Subhanallah, Maha Suci Allah. Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah. Sesungguhnya hidayah Allah sentiasa berada dihadapan mata kita setiap hari.
Tinggal lagi sama ada kita mahu melihatnya atau tidak sahaja. Melihat pulak bukan dengan mata kasar. Tetapi dengan mata hati. Dengan minda yang terbuka.
Pernah ada seorang Ulama berpesan kepada Semut suatu ketika dahulu; Sekiranya kita dapat melihat hidayah Allah yang ada didepan mata, jangan kita riak dengannya.
Jangan kita takbur dan jangan pulak kita berlagak sombong dengan apa yang telah dikurniakan olehNya. Pesanan itu masih terngiang - ngiang ditelinga Semut sampai hari ini.
Dan sekarang, korang tengok lah sendiri betapa angkuhnya manusia yang bernama Muhamad Hakim Lokman atau Bob Lokman dengan hidayah yang diperolehinya.
Tengok kepada reaksi dan jawapan dia kepada apa yang dijelaskan kepada wartawan ini sahaja sudah cukup untuk memberi gambaran betapa riaknya dia dengan diri dia sendiri.
KUALA LUMPUR, 13 Okt — Penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman hari ini menegaskan beliau tidak akan “menyerah kalah” dengan hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan, sebaliknya “lebih rela ditangkap” selepas ditahan Isnin lalu kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah.Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepad dasar pemerintahan Umno-BN.“Kalau nak tangkap saya, tangkaplah, nak heret sekalipun, tapi saya tak kan pergi menyerah kepada mereka,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Sudah la dia sendiri pun masih cetek dalam ilmu pengetahuan. Ada hati pulak nak berlagak sombong dengan orang lain. Nauzubillah.
Ingat lagi masa Dr. Mohd Azri ditahan oleh pihak JAIS sebelum ini. Walaupun dia ada ilmu yang tinggi dan memang layak untuk dapat tauliah, dia tetap merendah diri.
Masih juga dia menunjukkan sifat hormat dia kepada orang lain dengan menghadirkan diri ke Pejabat JAIS untuk memberi keterangan.
Mungkin inilah perbedaan sifat diantara orang yang ada ilmu dengan orang yang berlagak macam dia ada ilmu. Korang nilaikan la sendiri, mana yang baik dan mana yang buruk perangainya!!!
No comments:
Post a Comment