Showing posts with label Ketua Penipu Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Ketua Penipu Rakyat. Show all posts

PARPUKARI BIKIN ANUGAY PENING KEPALA!!!


Siapa tak kenal dengan blog Parpukari ni memang dia tak pernah baca blog la maknanya. Hanya itu sahaja yang boleh kita katakan.

Dengan tajuk yang sentiasa 'Panas Berkari' dia berjaya membuatkan puak - puak Pakatan Pembangkang tu jadi panas punggung.

Dan kali ini, Si Parpukari ni kembali menghangatkan lagi telinga Si Ketua Penipu yang beria - ia suruh blogger mereka menyerang balas.

Nampak sangat yang diorang dah mula tak senang duduk bila sering kali dikantoikan menipu dan diserang dari segala sudut.

Apa yang dibuat oleh Parpukari ni  cukup mudah. Dia hanya mengeluarkan senarai Ranking Terkini Blogger Pro Kerajaan setakat hari ini. Berikut adalah senarai blog - blog tersebut:



Dalam kesempatan ini, Semut nak ucapkan ribuan terima kasih kepada blogger - blogger dari Nombor 1, Papagomo hingga ke Nombor 20, Perak Today yang banyak membantu Semut.

Semua ilmu hasil tunjuk ajar mereka akan Semut gunakan sebaik mungkin dan dikenang sampai bila - bila. Semut tak mungkin aktif seperti ini sekiranya tanpa bantuan mereka. 

Dan itulah hakikatnya!!! Terima kasih sekali lagi Semut ucapkan. Semoga perjuangan kalian dapat diteruskan lagi dimasa akan datang. Lawan Tetap Lawan!!!

PAS BENGAP, DESAK ANUGAY SERAH DNA LA!!!

"...Hehehe...Depa Ni Tak Berani Nak Desak Aku..."
Itu saja la hakikatnya. Diorang ni memang bengap tak ingat dunia. Tapi berlagak macam orang pandai sangat gayanya.

Dan disebabkan diorang ni bengap la, maka Dr. Asri kena tegur diorang ni. Kalau tidak, mau diorang ni terus sesat dan terus bengap sampai ke sudah.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.
Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.
Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.
Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.
Kalau dah tau yang gejala Homoseksual tu adalah satu maksiat, kenapa diorang tak desak Si Ketua Penipu tu agar menyerahkan DNA dia kepada mahkamah?

Kalau betul la diorang nak menghalang gejala Homoseksual dan menafikan dakwaan yang dibuat terhadap Si Ketua Penipu tu, itulah langkah yang sewajarnya dilakukan oleh mereka.

Tapi, kalau setakat cakap je pandai, tuduh orang yang bukan - bukan buat apa? Tak ke bengap namanya tu? 

Pasal Si Elton John tu, beria - ia pulak diorang nak bantah dan sebagainya. Tapi bila tiba Si Ketua Penipu tu, takkan diorang nak senyap pulak? Kot ye pun nak menegakkan Kebenaran, jangan la sampai jadi MUNAFIK!!!

ANUGAY TERCENGANG, JANJI TAK MAMPU DITUNAI!!



MUAR 28 Okt. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib masyarakat India demi memastikan tiada kaum di negara ini yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk itu, tumpuan dalam segenap segi keperluan masyarakat India diberikan termasuk bidang pendidikan, ekonomi serta menaik taraf kehidupan masyarakat tersebut.


Sehubungan itu, beliau mengajak masyarakat India untuk terus bersama-sama BN atas semangat muafakat dan memelihara perpaduan serta keharmonian yang dinikmati selama ini.


"Kita tidak akan mengecewakan masyarakat India dan saya percaya anda semua akan bersama menyokong BN.


"Walaupun kita ada beberapa kekurangan dan tidak mampu memenuhi semua kehendak, namun kita ada iltizam untuk memajukan lagi masyarakat India dan saya yakin sokongan anda semua semakin hari semakin meningkat," katanya.


Beliau berucap merasmikan Sambutan Deepavali peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Bola Keranjang Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, di sini, hari ini.



Ps: Orang lain, bila berjanji, dia berjanji sebab dia mampu lakukannya. Tak de la macam Si Ketua Penipu tu. Setakat bercakap je, tapi hapah pun dia tak boleh buat.

Setakat bercakap semua orang pun mampu buat. Tapi kalau nak bercakap pun beragak - agak la jugak. Ini siap menipu pulak tu.

Bukan satu atau dua orang yang ditipunya. Habis satu kampung dia tipu. Nak jadi pemimpin menda kejadahnya kalau macam tu? 

Tapi kalau dah tak mampu tu, jangan la cakap benda yang bukan - bukan!!! Buat menyusahkan orang je!!!


PUNAISIHAT KEWANGAN SELANGOR DIBALUN TPM!!!


Haduyai!!! Apa la nasib Si Ketua Penipu yang juga merangkap Punaisihat Kewangan Negeri Selangor ni ye. Apa yang dia cakap sekarang semua memperlihatkan kebodohan dia je.

Hari tu dia mempertikaikan mengenai pembentangan Bajet. Konon, katanya bajet tu tak bagus dari segi perlaksanaan. Dalam masa yang sama, dia kata Bajet tu Bajet Ciplak.

Kalau dah ciplak, maknanya bajet dia buat pun tak bagus jugak la dari segi perlaksanaan. Kan dah kantoi memperbodohkan diri dia sendiri?

Kali ni, dia terkantoi lagi bila terus mempertikaikan tentang Laporan Audit Negara yang didedahkan kepada sidang Parlimen baru - baru ni.

Puas dicanang dalam blog - blog serta portal puak - puak Pakatan Pembangkang tu mengatakan yang laporan tersebut membuktikan kegagalan Kerajaan BN.

Tapi dalam amsa yang sama, dalam laporan tu jugak mendedahkan ketirisan dalam perbelanjaan Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Pembangkang.

Jadi kalau mereka kata yang keseluruhan laporan tu membuktikan sebagai satu Kegagalan, bermakna Kerajaan Negeri dibawah pemerintahan mereka juga turut GAGAL!!!

Itu yang dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila diminta mengulas kenyataan Si Ketua Penipu tu di Lumut.

LUMUT 27 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diumumkan baru-baru ini adalah gambaran kegagalan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai pemimpin yang pernah menerajui agensi serta kementerian ketika berada dalam kerajaan, Anwar sepatutnya mengetahui matlamat laporan tersebut dibuat.
Malah katanya, laporan itu bukan sahaja menyentuh agensi, kementerian atau kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi turut merangkumi teguran-teguran ke atas pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.
''Laporan mencakupi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri, tidak terkecuali negeri di bawah pembangkang kerana ada juga perkara-perkara yang mereka perlu jawab.
Sampai hari ni, pihak Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang tu tak dapat nak jelaskan mengenai perkara tersebut.

Sebagai contoh Selangor. Menteri Besar Badutnya masih lagi mengelak untuk menjelaskan ke mana perginya dana sebanyak RM55juta kepada rakyat.

Si Khalid Gagap tu juga masih GAGAL menjelaskan mengenai kerugian yang ditanggung oleh KDESB milik Kerajaan Negeri.

Jadi, ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Si Punaisihat Kerajaan Negeri Selangor kerana membangkitkan perkara tersebut. Tahniah kerana dia dah memalukan diri dia sendiri!!!

ANUGAY TERDESAK, MEROYAN TAK TENTU ARAH!!!


Apa hal pulak dengan Si Ketua Penipu ni ye? Kenapa pulak dia tiba - tiba meroyan tak tentu arah ni? Dia pun ada datang bulan jugak ke?

Kalau hari tu, sibuk pengikut - pengikut Si Ketua Penipu ni marah - marah kat blog Semut ni sebab balun puak - puak Pakatan Pembangkang tu.

Akhirnya, Si Ketua Penipu tu jugak turut mnengakui yang dia mula tak senang duduk akibat tekanan yang telah diberikan oleh semua blogger, Facebooker dan Twitter Pro BN.


Jadi, Semut ucapkan tahniah kepada semua blogger - blogger Pro BN yang berjaya membuatkan Si Ketua Penipu kelihatan begitu terdesak sampai macam ni sekali.

Itulah. Menipu la lagi. Kan dah tak pasal - pasal je jadi 'gila' dan tak tentu arah macam ni. Sekarang, baru dia tau. Baru dia rasa. Baru Padan Muka Dia!!!

ANUGAY TERGAMAM, LAUTAN MANUSIA DI PERMATANG PAUH!!!


Halamak!!! Habis la UMNO kali ni. Hari dah memang nampak dah sokongan rakyat di kawasan Permatang Pauh ni beralih kepada Barisan Nasional.

Kalau tengok keadaan seperti, memang konfirm la puak - puak UMNO kat kawasan tu jadi ketar lutut. Nak pulak bila Si Ketua Penipu tu sendiri turun padang.

Program : Perjumpaan Dengan Masyarakat Permatang Pauh.
Lokasi : Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh.
Masa : 21hb 2011. Selepas solat Jumaat. 2:30 petang.
Gua kehabisan kata-kata beb sebab terlampau terkejut... Habislah kalah sapa yang bertanding di Permatang Pauh pada PRU13 nanti kalau macam ni punya sokongan rakyat pada Anwar...
Puluhan ribu tu bebbb... bukannya puluh atau ratus orang tauu... Korang fikirlah sendiri yee... Hahahahahaha....
Ps: Hari tu, blogger - blogger puak - puak Pakatan Pembangkang tu sibuk mempertikaikan pasal sambutan 'hambar' yang diterima oleh Zul Noordin.

Tapi, itu hanya bergantung kepada satu gambar yang memang mudah sangat nak dipertikaikan. Kali ni, apa caranya diorang nak Poo...singh cerita ye??? 

Nak kata UMNO upah diorang supaya tak datang ke? Ke diorang akan kata ini semua konspirasi UMNO? Tak pun, alasan diorang, gambar diatas ni dah diubah suai. 

Itu semua contoh - contoh alasan yang diorang akan bagi nantu. Ala, bukan kita tak tahu. Diorang kan suka menipu rakyat. Apa lagi alasan yang diorang boleh buat!!!

MUSA HASSAN LELAKI MISTERI???


AIDCNews – 20/10/11 – Pada asalnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) berkonspirasi untuk mengenakannya dalam pertuduhan kes liwat II, membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, namun akhirnya pihak pembela sendiri membatalkan hasrat untuk memanggil kedua-dua tokoh itu sebagai saksi pembela.
Apakah wujud perselisihan pendapat di kalangan peguam bela Anwar khususnya, Karpal Singh sehingga mendorong Musa dan Rodwan dibatalkan sapina saat-saat akhir…?
Jika kita rujuk temu bual Anwar dengan Malaysiakini pada 3 Julai 2008, yakni setelah hampir seminggu berita kes liwat itu terbongkar kepada umum, Anwar berusaha keras mengalihkan isu liwat itu kepada konspirasi, sebagai kesinambungan dari tahun 1998.
Dalam ‘One on One With Anwar’ itu dengan jelas Ketua Umum PKR menuduh Musa dan Rodwan terlibat berkonspirasi untuk mengenakannya, iaitu dua watak sama yang pernah menyiasat kes liwat Anwar pada tahun 1998 (Kes Liwat I).
Beliau meletakkan dirinya sebagai ‘orang yang tidak bersalah’, tidak mengenali secara dekat dengan pengadu dan menganggap pengadu sebagai ‘perangkap’ untuk mengenakannya.
Seperti biasa, Anwar melarikan fokus dengan mengaitkan kes-kes lain termasuk ‘kes kematian salah seorang staffnya’ sebagai satu usaha terancang untuk mengalihkan isu.
Ramai juga yang percaya dengan kata-kata Anwar ketika itu. Apatah lagi, baru seminggu kes meletup, sudah tentu, sumber dari Anwar merupakan sumber yang valid.
Malah ketika itu, tidak terbongkar lagi isu penahanan dua pembantu Anwar, Muhamad Rahimi Osman dan Rasid Rosidi di Quality Hotel pada tarikh yang sama ketika pengadu membuat laporan polis.
Sila baca pengakuan bersumpah Rahimi Osman untuk lebih memahami situasi sebenar kejadian liwat tersebut.
Namun, amat mengecewakan apa yang diucapkan Anwar pada tahun 2008, tidak sama dengan pembelaan Anwar pada tahun 2011.
Anwar sendiri tidak berani memberi keterangan di ‘Kandang Saksi’ seperti mana yang diharapkan oleh ramai pihak, dan memilih ‘Kandang Tertuduh’ untuk menggelakkan bersumpah dan disoal balas oleh pihak pendakwa.
Ps: Perlu diingatkan kepada puak - puak Pakatan Pembangkang yang bangang tu. Sebelum ni, Peguam Bela Si Ketua Penipu tu yang tak nak panggil Tan Sri Musa Hassan sebagai saksi.

Diulangi. Peguam Bela Si Ketua Penipu tu yang batalkan hasrat untuk panggil Musa Hassan dan Rodwan sebagai saksi. Bukan Tan Sri Musa yang tak nak jadi saksi.

Sebab apa diorang tak dipanggil menjadi saksi? Persoalan yang lebih utama, untuk apa diorang PERLU dipanggil menjadi saksi penbelaan?

Diorang bukan boleh membela Si Ketua Penipu tu pun. Jadi, apa kejadahnya Peguam Bela Si Anugay tu nak buat tindakan bodoh macam tu!!!

BRITNEY SPEARS MEMALUKAN SI ANUGAY!!!


Huk ala!!! Memalukan je Si Ketua Penipu ni. Kalau kena gayanya macam la dia tu terkenal seluruh dunia sampaikan habis satu dunia ditipunya hari tu.

Kalau ikutkan, Si Ketua Penipu tu dah habis buat 'Tour' diseluruh dunia. Ingatkan popular la sangat. Rupa - rupanya, habuk pun tarak!!!
PENYANYI pop, Britney Spears kini mempunyai 10 juta pengikut di laman sosial Twittermiliknya.
Turut tersenarai sebagai 10 individu yang mempunyai paling ramai pengikut antaranya ialah Lady Gaga, Justin Bieber, Katy Perry dan Barack Obama.
Sebagai membalas jasa baik peminatnya, Britney turut menjadi pengikut lebih 419,514 profil peminatnya dan telah membalas lebih 1,095 pesanan setiap hari sejak melancarkan akaun tersebut.
Senarai di bawah adalah 10 individu yang paling ramai pengikut di laman sosial Twitter:
1.Lady Gaga: 14,441,874 (pengikut)
2.Justin Bieber: 13,365,355
3.Katy Perry: 10,751,805
4.President Obama: 10,527,232
5.Kim Kardashian: 10,356,472
6.Britney Spears: 10,157,102
7.Shakira: 9,154,900
8.Taylor Swift: 8,458,688
9.Rihanna: 8,317,546
10.Ashton Kutcher: 7,928,341

TDM BOCOR RAHSIA, ANUGAY BILA NAK SAMAN???


Ish Tun Dr. Mahathir ni. Ribut tak de, angin tak de, tetiba pulak dia nak bocorkan rahsia Si Ketua Penipu tu pulak. Apa rahsia yang dia dah dedahkan?

Tapi jangan salah sangka. Rahsia ni pun sebenarnya bukan isu baru. Tapi dah lama dah isu ni timbul sebenarnya. Sejak awal tahun lagi, isu ni dah hangat diperkatakan.

Kali ini, ianya boleh dijadikan bukti pulak dalam perbicaraan kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Bekas Pembantu Khasnya, Mohd Saiful.

Sebelum ini, Doktor yang merawat sakit tulang belakang Si Ketua Penipu tu kata, punca penyakit tu disebabkan kerana dia dipukul oleh Polis.

Tapi, dalam pendedahan yang dibuat sebelum ini jelas membuktikan yang Si Ketua Penipu tu dah kencing Doktor Hoogland hidup - hidup. Meh baca kenyataan dibawah:


Petikan dari buku 'A Doctor In The House - The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
AIDCNews – 17/10/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah jatuh kuda, hingga hampir patah lehernya, tetapi kemudiannya beliau menukar cerita dengan menuduh pihak polis mencederakan lehernya, begitulah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bukunya, A Doctor In The House, MPH Group Publishing Sdn Bhd, 2011.
“Selama bertahun-tahun, kami mempunyai hubungan peribadi yang baik. Beliau menunggang kuda sepertimana yang saya lakukan, walaupun beliau terbukti adalah penunggang yang tidak sabar. Sebelum beliau pandai menunggang dengan betul, (tetapi) beliau (sudah) mula menunggang kencang.
“Beliau jatuh dan hampir patah lehernya dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Kemudian beliau menuduh pihak polis telah mencederakan lehernya”, katanya.
Eh! Bukan ke Si Ketua Penipu tu kata dia nak ambik tindakan terhadap penerbitan buku Tun Dr. Mahathir sebelum ni? Jadi, kenapa dia masih belum ambik tindakan?

Kalau diingatkan balik, dalam buku Tun ni ada tulis mengenai skandal Si Ketua Penipu tu dengan empat orang wanita.

Dua daripada wanita tersebut sanggup memenuhi kehendak Si Ketua Penipu tu, dan dua lagi pulak menolak. Dan perkara tersebut turut diakui oleh sahabat baik Si Ketua penipu tu sendiri.

Jadi, sekarang ni macam mana? Adakah dia akan ambik tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun dalam buku dia ni? Atau adakah dia hanya akan mendiamkan diri?

Ke dia nak kata yang ianya hanya konspirasi demi menjatuhkan maruah dia je? Kalau dia berani, ambik tindakan. Setakat bercakap je, apa guna!!!

KES LIWAT BERAKHIR JUGA!!!


Perbicaraan kes meliwat Si Ketua Penipu terhadap bekas Pembantu Khasnya disambung lagi hari ini.

Pihak Pendakwa menyatakan bahawa pihak Pembelaan sudah bersiap sedia untuk menutup kes tersebut.

Namun, pihak Pendakwa akan memanggil 4 orang saksi tambahan bagi membuktikan Si Ketua Penipu itu tidak seperti yang dinyatakan sebelum ini.

4 orang saksi itu akan dipanggil esok untuk disoal oleh kedua - dua pihak dan hakim turut bersetuju dengannya. Pihak pembelaan juga tidak mempunyai sebarang bantahan mengenai saksi - saksi tersebut.

Mahkamah ditangguhkan esok.

Ps: Pelik bukan. Kenapa Si Ketua Penipu tu tak panggil Kak Wan Omega atau Si Nurul Izzah untuk jadi saksi alibinya? Atau adakah dia tidak mempunyai sebarang alibi lansung?

Bukan ke diorang berdua kata yang Si Ketua Penipu tu ada bersama diorang pada hari kejadian sewaktu sidang media yang dibuat sebelum ini?

Atau adakah diorang berdua juga turut menipu dengan memberikan kenyataan palsu kepada pemberita mengenai perkara tersebut?

Nampak gayanya, Kebenaran akhirnya akan terserlah juga dan wajah sebenar Si Ketua Penipu tu akan diperlihatkan kepada masyarakat.

Dan yang paling pasti, Si Ketua Penipu tu dah diberi peluang untuk membela diri. Dia juga mempunyai peluang untuk memanggil saksi - saksi dalam sesi membela diri bagi kes tersebut.

Adakah dia dan konso - konsonya tetap akan mengatakan bahawa ianya adalah konspirasi juga? Apa - apa pun, kes ni bakal berakhir tak lama lagi. Sama - sama kita nantikan keputusannya nanti.

ANUGAY PENING, JERAT DAH MAKAN DIRI!!!


AIDCNews – 14/10/11 – Jika benar seperti yang dikatakan peguam peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair bahawa Dr Thomas Hoogland adalah saksi pembelaan terakhir, bermakna pembelaan kes liwat Anwar itu berakhir dengan tiada alibi.

Sebelum ini di kalangan jentera PKR menwar-warkan Ketua Umum PKR mereka mempunyai pembelaan yang kukuh terutamanya alibi, iaitu individu-individu yang boleh tampil menjadi saksi yang mengesahkan Anwar tiada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa di mahkamah.

Namun begitu alibi-alibi Anwar sentiasa berubah-ubah, dari senarai awal, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar kepada Profesor Datuk Dr Mohamad Ariff Abdul Kareem, Hasanuddin Abdul Hamid, Noor Sham Abd Hamid dan akhirnya, tiada seorang pun ditampilkan sebagai saksi alibi.

Isnin ini, 17 Oktober, dijangkakan giliran pihak pendakwa menyoal balas saksi pembela terakhir, Dr Hoogland. Pendakwa dijangkakan akan menampilkan saksi-saksi lain yang berautoriti untuk mematahkan hujah-hujah doktor peribadi Anwar dari Munich, Jerman itu.

Perkembangan mutakhir ini juga menarik, apabila pihak Anwar sendiri secara sukarela membatalkan sapina dua saksi, iaitu Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) sebagai saksi pembelaan mereka.

Ada misteri yang tersembunyi di sebalik pengguguran dua nama yang cukup dikenali Anwar itu.

Bermakna, selepas selesai Hoogland, bermula lah episod terakhir, iaitu pihak pembela dan pendakwa membuat rumusan masing-masing, sebelum hakim memutuskan Anwar bersalah atau tidak.

Dalam pembelaan, selain Anwar yang memilih pendekatan membela tanpa bersumpah, iaitu dari Kandang Tertuduh, beliau dibantu oleh 6 saksi lain yang bukan alibi.

Mereka adalah Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, Dr David Wells, Dr Brian McDonald, Lim Kong Boon, Najwan Halimi dan Dr Thomas Hoogland.

Sedangkan pihak pendakwa semasa mahu membuktikan kes, pihaknya telah memanggil 27 saksi termasuk saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang memilih keterangan secara bersumpah, dari ‘Kandang Saksi‘.

Dari situ sudah nampak tidak balance.

Ps: Nampak gayanya, Si Ketua Penipu ni pun dah terperangkap dalam jerat dia sendiri berkaitan dengan isu kes liwat ni.

Tapi, bukan salah orang lain pun. Salah dia sendiri jugak. Yang dia bodoh sangat tu kenapa? Cara mudah ada, kenapa dia tak nak guna?

Serah je DNA dia kepada pihak Mahkamah. Benda semudah itu pun dia tak boleh buat. Jadi jangan la nak salahkan orang lain pulak!!!

KEBODOHAN ANUGAY TERUS TERSERLAH!!!


Ya!!! memang itulah yang berjaya dilakukan oleh Si Ketua Penipu ni sebenarnya. Apa yang dia mampu buat hanyalah menonjolkan lagi Kebodohan diri dia sendiri.

Nak pulak apabila pendedahan video terbaru dia mula didedahkan baru - baru ni. Maka mula la dia menggelabah tak tentu arah.

Oleh gelagat Anwar – Pagi ini, pejabat PKR di Tropicana macam dilanda ribut + tsunami + gempa bumi. Kecoh.
Satu opis diarah datang awal disebabkan ada taklimat khas mengenai kaedah mengenepikan rakaman video terbaru yang dikeluarkan oleh Papa Gomo dan Parpu Kari.
N Surendran dan Latheefa Koya adalah antara orang terawal yang dipanggil mengadap. Tajuk perbincangan adalah ‘damage control’ kepada apa yang sedang berlaku di laman alternatif.
Kebanyakan circle Anwar percaya bahawa video terbaru ini turut disupply oleh tuan yang sama. Eskay. Modus operandi pun sama. Gaya pun sama. Kaedah pun sama. Semua ini memang bertujuan untuk mengugut Anwar bagi mendapatkan lebih banyak wang. Itu sahaja.
Namun seorang yang ternama dalam kem Anwar – menyatakan bagaimana ini akan menjadi ‘the end’ kepada perjuangan Anwar. Tidak ada lagi kredibiliti. Hancur berkecai. Berderai.
Khabarnya, berdasarkan rekod diari di Pejabat – yang biasanya akan ‘synchronize’ dengan diari peribadi Anwar – mencatatkan kebenaran bahawa pada tarikh yang tersebut; Anwar memang block untuk satu lawatan ke Thailand. Kantoi?
Anwar perlu mencari jalan baru bagi menafikan itu adalah dirinya.
Kalau ikut kepada gerak geri – menurut kalangan pimpinan PKR yang menonton rakaman di tersebut di Subang Jaya pagi ini…memang benar; itu adalah Anwar.
Gambar kata ya. Rekod diari kata ya. Kawan-kawan kata ya. Apa lagi?
Surendran dan Latheefa Koya diarah berbincang untuk mencari kaedah menghentikan perkara ini.
Yang lebih rosak – katanya, Kak Wan sudah mula histeria dengan video yang terbaru ini. Kacau nampaknya rumah tangga boss lama aku ni. Kacau.
Yang dia bodoh sangat tak nak ambik tindakan terhadap Datuk Shazryl Eskay tu pasal apa? Kalau dia kata, Eskay tu yang bertanggungjawab, kenapa dia tak ambik tindakan?

Dah la dia tak berani nak ambik tindakan terhadap Datuk Eskay tu. Dia nak salahkan orang lain pulak sebab mendedahkan video tersebut.

Orang dedahkan video tu bukan sengaja nak mengaibkan diri dia. Tapi untuk mempertontonkan kepada rakyat Malaysia mengenai sifat sebenar dia.

Supaya ianya menjadi teladan dan dinilai sendiri oleh rakyat sama ada dia layak atau tidak untuk jadi pemimpin.

Tapi, kalau dah nak menjaga nama baik sendiri, maruah keluarga dan agama sendiri pun dia tak berani nak tegakkan, macam mana nak jadi pemimpin!!!

VIDEO BARU SAH BUKAN ANWAR!!!


Pagi tadi, kebanyakkan laman blog mendedahkan satu video yang kononnya ada kaitan dengan Pemimpin Kanan Pakatan Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim.

Dari video yang dipaparkan, kelihatan seorang lelaki sedang mundar mandir didalam bilik sambil memakai Jubah Mandi sahaja.

Setelah menonton video tersebut, Semut mengesahkan yang ianya bukan Anwar Ibrahim. Kalau ada orang kata itu dia, ianya hanya fitnah belaka. Konspirasi semata - mata.

Yang ada dalam video tu ialah orang yang dikenali sebagai Anugay, Si Ketua Penipu dari Parti Kencing Rakyat semata - mata.


Orang yang Semut kenal dengan nama Anwar Ibrahim ni tak de perangai seperti ini. Dan nama itu terlalu baik buat Si Ketua Penipu yang perangainya tak semenggah macam ni.

Dan orang dalam gambar dibawah ni la yang sebenarnya didalam video tersebut. Tengok muka dia pun dah tau. Macam Musibat!!!


Ps: Kita kena ingat. Dalam Malaysia ni, bukan dia sorang je yang ada nama Anwar Ibrahim. Dan nama tu pun bikin malu buat mereka yang ada nama serupa!!!

ANUGAY SAMAN BLOGGER SEBAB KATIL???


Uik!!! Ni apa cerita pulak ni? Tak abis - abis lagi ke Si Ketua Penipu tu nak saman blogger - blogger ni? Hari tu dah kata nak saman sebab isu Video Seks dia.

Kali ni, katanya dia nak saman sebab 'Katil'. Ai!!! Takkan sebab katil pun dia nak saman jugak kot??? Meh kita baca kisah misteri pasal 'katil' ni terlebih dahulu.

Malam tadi saya menerima satu e mel dari seseorang yang tidak dikenali yang menghantar gambar di atas.
Kata si penghantarnya, mohon tanya kepada Anwar Ibrahim samada dia kenal atau tidak gambar katil diatas ?
Si penghantar juga meminta saya meneliti betul-betul tarikh dan masa yang dicatatkan di bahagian atas sebelah kanan.
Jika dilihat pada tarikh tersebut ianya mencatatkan tarikh 13.01.2011 jam 8.30. Jika kita imbas kembali tarikh berkenaan ianya sama dengan tarikh yang dipersoalkan di blog-blog sejak 3 minggu yang lepas, dimana Anwar pada 12 dan 13 Januari 2011 ?
Hah!!! Macam mana? Berani ke tidak Si Ketua Penipu tu nak ambik tindakan terhadap pendedahan yang dibuat oleh blogger ni?

Itu baru mukaddimah dia je. Belum dia masuk cerita penuh. Kalau dia masuk cerita penuh nanti, mau haru biru jadinya hidup Si Ketua Penipu tu.

Tapi, Semut yakin. Kalau video terbaru dia tu keluar sekali pun, Si Ketua Penipu ni takkan ambik apa - apa tindakan sekali pun.

Sedangkan dia cakap nak saman hari tu pun, tak saman - saman jugak lagi. Datuk Eskay yang mula - mula keluarkan video dia tu pun dia tak berani saman. Apa kejadahnya?

Jadi, buat Papagomo atau mana - mana blogger yang ada video tu, jangan takut. Keluarkan je video tu. Biar semua orang tengok!!! Baru Padan Muka Dia!!!

Ps: Baca artikel seterusnya, klik disini.

ANUGAY TAK JADI GUNAKAN 'ANU'NYA JADI SENJATA!!!



AIDCNews – 08/10/11 – Sekarang sudah jelas tujuan utama Dr Thomas Hoogland dari Munich, Jerman dipanggil menjadi saksi pembela kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tujuannya untuk ‘mengesahkan’ Anwar tidak mungkin meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan berasaskan faktor sakit tulang belakang
“Pakar Jerman itu berkata sebelum pembedahan itu, Anwar hampir tidak boleh berjalan langsung“, lapor Bernama memetik keterangan Hoogland di mahkamah yang memberitahu Anwar sebelum pembedahan di kliniknya, di Munich, Jerman pada 6 September 2004.
Anwar telah memilih untuk merawat sakit tulang belakangnya di Klinik Alpha, Munich, sebaik sahaja beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.
Menurutnya ketika itu, beliau memilih Klinik Apha kerana klinik itu paling terbaik, berbanding dengan hospital kerajaan dan swasta di Malaysia.
Difahamkan Anwar mengambil masa 3 minggu, bermula dari 6 September hingga 27 September dalam menjalani rawatan di klinik pilihannya itu.
Selepas rawatan, menurut Anuar Shaari, salah seorang pegawai Anwar yang mengiringi Ketua Umum PKR di Munich itu, pembedahan dan rawatannya berjaya sehingga Anwar berjaya pusing hampir tiga suku dunia untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya.
Namun, jika diteliti secara teliti keterangan Hoogland di atas terdapat fakta yang telah dimanipulasi yakni berbohong di mahkamah apabila mendakwa ‘Anwar hampir tidak boleh berjalan langsung sebelum dirawat di kliniknya.
Fakta Hoongland tidak tepat kerana rakaman-rakaman video yang merakamkan aktiviti Anwar selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh menunjukkan bukti Ketua Umum itu boleh berjalan, malah boleh memusing kepala, meskipun leherinya memakai pendakap.
Ps: Kalau spekulasi sebelum ni katanya dia akan gunakan 'Anu'nya jadi senjata terakhir dalam perbicaraan kes liwat.
Tapi, mungkin sebab dia 'malu' nak jadikan benda tu sebagai Alibi, dia gunakan pulak masalah sakit tulang belakang dia. 
Kalau tengok video kat bawah ni, mau terkedu dia dibuatnya. Dah tak pasal - pasal je doktor dia tergagap menjawab soalan Pendakwa dalam mahkamah.
Nak kata dia tak boleh membalun pun tak jadi. Dah tak pasal - pasal je doktor dia pun songeh sendiri. Menipu la lagi!!! Baru Padan Muka Diorang!!!

Followers