Perbicaraan diteruskan lagi. Kali ini Doktor Thomas Hoogland menyatakan, selepas Si Ketua Penipu itu meninggalkan Munich, mereka bertemu semula 3 bulan kemudian bagi membuat pemeriksaan.
Hoogland menjelaskan bahawa otot dibahagian tulang belakang Si Ketua Penipu itu tidak berada didalam keadaan yang baik.
Hoogland kemudian berbincang dengan Si Ketua Penipu itu dan menasihatinya agar melakukan gerakan ketika solat dengan berhati - hati serta perlahan - lahan.
Dia juga turut mengesahkan bahawa Si Ketua Penipu itu mengidap arthritis dan stenosis selepas kali terakhir dia diperiksa pada 8 September tahun ini.
Dalam pemeriksaan yang dijalankan bulan lalu, Si Ketua Penipu itu turut mengadu mengalami kesakitan yang berpunca dari kaki kirinya.
Si Ketua Penipu itu, jelas Hoogland, mempunyai pergerakan yang terhad dibahagian belakang, sentiasa kebas dibahagian kiri dan pada kakinya.
Peguam Sankara Nair mengajukan soalan sama ada Si Ketua Penipu itu mampu untuk melakukan kativiti yang agak 'rancak' tanpa sebarang kesakitan.
Hoogland menjelaskan, apa sahaja aktiviti yang melibatkan tulang belakang, setiap pergerakan yang menggunakan tenaga akan mengakibatkan kesakitan.
Dr. Thomas Hoogland juga mendedahkan keputusan MRI Si Ketua Penipu itu jelas menunjukkan bahawa dia mengalami penyakit arthritis yang agak teruk.
Dia juga mengesahkan bahawa Si Ketua Penipu itu mengalami 'Degeneration' pada beberapa Vertebrae pada tulang tengkoknya.
Sankara memohon kepada pihak mahkamah agar keterangan seterusnya dibuat dengan kamera berikutan kes dihentikan seketika untuk makan tengahari. Bersambung lagi...
Ps: Jangan lupa baca 'Recap' perbicaraan kes ni petang nanti, jam 6.30 petang.

No comments:
Post a Comment