BIAWAK LGE TERSAMPUK PENYAKIT MAT SYABUN!!!


Kebiasaannya, kita dengar perkataan 'Saya Tak Ingat' atau 'Saya Dah Lupa' ni hanya dikeluarkan oleh Si Mat Syabun tu sahaja.

Tapi tak sangka pulak 'Abang' Si Mat Syabun yang juga merupakan Si Ketua Menteri Pulau Pinang ni pun ada penyakit yang sama iaitu 'Amnesia'.

Boleh pulak dia kata dia terlupa apa yang diucapkannya sendiri sebelum ini? Pelik. Memang betul la diorang ni adik beradik kot. Maka sebab itu la penyakit diorang pun sama.

Tak pun sebab lama sangat diorang duduk dalam satu bilik tahanan masa di Kemunting dulu. Mungkin sebab itu la penyakit lupa ni boleh berjangkit.

Kalau dah namanya Penipu tu, penipu la jugak. Dah memang tak ubah dah diorang ni. Buat la apa pun, alasan bodoh jugak yang diorang bagi. Memang macam sial!!!


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak mengaku atau menafikan hari ini bahawa beliau membuat kenyataan memburukkan Johor berhubung kadar jenayah di negeri itu, semasa lawatan kerja ke Singapura baru-baru ini.
Lim berhati-hati dan dengan sopan meminta seorang wartawan TV3 meninggalkan bilik sebelum menyentuh isu itu dalam satu sidang akhbar di pejabatnya.
Beliau juga meminta apa-apa rakaman video kenyataannya, tidak diedarkan kepada stesen-stesen TV berkaitan kerajaan, kerana bimbang kandungannya akan "diputarbelit".
"Saya tidak mahu kenyataan saya mengenai perkara itu akan diputerbelitkan kerana ia pernah berlaku sebelum ini," kata Lim.
Lim yang juga setiausaha agung DAP kemudiannya menjelaskan bahawa beliau menghadiri satu ceramah majlis makan tengah hari tertutup dengan kira-kira 20 wartawan asing di republik itu, dan selepas itu salinan ucapannya telah diedarkan.
Ucapan yang disediakan itu, katanya, tidak menyebut apa-apa tentang Johor atau mengenai kadar jenayah di negeri itu.
Ditanya mengenai rakaman audio yang disiarkan Buletin Utama di TV3 - yang mendedahkan beliau memburukkan Johor berhubung kadar jenayahnya, semasa majlis pada 12 Ogos itu, Lim berkata beliau perlu menyemak konteks kenyataan itu dibuat.
"Jika saya telah membuat kenyataan itu, mari kita lihat konteks ianya dibuat ... ia adalah perbualan tertutup," katanya.
Lim berkata, perkara itu ditimbulkan semasa beliau berada di Surabaya, dan beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui setiausaha akhbarnya, Wong Kim Fei, dengan menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat "untuk bermain atau menari mengikut rentak media yang dikawal BN"
Ps: Kenapa pulak dia perlu menghalau 'dengan sopan' wartawan dari TV3 tu? Kalau dia berada dipihak yang benar, kenapa dia perlu takut?


Bukan ke dia jugak sebelum ni yang beria - ia nak sangat Ketelusan, Akauntabiliti dan sebagainya dalam setiap perkara? 


Jadi, kenapa perlu dia mintak TV3 atau mana - mana wartawan agar tidak menyiarkan liputan tersebut? Adakah itu Ketelusan maknanya?


Nampak sangat la yang dia ni bercakap pun memang suka berbelit - belit. Kan dah tak pasal - pasal je dia perangkap diri dia sendiri? Baru Padan Muka Dia!!!

No comments:

Post a Comment

Followers