SI BIAWAK TERNGANGA, GAJI DIA LEBIH DARI PM!!!


Kalau sebelum ini, kecoh dalam sidang Dewan apabila Si Tian Chuak mengusulkan pemotongan gaji Perdana Menteri selama sebulan sebagai peringatan.

Si Tian Chuak juga menjelaskan bahawa gaji PM sebanyak RM22,826.65 perlu dipotong dengan alasan tindakan PM tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat.

Ala, macam la diorang sensitif sangat dengan kesusahan yang dihadapi rakyat ni. Bentang usul pun sekadar demi kepentingan Politik. Bukan untuk rakyat pun.

Itu pun ada hati nak kata PM tak sensitif terhadap kesusahan rakyat? Cuba bagitau, apa benda yang diorang buat untuk meringankan beban rakyat?

Sedangkan kawasan diorang sendiri pun tak terjaga, nak sibuk pulak dengan hal orang lain. Yang diorang dok asyik makan gaji buta dan tak datang sidang dewan tu, menda kejadahnya?

Dalam perkembangan yang sama, satu laporan mendedahkan bahawa gaji yang diterima oleh Si Biawak Lim Guan Eng tu lagi banyak daripada gaji PM ni.

Malah gaji dia sorang sahaja dah dua kali ganda lebih banyak daripada Perdana Menteri sendiri iaitu sebanyak RM 46, 521.27 SEBULAN.

Pendedahan tersebut dibuat sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang diadakan baru - baru ini.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) turut memaklumkan bahawa gaji yang diterima oleh Si Biawak ni juga turut melebihi gaji yang pernah diterima oleh Koh Tsu Koon.

Gaji ini disebabkan dia turut menjadi ADUN Air Putih dan juga Ahli Parlimen bagi kawasan Bagan. Dalam erti kata mudahnya, kiri kanan dia makan.

Itu tak masuk elaun - elaun lain yang dia terima secara bulanan. Sebagai contoh elaun Pengerusi PPDC yang entah berapa pulak jumlahnya tu.

Tapi persoalannya, apa yang dia dah buat selama dia menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri di Pulau Mutiara tu dengan gaji sebanyak itu?

Adakah dia menggunakan wang tersebut bagi membantu meringankan beban rakyat seperti mana yang dituntut oleh Si Tian Chuak sebelum ini?

Jangan kata nak membantu rakyat, menyusahkan rakyat lagi ada la Si Biawak ni. Kalau nak potong, gaji dia tu patut dipotong sebab dia tak buat kerja.

Kalau tidak, kenapa pulak ada desakan yang dibangkitkan oleh parti Gerakan agar gaji dia dipotong? Dah tentu ada masalah yang dibuat.

Jadi tak payah la puak - puak Pakatan Pembangkang ni sibuk nak mendabik dada mengatakan yang diorang ni bagus sangat. Bagus menipu ada la!!!

Ps: Itu gaji Si Biawak Lim Guan Eng. Kalau gaji Si Khalid Gagap tu, berapa pulak dia dapat ye? Dia pun main sapu kiri kanan jugak!!!

No comments:

Post a Comment

Followers