DAPigs BAKAL TENDANG KAKITANGAN AWAM BILA BERKUASA!!!


Sinchew Daily News m/s 9 - 1 November 2011 (Selasa)
Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh Setiap Tahun Akan Dikurangkan  Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee.
31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.
“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat
Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja.  Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,  sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.
Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara  majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).
Ps: Kalau ini bukan peringatan buat kakitangan Awam yang merasakan diri mereka cukup selesa dan masih mahu menentang Barisan Nasional, tak reti la Semut nak cakap.

Kalau sekarang ni, diorang masih boleh lagi mendabik dada dan secara terang - terangan menentang Kerajaan. 

Walaupun begitu, diorang masih jugak tetap bekerja dengan orang yang dikutuk, dimaki dan dihina oleh mereka sendiri. Umpama bunga yang diberi, tahi pulak yang dibalas!!!

No comments:

Post a Comment

Followers