BOB LOKMAN SALAHKAN IBU BAPA PULAK KE???

TEMERLOH, 25 Okt: Pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman mahu masyarakat sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi juga melibatkan persoalan tauhid dalam diri seseorang sebagai tunjang.

Selebriti yang lebih dikenali sebagai Bob Lokman itu, berkata malangnya ramai yang terpengaruh dengan istilah ‘Melayu itu Islam’ sehinggakan tidak pernah untuk menilai semula tauhid atau pun menuntut ilmu.

“Saya baru 9 bulan berada di atas jalan pulang yang benar...tau kenapa setelah umur 47 baru sedar? Sebab kesilapan paling besar saya lambat ialah kerana selama ini saya terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam.

“Pegangan itu membuatkan saya rasa sentiasa selesa. Sepatutnya semua kena sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi persoalan tauhid pun jarang dibicarakan, sedangkan tauhid itu tunjang,” katanya.
Ps: Semua orang tahu yang asas dan tunjang dalam Islam tu bermulanya di rumah dimana ibu bapa wajib menjalankan tanggungajwab mereka.

Dalam soal pasal Si Bob Lokman ni, dia nak salahkan mak bapak dia pulak ke sebab tak mendedahkan kepentingan tauhid dalam kehidupan?

Kalau tidak, kenapa selepas 47 tahun baru dia nak sedar? Kalau ibu bapak dia dah didik dia sejak dari kecik, dah tentu dia tahu perkara tersebut.

Jangan nak cuba salahkan orang lain la diatas kesilapan diri sendiri. Allah bagi hidayah kepada kita supaya kita boleh bermuhasabah.

Bukan suruh kita berbangga - bangga dengan apa yang kita ada. Bukan suruh kita riak tak tentu arah dan menyalahkan orang lain.

Takkan benda tu dia tak tau? Si Wali Terompah tu tak ajar dia ke? Haji Hadi tak bagitau pasal benda ni? Apa yang Si Mat Syabun tu buat? Tak tarbiah dia ke mengenai perkara ni?

Dari apa yang dibuat oleh Si Bob Lokman ni, nampak sangat yang tauhid dalam hati dia masih lagi cetek. Itu pun dia ada hati nak ajar orang lain konon. Ceit!!! Pigidah!!!

No comments:

Post a Comment

Followers