NIK AZIZ MEMBISU SEBAB MALU???


Hah!!! Kenapa pulak Si Wali Terompah ni nak mendiamkan diri dalam isu yang berkaitan dengan hukum hudud ni? 

Bukan ke dia kata sesi penerangan akan diadakan bagi menjelaskan perkara yang berkaitan dengan isu tersebut sebelum ini?

Tetapi, kenapa pulak dia berubah hati dan hanya akan mendiamkan diri dalam perkara tersebut? Takkan dia dah 'give-up' kot.
RANTAU PANJANG 26 Okt. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) tidak mahu lagi bercakap dan menjawab soalan daripada media mengenai hudud bermula hari ini.
Malahan beliau turut mengumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai jurucakap rasmi mengenai isu hudud.
Mursyidul Am Pas itu berkata, sekarang sudah sampai masanya untuk melaksanakan hukum tersebut dan bukannya hanya bercakap kosong.
"Saya sudah berjanji tidak mahu bercakap lagi mengenai hudud. Hanya Mohd. Amar seorang sahaja yang akan cakap mengenai hudud supaya tidak celaru.
"Zaman bercakap hudud sudah habis, sekarang masa bertindak, kita sudah buat jawatankuasa, biar jawatankuasa tentukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan penyampaian sumbangan sempena Aidiladha 2011 di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak memberi tempoh masa tertentu kepada Jawatankuasa Pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan untuk menyiapkan kajian mereka.
Hari ini, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam ruangannya Cuit membidas tindakan kerajaan Pas Kelantan yang hanya banyak bercakap daripada bertindak melaksanakan hudud di negeri ini.
Kelmarin, Kerajaan Pas Kelantan mengumukan pembentukkan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Pendirian Semut hanya satu. Kalau nak laksanakan hukum hudud ni, buat dengan seadilnya yakni merangkumi semua kaum dan tidak tertakluk kepada umat Islam sahaja.

Pelu ingat. Islam adalah agama yang adil kepada seluruh manusia dan itu tuntutannya yang sebenar. Maka kalau nak buat, buat betul - betul. Jangan main ambik separuh - separuh.

Persoalan Semut masih ada pihak yang tak mampu jelaskan. Dan pemimpin PAS sendiri pun masih 'dalam kajian' berkaitan dengan isu perlaksanaan hukum tersebut.

Nampak sangat yang diorang hanya menjadikan isu berkaitan dengan hukum ni sebagai senjata kepada mereka sahaja. Semuanya untuk kepentingan Politik. Bukannya nak menegakkan syriah Islam yang sebenar!!!

No comments:

Post a Comment

Followers