PAS tidak konsisten dalam perjuangannya untuk menubuh negara Islam apabila dilihat tidak berani bersuara dalam beberapa isu seperti hukum hudud dan murtad.
Kata ahli parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom, parti itu sanggup diperalatkan DAP dan PKR semata-mata untuk kepentingan politik semata - mata.
Ianya menimbulkan tanda tanya sama ada PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan kaum Melayu dan agama Islam, atau sekadar mengikut telunjuk pembangkang yang lain.
"Sejak akhir-akhir ini, PAS hanya mendiamkan diri apabila isu kes murtad dan nasib kaum Melayu dibangkitkan, malah parti itu bersikap 'dingin' apabila Umno berhasrat berunding dengan mereka demi perpaduan Melayu dan kepentingan umat Islam," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Mengenai hukum hudud, Johari yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kedah, berkata PAS sebenarnya tidak mampu melaksanakannya di negeri Kelantan dan Kedah.
"Kenapa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan, tidak melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan selepas berjaya menawan negeri berkenaan untuk sekian lama?
"PAS sekarang dilihat terlalu terdesak sehingga membangkitkan isu-isu lama seperti hukum hudud, realitinya Malaysia tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan sekarang kerana ia memerlukan pandangan ulama-ulama, golongan pakar dalam perundangan Islam dan pandangan dari bukan Islam," katanya.
Sehubungan itu, Johari meminta PAS menghentikan permainan politik mereka dan kembali kepada perjuangan asal.
Mereka perlu menegakkan syiar Islam dan tidak hanya mengikut arahan DAP dan PKR semata-mata untuk menang dalam pilihan raya akan datang.
Kalau kita tengok, bukan setakat isu murtad atau hukum hudud je yang menjadi penghalang kepada PAS untuk melaksanakan agenda mereka.
Isu penjualan arak dikawasan majoriti Melayu pun turut dibantah oleh pemimpin mereka sendiri. Adakah itu yang dimaksudkan dengan perjuangan Islam?
Malah dalam isu pemeriksaan JAIS ke atas DUMC pun begitu jugak. Diorang takut nak menyatakan pendirian mengenai isu tersebut.
Sebaliknya, puak - puak Parti Angguk Saja tu menuduh UMNO menjadi dalang dan ada kaitan dengan pemeriksaan yang dijalankan.
Secara tak lansung mereka mengatakan bahawa UMNO turut bertanggungjawab dalam memelihara kesucian Agama Islam daripada tercemar.
Yang diorang pulak, apa yang diorng dah buat? Setakat tengok je buat apa. Kata konsisten dalam mencegah gejala Murtad ni. Kalau konsisten, benda macam ni dah tentu takkan berlaku. Jadi tak payah la nak mendabik dada kata diorang ni pejuang Islam yang sebenar!!!
No comments:
Post a Comment