewa dan sebagainya. Prosedur yang diikuti ialah prosedur yang telah ditetapkan undang- undang. 
Dan tidak ada satu pun kita lihat layanan yang istimewa misalnya dibebaskan tanpa bayaran ikat jamin dan sebagainya,” katanya. 
“Pada saya kenyataan Johari Baharom boleh dikenakan satu tindakan atau dituduh sebagai menghina mahkamah kerana perbicaraan sedang berlangsung dan Datuk Seri Anwar pun ketika memberi percakapan daripada kandang tertuduh di hadapan hakim, hakim sendiri pun tidak mengambil sikap untuk melakukan pendakwaan menghina mahkamah terhadap beliau,” tegasnya.
Uik!!! Yang dia pandai - pandai je buat spekulasi mengenai perbicaraan kes tu diluar Mahkamah apa pasal? 

Tak menghina mahkamah pulak kalau dia pertikaikan perkara tersebut? Dia sepatutnya lebih tahu bahawa tindakan dia tu sendiri dah boleh dikira sebagai menghina mahkamah.

Dah memang itu pun taktik yang digunakan dek Ketua Penipu tu, dia nak kata tidak menda kejadahnya lagi. Rakyat Malaysia ni bukannya buta.

Kalau orang lain yang dibicara dalam kes yang sama, tak de pulak sampai 60 KALI diberikan penangguhan. Tak ke itu 'Layanan Istimewa' namanya?

Katanya, Si Sam Ketot ni juga merupakan seorang Peguam. Tapi, kenapa Si Ketua Penipu tu tak ambik dia jadi sebahagian daripada barisan Peguam dia dalam kes liwat ni?

Adakah ianya disebabkan Si Ketua Penipu tu kurang yakin serta tak mampu memberikan sepenuh kepercayaan kepada Ketua Anak Muda Kecoh yang Ketot ni?

Mungkin itulah sebabnya. Apa sahaja yang Si Ketua Penipu tu suruh sebelum ini pun, semuanya GAGAL dilaksanakan oleh Si Sam Ketot ni.

Suruh halang Datuk Shazryl Eskay angkat sumpah pun dia GAGAL. Inikan pulak nak jadi Jaga Bontot Si Ketua Penipu tu dalam Mahkamah. Lagi la dia tak reti.

Tapi, apa pun, Si Sam Ketot ni hanya berani bercakap apabila dia berada depan kamera dan depan penyokong kuat dia je. Kalau depan orang lain, tak berani de. Itu pasal la dia sampai terkencing dalam seluar hari tu!!!

KETUA ANAK MUDA KECOH KEMBALI 'BAKAR LINE'!!!





"Sapa Tak Kibar Bendera, Aku Baling Dengan Kayu Ni!!!"

Wujud lagi rupanya manusia katik berotak udang ni dalam negara Malaysia yee.. Gua ingat dia sudah migrate ke Turki sebab dulu dia kata negara luar lagi bagus dari Malaysia..

Gua pun heran.., kenapalah mamat katik ni suka sangat menyalak salahkan kerajaan? Tak ada langsung ke jasa kerajaan yang mengalir dalam darah daging dia?

Sekarang ni dia tuduh kerajaan sengaja ubah sejarah. Dia tak mau generasi muda kibarkan bendera negara secara membuta tuli pasal kononnya sejarah yang ada sekarang ni bukannya sejarah yang sebenar..

Kalau bendera negara sendiri tak boleh nak kibar.., takkan Samsul Iskandar nak suruh anak-anak muda kibarkan bendera komunis pulak?

Mamat katik ni juga mahu semua content buku teks sejarah diubah semula pasal kononnya ia dicaturkan oleh polemik sempit pemerintah UMNO/BN.

Gua dah konpius..., sejak bila pulak si mamat katik yang bernama Shamsul Iskandar ni jadi pakar sejarah? 

Dan dari kecik sampai sekarang.., dia belajar sejarah negara mana agaknya sampaikan tak tahu sejarah negara sendiri? Bengong !!!

Generasi muda di negara ini harus membahas, mengkaji dan menulis semula teks sejarah negara ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, kemerdekaan bukan sekadar laungan dan kibaran bendera sedangkan sejarah sebenar dikaburkan pemerintah dan harus kembali dibuka dan dibahas agar yang hak diletakkan ditempat yang betul.

“Selepas 54 tahun kemerdekaan, generasi muda harus berani menyingkap sejarah. Mengibar bendera dan melaung merdeka bukan penyelesaian mutlak.

“Sejarah yang dikaburkan pemerintah harus dibuka kembali dan dibahas agar yang hak diletak di tempat yang betul,” katanya pada kenyataannya, hari ini.

Katanya, polemik mengenai sisi sejarah yang berbeza daripada teks sekolah harus dibahas di kalangan rakyat, khususnya generasi muda berbilang kaum.

Justeru, beliau berkata, makna kemerdekaan dan pemahaman sejarah dapat memperbetul ‘ketaatan membuta tuli’ yang membelenggu mentaliti politik sempit tajaan Umno Barisan Nasional (BN).

“Adalah malang apabila Umno BN lebih sanggup melihat rakyat buta sejarah berbanding memaknai kemerdekaan dengan penghayatan sejarah yang mendalam.

“Inilah akibatnya apabila nasionalisme ditakrif sebagai ‘Barisan Nasionalisme’, bukan sayangkan negara mendahului hal lain,” katanya.

Ps: Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah la Ketot!!! Lepas bercakap, tau pulak dia lari. Nak 'cover' malu la tu. Maklum la, dia kan kuat kencing dalam seluar!!!

RON 95 bakal Mansuh,

PKR mendakwa Kerajaan Pusat bawah Barisan Nasional (BN) akan memansuhkan penggunaan minyak petrol RON95 dan menggantikannya dengan RON97 sekiranya menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa, perkara sama pernah dibuat Kerajaan Pusat sebelum ini sewaktu rakyat negara ini menggunakan dua jenis minyak petrol iaitu jenis RON92 dan Superb sebelum RON92

Followers