Bila orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya memang benar. Hakikat itu budak sekolah rendah pun tahu.
Tetapi malangnya buat Si Mat Syabun ni, dia sendiri tak faham apa yang dimaksudkan dengan peribahasa tersebut.
Dalam kenyataan Timbalan Presiden PAS yang disiarkan oleh Haprak Daily jelas membuktikan bahawa Si Mat Syabun ni buta sejarah dan tak faham lansung mengenainya.
”Ini kerana semua orang sudah tahu ketika zaman penjajah, sesiapa sahaja yang menentang British akan dianggap sebagai pengkhianat.”Sama seperti Tok Janggut yang bangkit melawan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan dianggap sebagai penderhaka, sedangkan mereka pejuang sebenar menuntut kemerdekaan,” ujarnya.
Jadi persoalannya, buku sejarah mana yang Mat Syabun ni baca yang menjelaskan bahawa Tok Janggut ni sebagai pengkhianat? Siapa yang bagi label tersebut?
Kalau kita pergi ke dunia nyata, tanya budak - budak sekolah mengenai perjuangan Tok Janggut serta rakan - rakannya, diorang pasti akan kata bahawa mereka adalah pejuang.
Takkan ada budak - budak sekolah tu yang akan jawab soalan tersebut dengan menyatakan bahawa Tok Janggut serta rakan seangkatan dengannya merupakan pengkhianat.
Mereka nak khianat kepada siapa? Kepada British? Yang UMNO tentang cadangan Malayan Union tu pun nak tentang siapa kalau bukan pihak British jugak?
Nampak sangat Si Mat Syabun ni sebenarnya cuba nak mengubah kenyataan yang dia buat bagi menegakkan benang yang dah memang sedia basah.
Dia dah jelas terlajak kata, maka sebab itu la dia keluarkan kenyataan yang bodoh seperti ini untuk mengelirukan rakyat. Memang sah Mat Syabun ni tak sedar diri!!!
Dia tak tau ke yang komunis bangkit menentang British bukan sebab nakkan Kemerdekaan tetapi diorang nak kuasa untuk memerintah Tanah Melayu pada ketika itu.
Sama la macam yang dibuat dek puak - puak Pakatan Pembangkang tu sekarang. Diorang bangkit menentang Kerajaan semata - mata untuk kuasa. Bukan untuk kepentingan rakyat sangat pun!!!
No comments:
Post a Comment