LAWAK BILA PAS SIBUK PASAL BOLASEPAK!!!


Lawak, memang lawak. Hanya itu sahaja yang Semut boleh katakan buat puak - puak Parti Angguk Saja ni bila semua benda diorang nak jadikan bahan Politik.

Kononnya, puak - puak PAS ni nak jadi juara la bila cerita pasal harga tiket Perlawanan Akhir Bolasepak antara Terengganu dan juga Negeri Sembilan malam ni.

Tapi, apa yang mereka tak sedar ialah tindakan mereka itu sebenarnya menempelak kepimpinan PAS yang sebelum ini menolak perlawanan seumpama itu.

Semut ingat lagi. Dulu PAS pernah mengeluarkan 'fatwa' mengatakan bahawa menonton bolasepak di Stadium ni hanya satu perbuatan 'lagho' dan membuangkan masa.

Tak ketinggalan jugak, PAS membuat dakwaan bahawa orang yang pergi tengok bola di stadium ni semuanya tak sembahyang.

PAS juga turut menyamakan perlawanan Bola Sepak ini sama seperti penganjuran karnival atau konsert dimana pergaulan bebas diamalkan.

Namun, sejak Negeri Kelantan berjaya melonjakkan nama mereka dipersada Bolasepak Kebangsaan, diorang ambik kesempatan dan mengubah pendirian tersebut.

Sekarang, diorang tuduh pulak FAM macam - macam. Kononnya FAM ni layan peminat sukan tersebut macam 'Pengemis Sukan'.

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Walaupun diasak oleh peminat sukan tanah air terutamanya penyokong bolasepak kedua-dua pasukan finalis yang merebut Piala Malaysia iaitu Terengganu dan Negeri Sembilan malam ini, FAM selaku badan induk sukan bolasepak negara tetap tidak berundur dari keputusan meletakkan harga tiket dengan harga yang tidak munasabah iaitu RM50 bagi seorang penonton.
“Harapan peminat bolasepak tanahair supaya FAM pertimbang harga tiket hancur lebur apabila langsung tidak diendahkan malah peminat dilayan seumpama pengemis sukan.
“Sukan bolasepak adalah sukan rakyat, juga sukan utama bagi anak muda,” kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
SAMM, katanya selaku kumpulan anak muda penggempur apa jua kebiadapan entiti terhadap rakyat, memberi amaran kepada FAM supaya tidak terlalu ghairah mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat. HaprakDaily
Itu yang buat Semut lebih hairan. Kenapa PAS tak pulak mencadangkan atau menasihati pengikut - pengikutnya agar duduk dirumah, tengok bola dengan keluarga?

Tidakkah cara itu lebih baik bagi mereka daripada nak menghabiskan masa di stadium, bergaul lelaki dengan perempuan, tak sembahyang dan sebagainya?

Nampak sangat yang PAS sekarang sanggup menelan semula ludah yang mereka luahkan sebelum ini demi kepentingan Politik semata - mata. Tapi kalau dah munafik tu, kita nak cakap apa lagi ye tak? Cakap pun tak serupa bikin. Ceit!!! Pigidah!!!

No comments:

Post a Comment

Followers