GOBALA DIARAH KELUAR DEWAN SEBAB TWITTER!!!


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen, Bagan Serai Gobala Krishnan diarahkan keluar dewan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana mengganggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ketika membentangkan usul.
Dewan kelihatan tegang apabila Gobala tidak henti-henti mencelah Karpal Singh selama tujuh minit walaupun diarahkan untuk berhenti bercakap dan duduk oleh Tuan Speaker.
"Kamu perlu mendengar peraturan saya sebelum kamu membuat peraturan kamu semua. Jadi saya minta Bagan Serai duduk, Bukit Jelutong duduk atau saya mengarahkan kamu keluar kerana tidak mengikut peraturan Dewan," kata Dr Wan Junaidi.
Terdahulu Karpal Singh membangkitkan isu Kampung Buah Pala yang beberapa minggu lepas kecoh apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menulis di Twitternya-'Mungkin dia nak roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung buah dada'.
Tweet Khairy itu adalah berseloroh dengan Papagomo yang menjadi isu utama mengenai kes anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mencabul kehormatan rakan sekolahnya yang dibangkitkan berulang kali di Dewan Rakyat oleh DAP.
Gobala bagaimanapun diarahkan masuk semula ke dewan pada sebelah petang oleh Dr Wan Junaidi.
Namun, Karpal merasakan denda terhadap Gobala terlalu ringan kerana tidak dibenarkan masuk dewan hanya beberapa jam sebelum sesi perbahasan di sebelah petang bersambung semula.
Ps: La, ish! Itu je dia punya sebab kena keluar Dewan? Hanya kerana dia menghalang Si Karpal Whilcar tu mengarut, pun kena keluar dewan?

Yang Si Karpal Whilcar tu mengarut pasal Twitter Khairy Jamaluddin tu, menda kejadahnya? Adakah perkara seupama itu perlu dibincangkan dalam sidang Dewan?

Maknanya, Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang ni lebih mengutamakan tweet KJ daripada membincangkan tentang masalah rakyat dalam sidang Dewan.

Itu satu kelemahan yang timbul. Seterusnya, diorang juga turut mendedahkan yang diorang tidak memperjuangkan Kebebasan Media secara menyeluruh.

Apa yang di tweet oleh KJ atau sesiapa sekali pun, tu adalah hak dia. Apa pasal pulak yang diorang nak sibuk - sibuk? Adakah itu yang dikatakan sebagai Kebebasan Media?

Nampak sangat yang diorang ni memang cakap tak serupa bikin. Cakap lain, tapi bila disuruh buat lain pulak jadinya. Macam sial!!! Ceit!!! Pigidah!!!

No comments:

Post a Comment

Followers