MAT GELAP BUAT HAL LAGI!!!



Dia dah buat pulak!!! Dah tak jadi Ketua Penerangan pun masih lagi dia nak bagi maklumat yang salah kepada rakyat serta ahli - ahli PAS ke?

Sudah - sudah la Idris Ahmad oi!!! Orang dah tak nak kat awak, tak payah la susah - susah nak pertikaikan itu dan ini. 

Orang dah tak percaya, sebab itu orang tak lantik jadi Ketua Penerangan bagi sesi kali ini. Dah tak pasal - pasal je kantoi mempertikaikan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Kata Si Mat Gelap, Idris Ahmad ni, UMNO kononnya lewat untuk memperjuangkan Kemerdekaan Negara berbanding dengan beberapa gerakan lain.


Pada hal, kata dia, golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuarakan Kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).


Nampak sangat Si Mat Gelap ni buta sejarah. Dia tak sedar ke gerakan UMNO yang diwujudkan oleh Datuk Onn Jaafar bermula pada tahun 1942 di Johor?


Jika nak dibangdingkan dengan kedua - dua gerakan yang dia sebut diatas, jelas UMNO yang pada ketika itu dikenali sebagai Pertubuhan Melayu Johor terlebih dahulu memperjuangkan Kemerdekaan?


UMNO atau dikenali sebagai Pekembar merupakan pengasas kepada penentangan terhadap Malayan Union dimana Allahyarham Datuk Onn telah menggerakkan kebangkitan Melayu diseluruh Tanah Melayu pada ketika itu.


Idris Ahmad sebenarnya tidak layak untuk bercakap diatas tiket sebuah Parti yang jelas menjadi serpihan kepada UMNO pada asalnya.


Malah PAS sendiri telah ditubuhkan selepas Kemerdekaan. Maka adakah mereka layak untuk mempertikaikan perjuangan UMNO dalam menuntut Kemerdekaan pada ketika itu?


Dan didalam laman web Parti Angguk Saja ni, jelas sejarah asalnya telah diputar belitkan oleh mereka. Banyak isi kandungannya tidak diceritakan secara telus. (Kita Cerita lagi nanti)


Dalam tidak sengaja membaca blog MiM, Semut dapati mereka (PAS) juga turut mempertikaikan hak kerakyatan Jus Soli yang diberikan kepada rakyat bukan Melayu.





Dipetik dari laman web rasmi PAS
Adakah Si Idris Ahmad ni nak mempertahankan sejarah yang ditulis didalam laman web rasmi Parti Angguk Saja tu?


Kalau dia nak merujuk kepada apa yang telah ditulis, maknanya, memang sah la PAS tak suka orang bukan Melayu duduk di Tanah Melayu ni pada ketika itu.


Jika tidak, kenapa perkara tersebut dinyatakan didalam laman Sejarah mereka dan meninggalkan perkara - perkara yang lebih penting?


Itu la. Orang suruh belajar, dia ponteng sekolah. Sekarang dah terbelit - belit jadinya. Tak pasal - pasal je memakan diri sendiri. Nampak sangat menipunya. Baru Padan Muka dia!!!

No comments:

Post a Comment

Followers