KHALID GAGAP TERUS MEMBISU, KEPALA MAKIN KUSUT!!!

...Sampai Rambut Pun Dah Kusut. Padan Muka!!!...
Kalau sebelum ni, bila bercakap, dia la yang paling lantang sekali. Kalau bercerita, semua benda dia buat bagus belaka. Konon - kononnya, dia je yang pandai.

Tapi bila dah kena macam ni, tau pulak dia diamkan diri dan tak berani nak keluarkan sebarang kenyataan mengenai kerugian yang dialami oleh anak syarikat Kerajaan Negeri.

Mana perginya KeEgoan dia yang selalu ditunjuk - tunjuk kepada rakyat? Ke mana hilangnya keangkuhan Si Menteri Besar Badut ni?

Dan yang paling utama sekali, mana perginya Setiausaha Sulit dia yang pandai sangat menuduh orang itu dan ini tanpa sebarang asas serta bukti yang kukuh tu?

Inilah akibatnya kalau Angkuh dan Riak dengan pencapaian diri sendiri. Bila dah kena batang hidung, tau pulak diorang senyap. Perangai macam musibat, tapi berlagak macam nak mampus. Ceit!!! Pigidah!!!

Sesungguhnya tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh rakyat Selangor, selain dari mengetahui bahawa saban hari negeri mereka telah dikucarkacirkan dengan urustadbir yang lemah, penyelewengan dan mengkronikan ekonomi negeri.
Kepincangan ini giat dijalankan oleh Menteri Besar, sekalipun mempunyai Penasihat Ekonomi yang mendabik dada bahawasanya dia adalah bekas menteri kewangan Malaysia.
Di saat rakyat tertekan dengan kos hidup yang sedang melambung, Khalid dan sekutunya bertindak tidak rasional apabila menaikkan elaun wakil rakyat.  Ironinya, merekalah selalunya yang melaung-laungkan kononnya memperjuangkan nasib rakyat.
Sungguhpun bermadah helah, dengan kenaikan elaun dinikmati juga oleh wakil rakyat BN, sehingga kini Khalid masih lagi membisu dan tidak mengeluarkan senarai siapakah yang mendapat kenaikan tersebut.  Pastinya ia lebih dinikmati oleh wakil rakyat Pakatan berbanding wakil rakyat BN yang jauh lebih sedikit bilangannya.
Belum pun isu itu terjawab, rakyat digemparkan dengan kerugian yang dialami oleh anak-anak syarikat negeri.
Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah mengalami kerugian sebelum cukai RM122.25 pada 2009 berbanding keuntungan sebelum cukai RM34.45 juta pada 2008.  Ini menunjukkan setelah 1 tahun mengambilalih kerajaan semenjak 2008, ketidakupayaan mengurustadbir telah berlaku.
Keadaan semakin serius apabila beberapa lagi anak syarikat negeri turut mengalami kerugian yang bernilai berjuta-juta ringgit.
Kumpulan Hartanah Selangor Berhad telah mengalami kerugian selepas cukai berjumlah RM99.90 juta.  Ini ditambah pula dengan kerugian yang dialami oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad sebanyak RM139.23 juta selepas cukai.
Kerugian yang dialami oleh ketiga-tiga anak syarikat negeri ini sangat serius memandangkan tempoh waktu tidak sampai satu penggal rejim Khalid memerintah di Selangor.

No comments:

Post a Comment

Followers