ERTI MERDEKA RAYA YUNA BUAT MAT SYABUN BENGKAK!!!

MEMANG cukup istimewa apabila sambutan Aidilfitri tahun ini disambut serentak dengan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54.

Dalam kita bergembira menyambut Syawal yang sudah pun memasuki hari kedua, sebagai rakyat Malaysia juga tidak seharusnya melupakan tarikh keramat 31 Ogos yang telah merubah kehidupan kita secara total.

“Saya harus akui Hari Raya kali ini cukup istimewa kerana kita juga meraikan Merdeka. Pada pendapat saya ini merupakan cara yang paling baik untuk meraikan bulan Merdeka apabila kita dapat beraya bersama-sama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Di sinilah kita dapat melihat keharmonian dan keserasian walaupun daripada bangsa yang berbeza. Apabila kita menyambut sesuatu perayaan, kita juga sepatutnya berkongsi kegembiraan tersebut dengan orang lain,” demikian luahan Yuna sewaktu membuka bicaranya apabila diminta memberikan pendapat tentang sambutan berganda Merdeka dan Syawal tahun ini.

Namun, apabila memperkatakan tentang merdeka, barangkali ada yang berpendapat anak muda hari ini semakin jauh menyimpang dari landasan sebenar mereka.

Kerana terlalu asyik mengagungkan budaya luar, anak muda hari ini telah dilabelkan sebagai lupa diri sehingga melupakan pengorbanan waris terdahulu yang bermati-matian memperjuangkan kemerdekaan negara.

“Merdeka adalah satu peringatan bahawa kita semua sebagai rakyat Malaysia, tak kira apa jua bangsa, hanya mahukan kehidupan yang selesa dan gembira tanpa persengketaan.

“Ia juga mengingatkan kita untuk terus rasa bersyukur kerana kita hidup di negara yang aman damai dan bebas dari krisis-krisis. Tidak seperti negara-negara yang lain yang sedang mengalami krisis dan peperangan.

“Sesuatu yang agak menyedihkan apabila kadang kala saya lihat ramai yang lupa yang kita sebenarnya sangat bertuah untuk hidup di bumi Malaysia,” jelas Yuna dalam sesi fotografi yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

Melihat kepada senario remaja masa kini yang semakin tersasar daripada jalan mereka, Yuna masih mengharap agar generasi muda hari terus berpegang teguh kepada jati diri mereka.

Kata pemilik nama penuh Yunalis Zarai ini lagi, remaja hari ini memiliki sikap dan sifat yang jauh berbeza berbanding mereka yang dilahirkan sebelum mereka.

Pada pengamatannya, remaja hari ini sangat pintar dan tidak pernah lupa untuk mengkaji serta mempelajari sejarah yang telah termaktub.

“Daripada pembelajaran mereka, mereka cukup dengan maksud penjajahan dan merdeka secara keseluruhannya. Jika tidak, mana mungkin ada yang menimba ilmu sehingga ke luar negara dan kembali mencurahkan bakti kepada negara.

“Dalam masa yang sama, saya tidak menafikan ada juga yang terlalu taksub dengan pengaruh dari Barat. Jujurnya, saya sendiri tidak merasakan untuk mempelajari kepintaran atau kemajuan negara Barat itu adalah satu kesalahan.

“Tetapi, jangan sampai terlalu terpengaruh dan mengagungkan budaya kuning yang disebarkan oleh mereka. Dalam kata mudah, yang positif diambil dan mana yang tidak elok itu usahlah diikuti,” kata pelantun lagu Gadis Semasa ini penuh bersemangat.

Dalam konteks itu, Yuna mengambil contoh dirinya sendiri apabila dia terus berpegang teguh kepada pepatah klasik, di mana bumi dijunjung, di situ langit dipijak.

Walaupun sudah berkelana jauh sehingga ke bumi Amerika Syarikat (AS) untuk mengembangkan sayap seninya, kata Yuna, hatinya tetap di Malaysia.

Ps: Bermakna, tak de semua rakyat Malaysia ni buta Sejarah macam Si Mat Syabun tu ye tak. Dia lupa sebab banyak sangat tido dan mungkin sebab dia telan pil Syabu kot???

No comments:

Post a Comment

Followers