NURUL IZZAH BALUN AZAN ISMAIL DALAM DIAM!!!


Sedar tak sedar, pandai jugak Si Nurul izzah ni mengkritik Azan Ismail dalam diam ye? Ada konflik ke dia dengan Si Azan tu sebelum ini?

Dengan kenyataan yang dikeluarkan dari mulut dia sendiri, nampak gayanya Si Nurul Izzah ni memang ada hati nak perli Azan Ismail sebenarnya. Cuba baca kenyataan dibawah:
"Fuziah mempertahankan hak penduduk Gebeng dan harus dipuji kerana usahanya sebagai seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab," kata Nurul Izzah Anwar.
Mungkin Ahli Parlimen Lembah Pantai ni tak sedar yang kawasan Gebeng tu bukan didalam kawasan Parlimen Kuantan.

Maka ianya bukan menjadi tanggungjawab Si Fuziah 'Reaktor' dalam membangkitkan isu mengenai pembinaan kilang Lynas ni.

Yang sepatutnya bersuara membantah pembinaan kilang tu adalah Si Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota kerana Gebeng berada didalam kawasan Parlimen dia.

Jadi, memang sah la Si Nurul Izzah ni menuduh Si Azan Ismail sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Indera Mahkota sebagai tidak bertanggungjawab.

Sampaikan isu didalam kawasan dia sendiri pun terpaksa diambil alih oleh orang lain, apa ke jadahnya???

Atau mungkin jugak Si Fuziah ni Gila kuasa sampaikan tempat orang pun dia nak langgar? Jangan cakap la dia nak berjuang untuk rakyat. Itu semua bohong belaka.

Dalam kelantangan Si Nurul Izzah ni bercakap semalam, dia jugak tak pasal - pasal je mendedahkan satu lagi persoalan. Apa kaitan orang Pulau Pinang dalam isu ni?
“Tambahan pula, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Majlis Peguam, Sahabat Alam Malaysia, Aliran dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang turut menyuarakan kebimbangan berhubung projek ini,” terang beliau.
Semut pernah dapat satu maklumat yang mengatakan bahawa projek pembinaan kilang Lynas ni pernah dipancing oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tetapi atas sebab lokasi dan perbelanjaan, maka kilang tidak dapat dibuat di Negeri tersebut kerana kos efektifnya agak merugikan.

Mungkin sebab itulah Persatuan Pengguna Pulau Pinang pun turut membantah pembinaan kilang tersebut di Gebeng Kuantan.

Macam mana kalau kilang tu dibuat di Selangor, atau di Pulau Pinang? Adakah Fuziah akan turut membantah? dah tentu tidak sebab ianya akan menguntungkan dia jugak.

Macam la kita tak tau ye tak. Semuanya ada kepentingan peribadi belaka sebenarnya. Bukan kita tak tau. Diorang bukan nak berjuang untuk rakyat sangat pun. Sebab itu la diorang sanggup menipu secara terang - terangan!!!

No comments:

Post a Comment

Followers