Showing posts with label Kes Liwat. Show all posts
Showing posts with label Kes Liwat. Show all posts

MUSA HASSAN LELAKI MISTERI???


AIDCNews – 20/10/11 – Pada asalnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) berkonspirasi untuk mengenakannya dalam pertuduhan kes liwat II, membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, namun akhirnya pihak pembela sendiri membatalkan hasrat untuk memanggil kedua-dua tokoh itu sebagai saksi pembela.
Apakah wujud perselisihan pendapat di kalangan peguam bela Anwar khususnya, Karpal Singh sehingga mendorong Musa dan Rodwan dibatalkan sapina saat-saat akhir…?
Jika kita rujuk temu bual Anwar dengan Malaysiakini pada 3 Julai 2008, yakni setelah hampir seminggu berita kes liwat itu terbongkar kepada umum, Anwar berusaha keras mengalihkan isu liwat itu kepada konspirasi, sebagai kesinambungan dari tahun 1998.
Dalam ‘One on One With Anwar’ itu dengan jelas Ketua Umum PKR menuduh Musa dan Rodwan terlibat berkonspirasi untuk mengenakannya, iaitu dua watak sama yang pernah menyiasat kes liwat Anwar pada tahun 1998 (Kes Liwat I).
Beliau meletakkan dirinya sebagai ‘orang yang tidak bersalah’, tidak mengenali secara dekat dengan pengadu dan menganggap pengadu sebagai ‘perangkap’ untuk mengenakannya.
Seperti biasa, Anwar melarikan fokus dengan mengaitkan kes-kes lain termasuk ‘kes kematian salah seorang staffnya’ sebagai satu usaha terancang untuk mengalihkan isu.
Ramai juga yang percaya dengan kata-kata Anwar ketika itu. Apatah lagi, baru seminggu kes meletup, sudah tentu, sumber dari Anwar merupakan sumber yang valid.
Malah ketika itu, tidak terbongkar lagi isu penahanan dua pembantu Anwar, Muhamad Rahimi Osman dan Rasid Rosidi di Quality Hotel pada tarikh yang sama ketika pengadu membuat laporan polis.
Sila baca pengakuan bersumpah Rahimi Osman untuk lebih memahami situasi sebenar kejadian liwat tersebut.
Namun, amat mengecewakan apa yang diucapkan Anwar pada tahun 2008, tidak sama dengan pembelaan Anwar pada tahun 2011.
Anwar sendiri tidak berani memberi keterangan di ‘Kandang Saksi’ seperti mana yang diharapkan oleh ramai pihak, dan memilih ‘Kandang Tertuduh’ untuk menggelakkan bersumpah dan disoal balas oleh pihak pendakwa.
Ps: Perlu diingatkan kepada puak - puak Pakatan Pembangkang yang bangang tu. Sebelum ni, Peguam Bela Si Ketua Penipu tu yang tak nak panggil Tan Sri Musa Hassan sebagai saksi.

Diulangi. Peguam Bela Si Ketua Penipu tu yang batalkan hasrat untuk panggil Musa Hassan dan Rodwan sebagai saksi. Bukan Tan Sri Musa yang tak nak jadi saksi.

Sebab apa diorang tak dipanggil menjadi saksi? Persoalan yang lebih utama, untuk apa diorang PERLU dipanggil menjadi saksi penbelaan?

Diorang bukan boleh membela Si Ketua Penipu tu pun. Jadi, apa kejadahnya Peguam Bela Si Anugay tu nak buat tindakan bodoh macam tu!!!

TDM BOCOR RAHSIA, ANUGAY BILA NAK SAMAN???


Ish Tun Dr. Mahathir ni. Ribut tak de, angin tak de, tetiba pulak dia nak bocorkan rahsia Si Ketua Penipu tu pulak. Apa rahsia yang dia dah dedahkan?

Tapi jangan salah sangka. Rahsia ni pun sebenarnya bukan isu baru. Tapi dah lama dah isu ni timbul sebenarnya. Sejak awal tahun lagi, isu ni dah hangat diperkatakan.

Kali ini, ianya boleh dijadikan bukti pulak dalam perbicaraan kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Bekas Pembantu Khasnya, Mohd Saiful.

Sebelum ini, Doktor yang merawat sakit tulang belakang Si Ketua Penipu tu kata, punca penyakit tu disebabkan kerana dia dipukul oleh Polis.

Tapi, dalam pendedahan yang dibuat sebelum ini jelas membuktikan yang Si Ketua Penipu tu dah kencing Doktor Hoogland hidup - hidup. Meh baca kenyataan dibawah:


Petikan dari buku 'A Doctor In The House - The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
AIDCNews – 17/10/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah jatuh kuda, hingga hampir patah lehernya, tetapi kemudiannya beliau menukar cerita dengan menuduh pihak polis mencederakan lehernya, begitulah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bukunya, A Doctor In The House, MPH Group Publishing Sdn Bhd, 2011.
“Selama bertahun-tahun, kami mempunyai hubungan peribadi yang baik. Beliau menunggang kuda sepertimana yang saya lakukan, walaupun beliau terbukti adalah penunggang yang tidak sabar. Sebelum beliau pandai menunggang dengan betul, (tetapi) beliau (sudah) mula menunggang kencang.
“Beliau jatuh dan hampir patah lehernya dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Kemudian beliau menuduh pihak polis telah mencederakan lehernya”, katanya.
Eh! Bukan ke Si Ketua Penipu tu kata dia nak ambik tindakan terhadap penerbitan buku Tun Dr. Mahathir sebelum ni? Jadi, kenapa dia masih belum ambik tindakan?

Kalau diingatkan balik, dalam buku Tun ni ada tulis mengenai skandal Si Ketua Penipu tu dengan empat orang wanita.

Dua daripada wanita tersebut sanggup memenuhi kehendak Si Ketua Penipu tu, dan dua lagi pulak menolak. Dan perkara tersebut turut diakui oleh sahabat baik Si Ketua penipu tu sendiri.

Jadi, sekarang ni macam mana? Adakah dia akan ambik tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun dalam buku dia ni? Atau adakah dia hanya akan mendiamkan diri?

Ke dia nak kata yang ianya hanya konspirasi demi menjatuhkan maruah dia je? Kalau dia berani, ambik tindakan. Setakat bercakap je, apa guna!!!

KES LIWAT BERAKHIR JUGA!!!


Perbicaraan kes meliwat Si Ketua Penipu terhadap bekas Pembantu Khasnya disambung lagi hari ini.

Pihak Pendakwa menyatakan bahawa pihak Pembelaan sudah bersiap sedia untuk menutup kes tersebut.

Namun, pihak Pendakwa akan memanggil 4 orang saksi tambahan bagi membuktikan Si Ketua Penipu itu tidak seperti yang dinyatakan sebelum ini.

4 orang saksi itu akan dipanggil esok untuk disoal oleh kedua - dua pihak dan hakim turut bersetuju dengannya. Pihak pembelaan juga tidak mempunyai sebarang bantahan mengenai saksi - saksi tersebut.

Mahkamah ditangguhkan esok.

Ps: Pelik bukan. Kenapa Si Ketua Penipu tu tak panggil Kak Wan Omega atau Si Nurul Izzah untuk jadi saksi alibinya? Atau adakah dia tidak mempunyai sebarang alibi lansung?

Bukan ke diorang berdua kata yang Si Ketua Penipu tu ada bersama diorang pada hari kejadian sewaktu sidang media yang dibuat sebelum ini?

Atau adakah diorang berdua juga turut menipu dengan memberikan kenyataan palsu kepada pemberita mengenai perkara tersebut?

Nampak gayanya, Kebenaran akhirnya akan terserlah juga dan wajah sebenar Si Ketua Penipu tu akan diperlihatkan kepada masyarakat.

Dan yang paling pasti, Si Ketua Penipu tu dah diberi peluang untuk membela diri. Dia juga mempunyai peluang untuk memanggil saksi - saksi dalam sesi membela diri bagi kes tersebut.

Adakah dia dan konso - konsonya tetap akan mengatakan bahawa ianya adalah konspirasi juga? Apa - apa pun, kes ni bakal berakhir tak lama lagi. Sama - sama kita nantikan keputusannya nanti.

ANUGAY PENING, JERAT DAH MAKAN DIRI!!!


AIDCNews – 14/10/11 – Jika benar seperti yang dikatakan peguam peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair bahawa Dr Thomas Hoogland adalah saksi pembelaan terakhir, bermakna pembelaan kes liwat Anwar itu berakhir dengan tiada alibi.

Sebelum ini di kalangan jentera PKR menwar-warkan Ketua Umum PKR mereka mempunyai pembelaan yang kukuh terutamanya alibi, iaitu individu-individu yang boleh tampil menjadi saksi yang mengesahkan Anwar tiada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa di mahkamah.

Namun begitu alibi-alibi Anwar sentiasa berubah-ubah, dari senarai awal, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar kepada Profesor Datuk Dr Mohamad Ariff Abdul Kareem, Hasanuddin Abdul Hamid, Noor Sham Abd Hamid dan akhirnya, tiada seorang pun ditampilkan sebagai saksi alibi.

Isnin ini, 17 Oktober, dijangkakan giliran pihak pendakwa menyoal balas saksi pembela terakhir, Dr Hoogland. Pendakwa dijangkakan akan menampilkan saksi-saksi lain yang berautoriti untuk mematahkan hujah-hujah doktor peribadi Anwar dari Munich, Jerman itu.

Perkembangan mutakhir ini juga menarik, apabila pihak Anwar sendiri secara sukarela membatalkan sapina dua saksi, iaitu Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) sebagai saksi pembelaan mereka.

Ada misteri yang tersembunyi di sebalik pengguguran dua nama yang cukup dikenali Anwar itu.

Bermakna, selepas selesai Hoogland, bermula lah episod terakhir, iaitu pihak pembela dan pendakwa membuat rumusan masing-masing, sebelum hakim memutuskan Anwar bersalah atau tidak.

Dalam pembelaan, selain Anwar yang memilih pendekatan membela tanpa bersumpah, iaitu dari Kandang Tertuduh, beliau dibantu oleh 6 saksi lain yang bukan alibi.

Mereka adalah Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, Dr David Wells, Dr Brian McDonald, Lim Kong Boon, Najwan Halimi dan Dr Thomas Hoogland.

Sedangkan pihak pendakwa semasa mahu membuktikan kes, pihaknya telah memanggil 27 saksi termasuk saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang memilih keterangan secara bersumpah, dari ‘Kandang Saksi‘.

Dari situ sudah nampak tidak balance.

Ps: Nampak gayanya, Si Ketua Penipu ni pun dah terperangkap dalam jerat dia sendiri berkaitan dengan isu kes liwat ni.

Tapi, bukan salah orang lain pun. Salah dia sendiri jugak. Yang dia bodoh sangat tu kenapa? Cara mudah ada, kenapa dia tak nak guna?

Serah je DNA dia kepada pihak Mahkamah. Benda semudah itu pun dia tak boleh buat. Jadi jangan la nak salahkan orang lain pulak!!!

ANUGAY TAK JADI GUNAKAN 'ANU'NYA JADI SENJATA!!!



AIDCNews – 08/10/11 – Sekarang sudah jelas tujuan utama Dr Thomas Hoogland dari Munich, Jerman dipanggil menjadi saksi pembela kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tujuannya untuk ‘mengesahkan’ Anwar tidak mungkin meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan berasaskan faktor sakit tulang belakang
“Pakar Jerman itu berkata sebelum pembedahan itu, Anwar hampir tidak boleh berjalan langsung“, lapor Bernama memetik keterangan Hoogland di mahkamah yang memberitahu Anwar sebelum pembedahan di kliniknya, di Munich, Jerman pada 6 September 2004.
Anwar telah memilih untuk merawat sakit tulang belakangnya di Klinik Alpha, Munich, sebaik sahaja beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.
Menurutnya ketika itu, beliau memilih Klinik Apha kerana klinik itu paling terbaik, berbanding dengan hospital kerajaan dan swasta di Malaysia.
Difahamkan Anwar mengambil masa 3 minggu, bermula dari 6 September hingga 27 September dalam menjalani rawatan di klinik pilihannya itu.
Selepas rawatan, menurut Anuar Shaari, salah seorang pegawai Anwar yang mengiringi Ketua Umum PKR di Munich itu, pembedahan dan rawatannya berjaya sehingga Anwar berjaya pusing hampir tiga suku dunia untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya.
Namun, jika diteliti secara teliti keterangan Hoogland di atas terdapat fakta yang telah dimanipulasi yakni berbohong di mahkamah apabila mendakwa ‘Anwar hampir tidak boleh berjalan langsung sebelum dirawat di kliniknya.
Fakta Hoongland tidak tepat kerana rakaman-rakaman video yang merakamkan aktiviti Anwar selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh menunjukkan bukti Ketua Umum itu boleh berjalan, malah boleh memusing kepala, meskipun leherinya memakai pendakap.
Ps: Kalau spekulasi sebelum ni katanya dia akan gunakan 'Anu'nya jadi senjata terakhir dalam perbicaraan kes liwat.
Tapi, mungkin sebab dia 'malu' nak jadikan benda tu sebagai Alibi, dia gunakan pulak masalah sakit tulang belakang dia. 
Kalau tengok video kat bawah ni, mau terkedu dia dibuatnya. Dah tak pasal - pasal je doktor dia tergagap menjawab soalan Pendakwa dalam mahkamah.
Nak kata dia tak boleh membalun pun tak jadi. Dah tak pasal - pasal je doktor dia pun songeh sendiri. Menipu la lagi!!! Baru Padan Muka Diorang!!!

DOKTOR KATA ANUGAY LEMBAB MACAM LABI - LABI!!!


Hari ini, Peguam Pendakwa, Mohd Yusof Zainal Abidin mula menyoal balas saksi pembelaan, Dr. Thomas Hoogland.

Permulaannya, Mohd Yusof meminta penjelasan mengenai 'Spinal Stenosis' kepada Dr. Hoogland. 

Hoogland menjelaskan bahawa Spinal Stenosis merupakan penyempitan dalam ruang saraf akibat pembesaran Hypotrophy.

Selain itu, dia juga menyatakan bahawa penyakit Arthritis ini tidak hanya bergantung kepada usia secara lansung.

"Orang muda mempunyai tisu yang kuat, jarang mengalami kecederaan dengan mudah. Apabila usia meningkat, 'Disc Joint' diantara tulang akan menjadi lemah'" jelas Hoogland lagi.

Mohd Yusof kemudian bertanya, bagaimana kaedah yang dilakukan oleh Dr. Hoogland untuk memeriksa penyakit ini.

Hoogland kata, dia akan memeriksa dibahagian pinggan kemudian baru tulang belakang. Dia juga akan meminta pesakit untuk bergerak.

Bagi Si Ketua Penipu tu, kata Hoogland, ianya bukan mengenai berapa jauh dia mampu membongkok, tetapi berapa sakit.

Mohd Yusof bertanya, bagaimana ianya mungkin sedangkan Si Ketua Penipu itu tidak mampu berdiri pada tahun 2004.

Hoogland menjelaskan bahawa dia merujuk kepada ujian yang dibuat menggunakan MRI yang menunjukkan pemyempitan 'Spinal Canal'.

Mohd Yusof kemudian menanyakan sekiranya ujian MRI menunjukkan 'Degeneratin' pada tulang belakang Si Ketua Penipu itu.

Hoogland kata, Arthritis adalah disebabkan kerosakan pada cartilage di bahagian tulang belakang. Sekiranya berlaku trauma, cartilage ini akan pecah.

Mohd Yusof membaca laporan ujian perubatan Si Ketua Penipu yang dibuat pada Februari 2005 menunjukkan pergerakannya Normal.

Hoogland cuba menjelaskan yang Si Ketua Penipu itu mampu bergerak dari 0 hingga 60 darjah tanpa sebarang masalah melalui mesin ujian.

Mohd Yusof kemudian menegaskan bahawa Dr. hoogland mengesahkan Si Ketua Penipu itu mengalami sakit belakang, kebas dibahagian bawah lutut dan sakit dibahagian tengkuk.

Hoogland juga turut menjelaskan yang Si Ketua Penipu itu mampu membongkok sebanyak 15 darjah berbanding 6 darjah pada tahun 2005.

Mahkamah kemudian ditayangkan sesi video yang menunjukkan Si Ketua Penipu itu membongkok untuk mengambil sesuatu. Hoogland menjelaskan pergerakan itu terlalu laju.

Sejurus selepas tayangan tersebut, Hoogland kata, dia tidak pernah kata yang Ketua Penipu tu tak boleh membongkok, kecuali dia mengalami kesakitan.

Maka sebab itulah dia menasihatkan agar Si Ketua Penipu itu sentiasa bergerak dengan perlahan - lahan dan berhati - hati.

Keterangan seterusnya disambung menggunakan kamera dan ditangguhkan sejurus selepas itu. Bersambung semula 17 Oktober depan.


Ps: Pembentangan Bajet 2012 akan Semut siarkan selepas ini nanti...

MEMANG SAH, ANUGAY TAK LAYAK JADI PM!!!


Ini bukan Semut atau blogger - blogger yang Pro Kerajaan yang cakap. Tapi ianya dinyatakan sendiri oleh Doktor yang merawat Si Ketua Penipu tu.

Pakar bedah ortopedik memberitahu mahkamah hari ini bahawa “sangat tidak mungkin” Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran faktor usia dan juga masalah artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.
Dr Thomas Hoogland, yang mengendalikan pembedahan ke atas Anwar di Munich, Jerman pada 2004 semalam berkata, Anwar berhadapan dengan tiga masalah iaitu stenosis leher, artrisis dan kerosakan laluan saraf yang tidak membolehkan beliau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kuat.
“Saya merasakan apabila kita mempertimbangkan perbuatan seks, ia sangat-sangat tidak mungkin... itu munasabah, berdasarkan pemeriksaan ke atas Anwar dan penemuan MRI, tidak mungkin bagi seorang lelaki yang pada usianya (untuk meliwat pengadu),” kata Dr Hoogland pada hari kedua keterangannya di Mahkamah Tinggi pagi ini.
Pakar itu berkata sudah pasti Anwar berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau mengadakan hubungan seks melibatkan posisi membongkok dan berlutut.
Kalau dah nak berdiri pun tak boleh, nak bongkok pun tak boleh, takkan nak jadi Perdana Menteri boleh pulak kot?

Sedangkan orang yang nak jadi Perdana Menteri ni perlu seorang yang betul - betul 'Fit' dan sihat secara keseluruhannya.

Kalau dah banyak sangat penyakit macam Si Ketua Penipu ni, nak buat apa? Belakang sakit, kaki sakit, tengkok sakit. Tak lupa jugak, Otak Pun Sakit.

Jadi, tak payah la dia nak sesak - sesak dan sibuk - sibuk berangan - angan nak jadi Perdana Menteri Malaysia. Duduk rumah, jaga anak cucu lagi bagus daripada menyusahkan orang!!!

Ps: Kalau Semut jadi Peguam Pendakwa, Semut dah tanya dah pada doktor tu. Adakah dengan kesakitan seumpama ini, Si Ketua Penipu tu mampu untuk jadi Perdana Menteri?

Dah tentu doktor tu akan tergagap - gagap nak jawab. Mesti dia keluar alasan dengan menyatakan perkara itu tak de kaitan. Semuanya nak di Poo...singh belaka!!!

'RECAP': DOKTOR SAHKAN ANUGAY TAK LAYAK JADI PM!!!


Hari ini, Si Ketua Penipu tu dah memanggil saksi Keempat bagi sesi Pembelaan dalam kes liwat dia terhadap Mohd Saiful.

Saksi tersebut, Dr. Thomas Hoogland, yang sudah pun kita kenali sebelum ini merupakan seorang doktor pakar bedah tulang belakang.

Kenapa Dr. Hoogland ini dipanggil bagi memberi keterangan dalam kes Si Ketua Penipu ini terhadap Mohd Saiful sebenarnya?

Dia hadir untuk menimbulkan keraguan didalam kes Si Ketua Penipu itu dan menolak kemungkinan berlakunya perbuatan yang didakwa oleh Mohd Saiful sebelum ini.

Maka sebab itulah Dr. Hoogland hadir dan memberikan penjelasan mengenai tahap kesihatan serta penyakit yang dialami oleh Si Ketua Penipu itu.

Walaupun Si Ketua Peipu itu pergi mendapatkan bantuan Hoogland, Doktor 'Pakar' itu kata dia TIDAK melakukan pembedahan pada salah satu 'Jointing' tulang belakang Anugay yang rosak.

Bermakna, walaupun dia mengaku kata dia 'Pakar' tetapi dia boleh pulak 'Terlupa' nak buat pembedahan ke atas 'Jointing' tu sehingga kesakitan pada Si Ketua Penipu itu berulang.

Dr. Hoogland juga menjelaskan bahawa Si Ketua Penipu ini sebenarnya tidak berada dalam keadaan yang baik. Malah otot dibahagian tulang belakangnya juga berada dalam keadaan lemah.

Selain itu, Hoogland juga mendedahkan Si Ketua Penipu ini sering mengalami sakit dikedua - dua belah kakinya dan mempunyai ruang pergerakan yang terhad.

Tambah Hoogland lagi, Si Ketua Penipu ini mengalami penyakit Arthritis yang agak teruk. Erti kata mudahnya, Si Ketua Penipu ni memang sakit la. Senang cerita.

Dah tau sakit, yang dia sengaja cari masalah kenapa? Masih lagi dia nak gilakan kuasa dan menipu orang sana sini. Sedar - sedar la diri tu sikit. Dia tu banyak penyakit.

Cuba korang bayangkan KALAU dia jadi Perdana Menteri nanti. Macam mana agaknya? Sekejap - sekejap, ambik cuti sakit. Nak pergi buat pemerikasaan dan sebagainya.

Nak ke korang terima seorang Perdana Menteri yang selalu sakit dan lemah macam Si Ketua Penipu ni nanti?

Kalau dibandingkan dengan Datuk Seri Najib sekarang yang hari - hari turun padang, adakah Si Ketua Penipu tu mampu untuk melakukan perkara yang sama?

Dah tentu tidak sebab Doktor dia pun dah mengesahkan yang dia hanya mempunyai ruang pergerakan yang terhad. Jadi, macam mana dia layak untuk jadi Perdana Menteri nanti?

Sudah la. Bawak - bawak la sedar diri sikit. Jangan la asyik sangat berkhayal nak merampas kuasa dan jadi Perdana Menteri. 

Kalau dah tak sihat tu, duduk rumah diam - diam. Sibuk nak berpolitik lagi menda kejadahnya? Dasar Manusia tak sedar diri!!! Ceit!!! Pigidah!!!


Ps: Ada satu lagi 'Recap' yang Semut nak kongsi dengan korang jam 9 malam nanti. Tunggu...

TERKINI: KETERANGAN MENGUNAKAN KAMERA!!!


Perbicaraan kes diteruskan. Doktor Thomas Hoogland sekali lagi mengesahkan Si Ketua Penipu memang mengalami kecederaan signifikan Stenosis pada 2004 dan ianya bertambah buruk.

Hoogland juga turut menjelaskan bahawa kerosakan kepada laluan saraf Si Ketua Penipu itu masih ada sehingga ke hari ini.
"Kita berhadapan dengan masalah laluan saraf, Stenosis yang mengakibatkan banyak kekangan" jelas Hoogland.
Peguam Si Ketua Penipu itu mengajukan soalan sama ada dia mampu atau tidak untuk berlutut diatas permukaan yang keras tanpa mengakibatkan sebarang kesakitan?

Hoogland menjelaskan yang ianya mustahil untuk berlutut dalam kedudukan lutut pada paras 90 darjah dan ia mengakibatkan kesakitan yang amat sangat.

Orang ramai dikehendaki meninggalkan ruang Mahkamah kerana keterangan Hoogland seterusnya akan dirakamkan dengan menggunakan kamera.

(Eh, Kamera boleh pakai ke? Bukan ke Haji Hadi kata kamera ni batu dan tak boleh dipercayai? Hehehe...)


Pihak Pembelaan tamat bertanyakan soalan kepada Dr. Thomas Hoogland. Mahkamah ditangguhkan esok bagi sesi Pendakwa membuat soal balas.

Ps: Jangan lupa baca 'Recap' mengenai kes hari ini jam 6.30 petang nanti ye.

TERKINI: ANUGAY SAH BERPENYAKIT!!!


Perbicaraan diteruskan lagi. Kali ini Doktor Thomas Hoogland menyatakan, selepas Si Ketua Penipu itu meninggalkan Munich, mereka bertemu semula 3 bulan kemudian bagi membuat pemeriksaan.

Hoogland menjelaskan bahawa otot dibahagian tulang belakang Si Ketua Penipu itu tidak berada didalam keadaan yang baik.

Hoogland kemudian berbincang dengan Si Ketua Penipu itu dan menasihatinya agar melakukan gerakan ketika solat dengan berhati - hati serta perlahan - lahan.

Dia juga turut mengesahkan bahawa Si Ketua Penipu itu mengidap arthritis dan stenosis selepas kali terakhir dia diperiksa pada 8 September tahun ini.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan bulan lalu, Si Ketua Penipu itu turut mengadu mengalami kesakitan yang berpunca dari kaki kirinya.

Si Ketua Penipu itu, jelas Hoogland, mempunyai pergerakan yang terhad dibahagian belakang, sentiasa kebas dibahagian kiri dan pada kakinya.

Peguam Sankara Nair mengajukan soalan sama ada Si Ketua Penipu itu mampu untuk melakukan kativiti yang agak 'rancak' tanpa sebarang kesakitan.

Hoogland menjelaskan, apa sahaja aktiviti yang melibatkan tulang belakang, setiap pergerakan yang menggunakan tenaga akan mengakibatkan kesakitan.

Dr. Thomas Hoogland juga mendedahkan keputusan MRI Si Ketua Penipu itu jelas menunjukkan bahawa dia mengalami penyakit arthritis yang agak teruk.

Dia juga mengesahkan bahawa Si Ketua Penipu itu mengalami 'Degeneration' pada beberapa Vertebrae pada tulang tengkoknya.

Sankara memohon kepada pihak mahkamah agar keterangan seterusnya dibuat dengan kamera berikutan kes dihentikan seketika untuk makan tengahari. Bersambung lagi...

Ps: Jangan lupa baca 'Recap' perbicaraan kes ni petang nanti, jam 6.30 petang.

TERKINI: DOKTOR SAKIT TULANG BELAKANG BAGI KETERANGAN!!!


Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, saksi seterusnya dalam kes liwat Si Ketua Penipu itu adalah Dr. Thomas Hoogland.

Seorang Doktor bedah Orthopedik, Hoogland menjelaskan bahawa dia mempunyai kepakaran dalam pembedahan tulang belakang.

Hoogland menjelaskan bahawa dia pernah membuat sebanyak 14,000 pembedahan tulang belakang, menerbitkan 26 Journal dan 5 buah buku.

Malah, kata Hoogland, dia juga pernah merawat DYMM Sultan Kedah sebelum ini dan mempunyai pengalaman memberi keterangan didalam Mahkamah.

Hoogland juga turut memberi penjelasan mengenai struktur penting dalam tulang belakang manusia menggunakan kerangka hidup didalam mahkamah.

Dr. Thomas Hoogland menjelaskan bahawa dia merawat Si Ketua Penipu itu buat kali pertama pada tahun April 2001 di Hospital Kuala Lumpur.

Kali kedua Si Ketua Penipu tu mendapat rawatan daripada Hoogland adalah pada September 2004 di Alpha Klinik, Munich selepas keluar dari penjara.

Selepas mengambil X-Ray dan menjalani MRI, Hoogland mengesahkan bahawa Si Ketua Penipu itu memerlukan pembedahan dengan menggunakan 'Local Anaesthesia'.

Hoogland juga menjelaskan bahawa Si Ketua Penipu itu pernah memberi tahunya mengenai serangan pihak Polis ketika pemeriksaan pada 5 September 2004.

Memetik laporan didalam rekod, Hoogland menjelaskan kepada mahkamah, sejak 'diserang' oleh pihak Polis, Si Ketua Penipu itu mengalami masalah ditulang belakangnya.

Pada ketika ini, tidak ada sebarang pembedahan yang dibuat sehingga 'pesakit' mengadu sakit tulang belakangnya bertambah, tambah Hoogland lagi.

Si Ketua Penipu itu juga, kata Hoogland, mempunyai masalah di kedua - dua belah kakinya ketika berjalan, memerlukan sokongan dan 'Neck Brace' akibat kesakitan lamanya itu.

Dia menjelaskan bahawa Si Ketua Penipu itu juga turut mengalami kesakitan ketika membongkok ke belakang atau ke hadapan.

Hoogland menjelaskan bahawa Si Ketua Penipu itu berada di Hospital bermula sejak 6 September sehingga 27 September 2004 bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Dr. Hoogland juga turut menjelaskan bahawa dia TIDAK melakukan pembedahan pada satu 'Jointing' tulang belakang yang rosak.

Namun, Hoogland menyatakan bahawa 'Degenerative Joint' boleh dibuang oleh pakar bedah lain tetapi ia tidak akan menghalang Arthritis Tulang Belakang.

Sakit tulang belakang ini, katanya, mempunyai kemampuan untuk berulang kembali secara menyeluruh dan kegagalan tulang manusia boleh berlaku secara perlahan tetapi tidak secara semula jadi.

Mahkamah berhenti berehat...

TERKINI!!! ANUGAY GAGAL LAGI DAN LAGI!!!


Mahkamah bersambung lagi hari ini bagi perbicaraan kes liwat Si Ketua Penipu terhadap Mohd Saiful dengan menyaksikan Si Ketua Penipu itu GAGAL buat sekian kalinya.

Hakim Mahkamah, Mohd Zabidin Mohd Diah telah mengenepikan sapina Si Ketua Penipu itu ke atas Datuk Seri Najib dan Isteri.

Katanya, permohonan sapina yang dikemukakan sebelum ini gagal membuktikan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai saksi yang relevan.

Maka dengan itu, Hakim membenarkan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah untuk tidak hadir ke mahkamah dan memberi keterangan.

Selanjutnya, bakal menyusul jam 12 nanti...

WAJAH DR. HOOGLAND DAN 'PERCUTIAN' KE JERMAN!!!


Gambar diatas merupakan gambar seorang lagi 'Awang Import' yang bakal muncul didalam Mahkamah Persekutuan esok.

Dr. Thomas Hoogland merupakan diantara doktor sakit tulang belakang yang cukup dikenali di Negara Jerman dengan gelaran 'Miracle Doctor'.

Hakikatnya, gelaran itu merupakan sindiran rakyat Jerman kepada Dr. Hoogland yang pernah menyebabkan kematian akibat kecuaiannya sendiri.

Maka misteri 'percutian' secara beramai - ramai pemimpin Pakatan Pembangkang di Selangor boleh dikatakan adalah bertujuan untuk mengayat Dr. Hoogland jadi saksi nanti.

Apakah helah atau taktik yang akan digunakan oleh Si Ketua Penipu tu dengan membawa Dr. Hoogland ni? Adakah dia nak kaitkan dengan sakit 'Anu'nya?

Sebelum itu, meh kita baca serba sedikit latar belakang Dr. Hoogland yang pernah disiarkan didalam blog AIDC sebelum ini:

AIDCNews – 03/10/11 – “Klinik Apha, Munich, Jerman sudah muflis kerana salah tadbir urus dan skandal seks”, lapor blog The Unspinners.blogspot.com.
“Punca Alpha Klinik ditutup adalah kerana ramai pelanggan telah lari meninggalkan mereka ekoran terlalu banyak kes bayaran yang terlampau mahal hingga tidak masuk akal, kecuaian (negligent) dalam rawatan dan termasuk juga rakan doktor Hoogland,Horst Dekker yang telah mencabul jururawat beliau sendiri”, katanya.
Macam mana? Adakah Dr. Hoogland ni mampu untuk menjadi saksi yang kuat bagi Si Ketua Penipu tu untuk melepaskan diri dari kes ini nanti?

Selain itu, Dr. Thomas Hoogland ni jugak katanya memang mempunyai rekod melepaskan diri dari setiap tuduhan yang pernah dihadapinya.
Apa yang menariknya telah keluar di suatu forum, yang mana mereka yang ingin memfailkan saman terhadap Thomas Hoogland tidak berani lagi menyaman kerana doktor itu sudah tahu dan biasa dengan cara melepaskan diri daripada saman terhadapnya. Klik sini.
Dalam erti kata lainnya, Si Ketua Penipu tu MUNGKIN nak mempelajari ilmu yang dimiliki oleh Dr. Thomas Hoogland ni kot.

Maklum la, dia sekarang dalam keadaan terdesak. Taktik yang dia guna sebelum ini semuanya memakan diri dia sendiri.

Jadi, mana la tau. Kot - kot Dr. Thomas Hoogland ni boleh membantu dia keluar dari masalah yang sedang dihadapi sekarang ni ye tak. Tapi, siapa suruh dia cari penyakit? Sekarang dah susah. Padan Muka Dia!!!

ANUGAY GAGAL MERAYU LAGI!!!


Kesian jugak Semut tengok Si Ketua Penipu ni. Semua benda yang dibuat GAGAL belaka sejak akhir - akhir ni.

Nak jadi Perdana Menteri dulu pun tak dapat. Nak buat agenda 16 September dan 'Merampas' Putrajaya pun dia tak mampu.

Sampaikan kes rayuan dia untuk mengenepikan Hakim yang mendengar kes liwat dia dimahkamah pun ditolak buat sekian kalinya.

Itulah akibatnya kalau suka sangat menipu sana sini. Dah semuanya tak diberkati. Semuanya tak dapat Keredhaan Allah S.W.T.

Tapi dia masih jugak tak sedar diri. Masih lagi tak percaya dengan ketentuan Allah S.W.T yang menjadikan perkara itu sebagai ujian ke atas diri dia.

Sampai hari ni, dia masih lagi tak dapat terima hakikat bahawa dia memang tak layak untuk jadi Perdana Menteri. Bukan salah orang lain. Semuanya salah diri dia sendiri jugak!!!

PUTRAJAYA 5 Okt. - Mahkamah Persekutuan hari ini memuktamadkan rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri untuk kali ketiga daripada terus mendengar prosiding kes liwatnya.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan akhirnya selepas berpendapat, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan berkaitan isu-isu interlokutori.
Bagaimanapun, beliau yang bersidang bersama Hakim Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong membenarkan permohonan Anwar agar empat perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan itu dipadam daripada rekod rayuan.
Panel itu membenarkan perenggan 6, 15, 18 dan 75 dalam penghakiman yang ditulis oleh Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dipadamkan selepas berpuas hati perenggan-perenggan berkenaan bersifat menghina dan merendah-rendahkan Anwar.
Penghakiman itu ditulis ekoran keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Julai lalu menolak rayuan Ketua Pembangkang tersebut agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada terus mendengar prosiding kes liwatnya. - Utusan
Ps: Yang paling pelik sekali ialah apabila Si Ketua Penipu tu kata dia mempunyai alibi dan bukti kukuh mengatakan bahawa dia tidak meliwat Si Saiful tu.

Kalau dia ada alibi dan bukti kukuh, kenapa dia masih lagi buat rayuan agar diketepikan Hakim Mahkamah yang mendengar kes dia ni?

Dan jika dia benar - benar berani dan berada dalam kalangan orang yang benar, kenapa dia masih beralasan mengenai penyerahan DNA dia kepada Mahkamah?

Bagi je la DNA tu untuk dibuat ujian. Tengok sama atau tidak dengan DNA yang ditemui oleh dua orang doktor sebelum ini. Apa nak susah? 

Dalam erti kata mudahnya, Si Ketua Penipu ni dah la bodoh, bengap pulak tu. Macam ni ke nak jadi Perdana Menteri? Ceit!!! Pigidah!!!

Followers