MUSA HASSAN MAKIN MENGGANAS!!!


Hebat Bekas Ketua Polis Negara ni. Dalam diam - diam, dia masih lagi mengganas dengan membuat kenyataan seperti ini.

Nampak gayanya, sengat Tan Sri Musa Hassan masih berbisa setiap kali dia muncul dengan komen - komen mengenai isu - isu semasa.

Kalau hari tu, dia berjaya buat peguam - peguam Si Ketua Penipu panas hati kerana hadir ke mahkamah tetapi enggan ditemu bual.

Kali ini, dia membalun kenyataan yang keluar dari mulut Si Mat Sabun Komunis Penipu dengan lebih lantang lagi menggelarkan Mat Sabun sebagai Penganas dan Pengkhianat.

Tapi memang gelaran itu layak diberikan kepada Si Mat Sabun ni sebenarnya. Dia memang suka buat dakwaan dan menyelewengkan fakta sejarah.

Mungkin sebab dia GAGAL dalam subjek sejarah sewaktu zaman persekolahan dia dulu kot. Maka sebab itu la dia nak buat sejarah baru dengan menaikkan nama Kmunis sebagai hero.

Dasar tak sedar diri betul la Si Mat Sabun ni. Memang patut sangat Tan Sri Musa Hassan balun dia supaya dia ingat sikit. Jangan suka - suka hati dia je nak buat dakwaan. Silap hari bulan, makan diri sendiri, baru Padan Muka Dia!!!

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.
Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.
Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.
“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.
“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Followers