CHEGUBARD KETAGIH PADA ANWAR!!!


Ai!!! Lain macam betul 'Chegu' sorang ni. Apa benda pulak yang dia ketagihkan sangat dengan Si Ketua Penipu tu? Tak puas lagi ke dia dibawa 'berbulan madu' baru - baru ni?

Kalau hari tu, masa pemilihan parti, dia la yang paling lantang sekali mempertikaikan mengenai 'tangan ghaib' Si Ketua Penipu tu.

Malah dia jugak yang sanggup menentang keputusan yang diberikan oleh Setiausaha Agung, Si Mat Muka Bulan tu mengenai aduan dan laporan yang dibuat oleh ahli.

Samapikan dia sanggup menolak tawaran jawatan Penolong Setiausaha Agung yang diberikan oleh Si Ketua Penipu itu sebagai tanda protes.

Tapi kenapa sekarang dia senyap je dengan isu tersebut? Kenapa dia tak membangkitkan pasal perkara itu sedangkan ianya masih belum selesai?

Nampak sangat yang Chegubard ni memang jenis manusia yang mudah lupa. Dia dah dapat apa yang dia nak, semua benda dia tinggalkan.

Termasuk la orang - orang yang kuat menyokong dia dalam pemilihan tempoh hari. Rupanya dia sekadar nakkan perhatian. Bukan nak memperjuangkan hak ahli pun!!!
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Badrul Hisham Shaharin didakwa cuba menagih imbuhan 'lumayan' daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sehingga hari ini tidak berani menyahut cabaran agar membuat laporan polis berhubung pembelian cincin yang dikait dengan Datin Seri Rosmah Mansor.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, beliau tidak faham kenapa Badrul yang mendakwa mempunyai bukti cincin itu dibeli oleh Rosmah enggan membuat laporan polis, kecuali aktivis jalanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu cuba bermain persepsi demi menarik perhatian ketua pembangkang.
"Saya dimaklumkan Badrul menggunakan fitnah ini untuk menarik perhatian Anwar bagi mendapat imbuhan lumayan dalam PKR. Saya percaya dia cuba bermain dengan persepsi rakyat agar perhatian Anwar kembali terarah kepadanya sebab itu dia tidak berani menyahut cabaran saya sebelum ini.
"Badrul tahu dakwaan mengenai pembelian cincin AS$24 juta (RM72 juta) fitnah sebab itu dia tidak berani melaporkan kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau membuat dakwaan terbuka bahawa cincin berkenaan milik Rosmah.
"Sebab itu, walaupun telah tiga kali saya melontarkan cabaran, satu pun tidak disahut. Sebaliknya Badrul mahu saya menutup mulut. Kenapa saya perlu berdiam diri kalau tahu semua ini fitnah, saya akan terus bersuara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sehubungan itu, Anuar sekali lagi mencabar Badrul, iaitu cabaran kali keempat supaya melaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera agar siasatan dapat dijalankan dengan terperinci bagi membolehkan rakyat tahu siapa sebenarnya yang berbohong.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi mendesak Badrul supaya menjelaskan mengenai pertemuan sulitnya dengan Anwar di Indonesia, apakah benar ia bertujuan untuk membuat perancangan khusus bagi memfitnah Rosmah kerana isu cincin timbul selepas pertemuan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Followers