ANTARA SEBAB KENAPA DAPigs BENCI HASSAN ALI!!!


AIDCNews – 29/10/11 – Siapa lagi pihak yang paling berautoriti untuk mengesahkan berlakunya usaha pemurtadan di Selangor, kalau bukan, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

“Beliau datang hari ini bukan untuk berucap, tetapi beliau bakal memimpin doa dan munajat bersama.Dan hari ini, saya tidak akan memanggil beliau sebagai yang berhormat kerana beliau sendiri telah mengumumkan sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah, beliau keluar sebagai seorang muslim, bukan seorang politician mahupun exco.

“Atas dasar aqidah beliau di sini..atas dasar akidah kita bersama menadah tangan berdoa dan bermunajat kepada Yang Maha Esa..dipersilakan..kata pengerusi majlis semasa menjemput Dr Hassan Ali bermunajat dan memimpin doa dalam program HIMPUN di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu,

Sementara itu, Sinar melaporkan exco kerajaan Selangor itu tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan sokongan dalam Pas ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain.

Ini termasuk kehadiran dan penglibatannya dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu lalu yang bertujuan menyedarkan umat Islam mengenai bahaya murtad.

Hasan, bekas Naib Presiden Pas berkata, apa yang paling penting baginya adalah segala tindak tanduknya itu dilakukan dengan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab menunaikan amanah ALLAH.

“Itu yang lebih penting bagi saya, bukannya pangkat, populariti dan kekayaan. Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada ALLAH SWT,” katanya.

Ps: Agak - agak Si Khalid Gereja tu jatuh dalam kategori yang mana satu la ye?

No comments:

Post a Comment

Followers