AL - KISAH 'PEMERAM' PAS MESIR!!! - Bhg 2

Salah Seorang Pemimpin PEMERAM PAS Di Mesir
Sambungan dari Bahagian 1 petang tadi mengenai 'PEMERAM' PAS Mesir. Klik sini untuk mereka yang baru mengikuti kisah ini.

Seperti yang Semut jelaskan petang tadi, PEMERAM ini merupakan kader yang menjalankan tugas bagi menyebarkan propaganda Pembangakang dikalangan Pelajar Malaysia.

Dan yang jelasnya, mereka menjalankan kerja diatas arahan puak - puak Parti Angguk Saja tu. Modus Operandi mereka juga sama dengan PAS.

Jika di Malaysia, PAS sesuka hati mengkafirkan orang Islam. Maka begitu juga dengan PEMERAM ni. Mereka sesuka hati je menggelarkan sesama Islam kafir dan sebagainya.

Atas sebab apa? Sebabnya mudah. Kadang - kadang sebab ada Pelajar perempuan yang enggan memakai tudung labuh.

KONONnya, mereka kata, pelajar ini tidak mahu mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Alasan yang diberikan oleh PEMERAM ialah tudung labuh ni adat orang di Mesir.

Adakah dakwaan mereka itu benar belaka? Tidak. Kerana JARANG dilihat orang Arab Mesir yang Islam memakai tudung labuh kecuali yang sudah bersuami sahaja.

Adakah dengan tidak memakai tudung labuh, mereka berhak menggelarkan orang lain itu kafir? Adakah perbuatan itu dibenarkan didalam Islam?

Kalau ianya dibenarkan, kenapa Sheikhul Azhar telah MENGHARAMKAN Pertubuhan PEMERAM ini dari kalangan Pelajar - Pelajar Universiti?

Heran kan. Itu satu sebab. Satu lagi sebab kenapa PEMERAM ini dilihat mirip kepada PAS ialah apabila mereka bergerak mengutip derma dari para Pelajar.

Nak pulak kalau Pelajar tu budak baru. Lagi la diorang suka minta duit ni. KONONnya untuk menjaga kebajikan mereka serta sebagainya.

Bila ditanya, kenapa perlu dibayar sedangkan Pelajar itu bukan ahli Pertubuhan tersebut? Katanya, Pelajar ini sudah membayar yuran keahlian.

Yuran keahlian itu katanya dikutip sejak Pelajar tersebut mendaftar dirumah Negeri masing - masing. Terutama sekali bagi Negeri Pahang.

Bukan sedikit duit yang diminta. Tetapi sebanyak 200USD seorang atau bersamaan dengan RM600 duit Malaysia. Kalau tak bayar, sesuatu akan menimpa mereka katanya.

Aik!!! Tapi tadi diorang cakap yang ianya bagi menjaga kebajikan. Ini dah macam nak minta duit perlindungan la pulak.

Sejak bila Islam ajar semua benda ni? Sejak bila Islam dijadikan sebagai sebuah pertubuhan Kongsi Gelap? Setahu Semut, yang mintak wang perlindungan ni gengster je.

Dalam buku kitab hadis mana yang diorang ikut yang mengatakan Rasulullah S.A.W suruh bayar wang perlindungan kepada PEMERAM ni? Sunnah mana yang diorang ikut?

Nampak sangat kader puak - puak Pakatan Pembangkang ni lagi teruk daripada puak - puak PAS di Malaysia ni. Bukan minta je, siap ugut pulak tu.

Yang di Malaysia ni, semua duit kutipan derma diambil oleh pemimpin. Jadi tak mustahil duit 'Perlidungan' PEMERAM di Mesir juga turut di'kapur' dek Pemimpin mereka jugak!!!


Bersambung lagi...

No comments:

Post a Comment

Followers