Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts
Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts

NURUL IZZAH MALUKAN BAJET PAPA SENDIRI!!!


Entah apa - apa la Si Nurul Izzah ni ye. Dah tak de 'point' nak balun pasal pembentangan bajet yang dibuat oleh PM, dia bantai pergi dedahkan rahsia Papa dia pulak.

Kalau sebelum ini, puak - puak Pakatan Pembangkang tu kata bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib tu tak bagus. Ada kekurangan disana sini.

Tetapi secara tak lansung, kenyataan tersebut disangkal oleh mereka sendiri apabila menyatakan bahawa bajet tu diciplak dari bajet yang diorang buat.

Kalau diorang kata bajet Datuk Seri Najib buat tu menciplak bajet diorang dan ianya tak bagus, bererti bajet yang diorang buat tak bagus jugak la sebenarnya.

Benda semudah ini pun diorang tak faham jugak ke? Atau diorang sengaja buat - buat tak faham? Atau sengaja nak memutar belitkan fakta seperti biasa?

Berbalik kepada kisah Si Nurul Izzah ni. Dia dah tau yang Papa dia jugak ada buat bajet bagi pihak Pakatan Pembangkang. Dan dia jugak nak bajet tu diiktiraf oleh rakyat.

Maka dia pun turut serta mempertikaikan pembentangan bajet yang dibuat baru - baru ni. Kata dia, bajet tu tidak disertakan dengan Laporan Audit Negara.

KONONnya, kata Si Nurul Izzah ni, laporan tu tidak didedahkan sebab ada kenyataan didalamnya yang memuji Negeri Kelantan secara lansung.

KOTA BHARU,16 Okt: Ekoran memuji pemerintahan Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2012.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa, selain faktor itu laporan audit itu juga tidak dibentang kerana prestasi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN yang biasanya defisit.
"Kita amat terkejut bila mana (laporan audit) tak dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan di Parlimen, kerana selalunya diberi dahulu supaya boleh dibawa bersama dalam sebarang perbahasan.
"Ada ura-ura menyatakan bahawa salah satu sebab utama ialah kerana prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bagi tahun 2010," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
Sebenarnya, Si Nurul Izzah ni cuma nak menyedapkan hati orang di Kelantan je. Jadi dia buat la kenyataan tu sebab dia pun berucap di negeri tersebut.

Dan secara tak lansungnya, Si Nurul Izzah ni jugak dah membocorkan rahsia Papanya sendiri. Papa dia pun buat bajet tak berdasarkan Laporan Audit Negara!!!

Apa yang Papa dia buat hanya mengikut sedap hati dia je. Bukan berdasarkan apa yang dilaporkan oleh Audit Negara. 

Jadi tak salah la kalau kita kata bajet Pakatan Pembangkang ni bajet penipu. Jangan pulak diorang hanya nampak nyamuk diseberang laut, tapi gajah depan mata dia buat tak tau pulak!!!

NURUL IZZAH KESAL, PROJEK TAK DAPAT KE DIA!!!

"Isk! Apasal la projek tu tak dapat kat aku? Kalau tidak, boleh gak aku berenti jadi  Wakil Rakyat."

KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan jawapan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung keraguan mereka terhadap Projek Network Centric Operation (NCO) yang diserahkan secara tender terus kepada Sapura Secured Technologies Sdn Bhd.
Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, masing-masing Naib Presiden PKR hari ini mempertikaikan jawapan menteri berkenaan yang disifatkan mereka tidak mempunyai perancangan yang menyeluruh dan hala tuju tepat.
“Kami, pemimpin PKR kesal dengan jawapan menteri kerana seolah-olah tidak ambil berat tentang pelaksanaan projek ini sedangkan ia melibatkan kos yang sangat besar,” kata Nurul Izzah (gambar).
“Daripada jawapan yang diberikan Menteri Pertahanan sewaktu sidang Parlimen tempoh hari, projek ini mengandungi empat fasa... fasa Pertama bermula tahun ini hingga Tahun 2015 seiring dengan Pelan Pembangunan Lima Tahun Rancangan Malaysia,” katanya.
Fasa Kedua antara 2016 hingga 2020 manakala Fasa Ketiga (2021-2025) dan Fasa Keempat (2026-2030).
Dalam jawapan bertulis Kementerian Pertahanan mengesahkan NCO dianugerahkan kepada Sapura atas faktor seperti kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pertahanan, keselamatan dan teknologi maklumat.
“Ia mengambil masa 20 tahun untuk melengkapkan keseluruhan fasa dan anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM140 juta untuk dua tahun, jadi secara keseluruhan, projek ini akan menelan belanja kira-kira RM 2 bilion untuk 20 tahun,” tegas beliau sambil menekankan jumlah itu akan dibazirkan sekiranya projek itu tidak dilaksanakan secara rapi dan tersusun.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, daripada keseluruhan fasa, Sapura diberi percubaan untuk melaksanakan Fasa 1A dan sekiranya tidak memuaskan, kerajaan akan memberikan pelaksanaan projek itu kepada syarikat lain.
“Ini menunjukkan kerajaan belum yakin dan bergantung kepada keupayaan Sapura ketika melaksanakan Fasa 1A tersebut, saya tidak menolak akan berlaku lonjakan kos sekiranya belaku perubahan-perubahan syarikat dalam pelaksana program itu,” ujarnya yang pernah mendakwa syarikat itu tidak memiliki kebolehan teknikal untuk melaksanakan projek ini.
Ps: Ceh!!! Macam bagus je dia ni. Kalau kena pada Kerajaan, semuanya tak betul. Semuanya serba tak kena dan tak tepat belaka.
Macam la hala tuju puak Pakatan dia tu tepat sangat. Kalau tepat kenapa sampai hari ni tak de hala tuju yang tertentu?
Nak buat 'shadow' kabinet pun tak mampu. Lagi dia nak cakap orang lain macam - macam? Tak sedar diri betul la.
Orang suruh dia turun padang, jaga rakyat, dia buat tak tau je. Sibuk nak jaga tepi kain orang. Jangan sampai kain sendiri terlondeh sudah la!!!

LAGI ARTIKEL YANG BUAT NURUL IZZAH BENGKAK!!!


Halahai!!! Tak habis - habis Si Nurul Izzah ni nak tarik muka masam macam ni. Lepas satu, satu artikel yang keluar, semuanya membuatkan dia marah.

Dah tak cantik muka dia. Tapi, siapa suruh dia cari pasal dengan orang. Kalau dia tak cari pasal, apa kejadah pulak orang nak buat artikel pasal dia ni.

Yang Datuk Raja Nong Chik pun satu hal jugak. Yang dia pergi cerita kat orang lain pasal Si Nurul Izzah dan Papa dia tak datang Parlimen ni apa pasal?

Diorang baru berangan nak jadi 'Hero' Kampung Baru. Dah dibocorkan pulak rahsia yang diorang berdua tak ambik bahagian lansung dalam isu mengenai Kampung Baru ni.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengalu-alukan cadangan Pakatan Rakyat untuk membawa isu Kampung Baru kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Bawalah. Pada saya, kita dah luluskan di Dewan Rakyat. Sedang menunggu Dewan Negara (mewartakannya). Itu pun hanya 28 orang sahaja yang menentang.  
"Termasuk mereka yang kuat menentang tak hadir semasa pengundian termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah.
"Jadi macam mana mereka komited terhadap rang undang-undang ini, atau menentang rang undang-undang itu," katanya dalam satu sidang media.
Kalau diikutkan, wah, bukan main lagi diorang berjanji dengan orang Kampung Baru ni. Nak buat itu la, nak buat ini la. Tapi 'last-last', diorang pun tak datang masa pengundian dibuat.

Lagi diorang nak menyalak - nyalak kat luar mengatakan yang diorang ni ambik berat pasal isu berkaitan Rang Undang - Undang Kampung Baru ni?

Memang dasar manusia tak sedar diri betul la diorang ni. Kalau setakat bercakap diluar, apa guna. Semua orang boleh tabur janji kosong. 

Tapi amanah yang dah diberikan oleh rakyat pun diorang tak mampu nak laksanakan dengan baik. Itu pun diorang menipu jugak.

Inikan pulak nak menunaikan janji - janji kosong tu nanti. Lagi la diorang tak buat. Sekarang, diorang nak bawak isu tu mengadap Yang Di-Pertuan Agong pulak?

Kita tengok. Sejauh mana komitednya diorang nak bawak isu ni kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!!

NURUL IZZAH BALUN AZAN ISMAIL DALAM DIAM!!!


Sedar tak sedar, pandai jugak Si Nurul izzah ni mengkritik Azan Ismail dalam diam ye? Ada konflik ke dia dengan Si Azan tu sebelum ini?

Dengan kenyataan yang dikeluarkan dari mulut dia sendiri, nampak gayanya Si Nurul Izzah ni memang ada hati nak perli Azan Ismail sebenarnya. Cuba baca kenyataan dibawah:
"Fuziah mempertahankan hak penduduk Gebeng dan harus dipuji kerana usahanya sebagai seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab," kata Nurul Izzah Anwar.
Mungkin Ahli Parlimen Lembah Pantai ni tak sedar yang kawasan Gebeng tu bukan didalam kawasan Parlimen Kuantan.

Maka ianya bukan menjadi tanggungjawab Si Fuziah 'Reaktor' dalam membangkitkan isu mengenai pembinaan kilang Lynas ni.

Yang sepatutnya bersuara membantah pembinaan kilang tu adalah Si Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota kerana Gebeng berada didalam kawasan Parlimen dia.

Jadi, memang sah la Si Nurul Izzah ni menuduh Si Azan Ismail sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Indera Mahkota sebagai tidak bertanggungjawab.

Sampaikan isu didalam kawasan dia sendiri pun terpaksa diambil alih oleh orang lain, apa ke jadahnya???

Atau mungkin jugak Si Fuziah ni Gila kuasa sampaikan tempat orang pun dia nak langgar? Jangan cakap la dia nak berjuang untuk rakyat. Itu semua bohong belaka.

Dalam kelantangan Si Nurul Izzah ni bercakap semalam, dia jugak tak pasal - pasal je mendedahkan satu lagi persoalan. Apa kaitan orang Pulau Pinang dalam isu ni?
“Tambahan pula, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Majlis Peguam, Sahabat Alam Malaysia, Aliran dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang turut menyuarakan kebimbangan berhubung projek ini,” terang beliau.
Semut pernah dapat satu maklumat yang mengatakan bahawa projek pembinaan kilang Lynas ni pernah dipancing oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tetapi atas sebab lokasi dan perbelanjaan, maka kilang tidak dapat dibuat di Negeri tersebut kerana kos efektifnya agak merugikan.

Mungkin sebab itulah Persatuan Pengguna Pulau Pinang pun turut membantah pembinaan kilang tersebut di Gebeng Kuantan.

Macam mana kalau kilang tu dibuat di Selangor, atau di Pulau Pinang? Adakah Fuziah akan turut membantah? dah tentu tidak sebab ianya akan menguntungkan dia jugak.

Macam la kita tak tau ye tak. Semuanya ada kepentingan peribadi belaka sebenarnya. Bukan kita tak tau. Diorang bukan nak berjuang untuk rakyat sangat pun. Sebab itu la diorang sanggup menipu secara terang - terangan!!!

Followers