BOB LOKMAN, CAKAP BESAR TAPI PENAKUT!!!


Kalau ini bukan bukti orang yang penakut, apa lagi bukti yang diperlukan untuk mengatakan yang seseorang itu tidak dari kalangan orang yang benar?

Kalau la Si Bob Lokman ni kata dia berdiri diatas Kebenaran, kenapa dia perlu takut sangat nak pergi ke Pejabat JAIS sehingga terpaksa dikeluarkan waran tangkap?

Malah alasan yang diberikan pun tak masuk akal lansung. Sebaliknya, ia hanya menampakkan Kesombongan dan Keangkuhan dia sahaja.

Masa wartawan mintak komen dia mengenai isu tersebut dengan bongkaknya dia kata dia tidak akan pergi ke Pejabat JAIS untuk memberi keterangan.

Tapi tak sangka pulak dia seorang yang penakut sehingga tak berani menjejakkan kakinya di Negeri Selangor. Kalau bercakap bukan main lagi.

Dalam komen dia sebelum ini juga turut menyatakan, apa yang dilakukan oleh JAIS ini bukan mahu menjaga keharmonian agama. 

Tetapi adakah tindakan dia tu menjaga keharmonian Agama secara keseluruhannya? Sekali lagi Semut katakan, kalau dia berada dikalangan orang yang Benar, kenapa dia perlu takut?

Jika dia benar - benar mahu berserah kepada Allah, jadi dia sepatutnya tidak perlu takut. Atau dia lupa, hanya orang berani kerana Benar dan takut kerana apabila dia Salah!!!
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu
NONE“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).

“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki dipetik akhbar itu.

Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.

Meskipun diminta tampil memberi keterangannya oleh JAIS, Bob yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS berkata tidak ada sebab untuknya bekerjasama kerana tindakan itu tidak ada kepentingan untuk Islam.

No comments:

Post a Comment

Followers