SIS KECAM POLIS & UMAT ISLAM!!!

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) dengan mengecam tindakan keras pihak polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang dikuatkuasakan serta-merta hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata SIS, pihaknya menganggap ia satu lagi bentuk tindakan menapis dan menghalang aspek kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia.
“Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan.
“Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival? Bagaimana pihak polis hendak menguatkuasakan pengharaman ini?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
SIS berkata sementara pihaknya faham yang ada Muslim yang membantah idea menghormati kepelbagaian gender dan seksual, sebagai pertubuhan membela kaum wanita mereka tidak bersetuju dengan kaedah digunakan untuk menghalang idea-idea ini.
“Kami sendiri berhadapan dengan laporan-laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita, dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita Muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa,” kata SIS lagi.
Sehubungan itu kata SIS, pihaknya kecewa kerana Seksualiti Merdeka berhadapan dengan nasib intimidasi dan pengaiban yang sama.
“Kami meminta rakan-rakan Muslim agar menggunakan kebijaksanaan apabila berurusan dengan isu-isu dibawa oleh Seksualiti Merdeka.
“Kami juga meminta pihak berkuasa agar memastikan keselamatan dan sekuriti mereka yang terlibat khususnya penganjur, sukarelawan dan penyokong Seksualiti Merdeka,” kata pertubuhan ini.
Ps: Kenapa hanya umat Islam atau Muslim sahaja yang disebut? Adakah SIS ni dah terlalu banyak makan semut sehingga dia lupa yang agam lain juga turut mengecam program ini?

Nah ni! Baca kenyataan daripada seorang Paderi Kristian dari Sabah yang turut menyatakan program tersebut sebagai satu kerja GILA. Klik Sini.

Malah bukan setakat Kristian sahaja yang mengecam penganjuran Program Seksualiti Merdeka ni. Boleh dikatakan semua agama pun turut menentangnya.

Ketahuilah bahawa SIS atau ejaan penuhnya Sister In Islam hanya memperalatkan nama Islam untuk mengelirukan rakyat. Keahliannya terbuka kepada semua.

Perjuangan mereka adalah diatas landasan Feminisme. Bukan untuk menegakkan Islam atau sebagainya.

Jadi, adalah tidak adil bagi SIS untuk menunding jari kepada Islam sahaja sedangkan agama lain juga turut membantah. Lain la kalau SIS ni dari kalangan orang yang tak de Agama!!!

No comments:

Post a Comment

Followers