MAT SYABU JIJIK DAN MEMALUKAN NEGARA!!!


Inilah dia rupa manusia paling jijik dalam Negara. Demi mendapatkan sokongan Politik, sampaikan pejuang - pejuang Kemerdekaan pun sanggup dihinanya.

Malah dia turut menghina anggota - anggota keselamatan yang terkeorban dalam tragedi Bukit Kepong sewaktu menentang Komunis.

Jadi tak heran la sebab apa satu Malaysia asyik mengutuk manusia yang bernama Mat Syabun ni sejak akhir - akhir ni.

Apa tujuan Si Mat Syabun ni sebenarnya? Adakah dia nak membangkitkan semula semangat Komunisme didalam Negara?

Kenapa sampai hari ini, dia masih tidak menjelaskan kepada rakyat mengenai apa yang telah dinyatakan sesama dia memberi ceramah baru - baru ini?

Alasan dia hanya lah dengan menyatakan bahawa dia lupa. Dan kata dia, dia tak sebut pun mengenai perkara itu dalam ceramahnya serta nak saman pihak Utusan.

Dah terlepas cakap nak saman Utusan konon. Akhirnya nanti tak saman jugak sebab dia tau bukti semua dah cukup. Sama macam kes dia dengan Polis hari tu.

Kata nak saman, tapi sampai hari ni, tak saman - saman jugak. Apa kejadahnya? Apa, takut ke? Jangan banyak bagi alasan la. Kalau dah namanya Penipu, penipu la jugak!!!

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kenyataan yang menjijikkan, menghina pejuang negara serta tidak bertanggungjawab.
Demikian tegas Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berhubung kenyataan kontroversi oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
Menurut Shafie, Mohamad secara jelas menyokong komunis yang diharamkan apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
"Kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin parti Islam. Ia merupakan satu penghinaan terbesar kepada pejuang negara dan seluruh keturunan mereka.
"Oleh itu, saya menyeru supaya semua waris anggota polis itu bersatu dan tampil ke hadapan menolak penghinaan yang telah dilakukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Lebih biadab, dalam ceramah itu, Mohamad turut mendakwa bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana merupakan pegawai British.
Pengerusi Persatuan Bekas Polis Johor, Mohd. Shah Ithnin berkata, kenyataan tersebut menunjukkan Mohamad mengagungkan PKM yang sememangnya diketahui zalim.
"Saya sangat dukacita dengan kenyataan tersebut. Saya percaya waktu kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong, dia (Mohamad) baru ingin mengenal dunia, masakan dia boleh memberi kenyataan tentang sesuatu yang dia tidak tahu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Followers