PAS POLITIK DULU, AKIDAH UMMAH TOLAK TEPI!!!

'Ulama' Dengar Cakap 'Ular', Maka Jadi La 'UlarMak'!!!

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mahu isu Pilihan Raya Bersih dan Adil ditangani dengan memantapkan pemahaman rakyat seperti konsep yang ditegakkan oleh Al-Qur'an dan Rasulullah, bukan setakat mengadakan perhimpunan besar-besaran.

Pendekatan hujah dengan ilmu dan pelaksanaan yang tegas dan adil sepatutnya dijalankan terlebih dahulu dan ianya adalah kaedah yang lebih baik.

Pendirian ini sepatutnya dilakukan oleh PAS daripada mereka mempertikaikan Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu lalu di Stadium Shah Alam yang membincangkan isu murtad.

PAS yang sebelum ini telah memutuskan untuk tidak hadir ke perhimpunan tersebut atas alasan ia bukan aktiviti parti Politik.

Pendirian tersebut jelas bertentangan dengan apa yang mereka buat dengan Perarakan Bersih yang dianjurkan oleh Ambiga pada 9 Julai yang lalu.

PAS sepatutnya memilih Uslub untuk menyampaikan mesej dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al - Qur'an dan Rasulullah S.A.W dengan cara memantapkan pemahaman dikalangan masyarakat.

Ianya perlu dilakukan dengan cara istiqamah dengan ilmu, ketegasan dan adil. Ia juga perlu dilaksanakan secara berhujah dengan ilmu dan amalan Islam yang adil serta sempurna.

Perkara inilah yang tidak dapat dijelaskan oleh PAS sampai hari ini apabila ianya dipersoalkan oleh rakyat yang membandingkan Bersih dengan Himpun.

Mereka dilihat lebih cenderung menyokong perkara yang berkaitan dengan Politik dan tidak kepada perkara yang lebih mementingkan akidah umat Islam.

Kalau ianya berkaitan dengan akidah ummah, macam - macam alasan yang diberikan oleh mereka. Paling sedih bila alasan tu keluar dari mulut Presidennya sendiri. Baca kat sini.

Untuk apa lagi PAS nak mendabik dada mengatakan yang mereka merupakan pejuang Islam sebenar sekiranya isu berkaitan akidah ni hanya dijadikan isu remeh?

Nampak sangat yang mereka ni lebih mementingkan Politik daripada melebihi akidah umat Islam. Pejuang Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!!

No comments:

Post a Comment

Followers